Memaparkan catatan dengan label Air Tangan Saya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Air Tangan Saya. Papar semua catatan

Isnin, 6 Jun 2011

Bakso Gue Yang Bikinin...♥

Assalamualaikum..

Ketiadaan entry2 terkini diblog bukanlah diriku sudah pasrah dengan dunia blog..tapi berhibernasi seketika cuma.. Tapi tempoh berhibernasi bukanlah dibiarkan dengan tidur ketika musim sejuk panas sepanjang hari..tetapi dipenuhi dengan mengoogle2 resepi terbaik dari ladang untuk dicuba,try,test, masak dan melahap...sampai baju2 kelihatan seperti sarung nangka disaat ini.. Perghh..sedih makcik, sebab dah takde baju yang nampak tip-top untuk dipakai bagi menghadiri jemputan2 majlis pengantin sedara mara, sahabat-handai..tskk..tskkk..


..Bakso buatan sendiri..kelihatannya enak ngak?


..akhirnya da tau resepi nk buat meatballs tu..alhamdullilah..yeay!!

Dapat resipi dari MYRESEPI.. 

kalo malas nk klik ..boleh tgk resepi yg aku dah kopipes tu kat sini...
cuma aku ganti mihun tu dengan sohon..sbb kalau ikutkan resepi bakso dari Indonesia sana, makan dengan sohon..tapi nk match kan dengan apa2 je boleh.. ikut taste memasing..aku memang menderhaka sikit..dasar si tanggang la katakan..huhuhu..

Bahan-bahan ( 7-8 org )

  • Mee Hoon 1 bungkus (400 gm)
  • Taugeh
  • Kobis dihiris halus
  • *UTK BEBOLA
  • 400 gm daging cincang
  • 2 biji bawang merah diracik halus
  • 2 biji bawang putih diracik halus
  • 2 sb telur (1/2 biji)
  • 1 sk tepung ubi / tepung jagung
  • sedikit serbuk lada sulah n garam
  • *UTK KUAH
  • 3 biji bawang merah dihiris
  • * 3 ulas bawang putih
  • *1/2 inci halia
  • *1sk lada sulah biji
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 sb pati daging / pati ayam
  • sedikit serbuk lada sulah
  • garam n perasa

Cara-cara

  1. UTK KUAH; Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai.
  2. Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa.
  3. UTK BEBOLA: Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah n bebola
  4. Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis. Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain.
  5. Biasanya di indonesia.. bakso dihidang dgn cili padi yg ditumbuk berasingan dgn kicap... Kicap yg sering diguna kicap ABC.... Tak tahulah kat tempat lain ada tak... Tapi kalau kat batu pahat leh jumpa....

Selasa, 10 Mei 2011

Ada Apa Dengan Kuih Semprit??

Assalamualaikum..

Kuih Semprit. Apa ada dengan kuih semperit ni?. Kalau nak tahu, kuih ni kuih mak2 kita, nenek2 kita dedulu. Boleh dikatakan kuih tradisi masyarakat Malaysia selain kuih bahulu, dodol, kole kacang, tart nenas, biskut sarang semut and etc.. Kuih semperit  paling simple nak buat dan ia sangat authentic. Just tenyeh doh pada nozzle dan tekan terus ke loyang. Simple present tense punye.. Mama kata dulu zaman 70an-80an setiap rumah time hari raya mesti ada punyalah kuih semperit ni. Buat doh banyak2 then cuma tukar2 nozzle aje. Paling femes nozzle yang shape bunga dahlia. Pastu bubuh ceri atas biskut semperit dahlia tu. Zaman dulu mana ada orang jual kuih2 raya serancak zaman sekarang ni. Semua para ibu2, makcik2, nenek2 siap  berlumba-lumba buat kuih . Pastu siap membandingkan dengan jiran2 tetangga tin/bekas kuih siapa paling banyak, siapa yang dapat sampai 20 jenis kuih. Padahal doh yang sama tapi tukar2 design dan colour je. Dapat 10 jenis kuih zaman dulu  ikut citer mama, paling sikit la tu. Lain bebenor dengan zaman sekarang yang suka beli kuih tunjuk2 daripada buat sendiri.

Agak2 ada tak yang tak kenal acuan kuih semperit? ni la dia..  terima kasih  Google  Images
Nak resepi? hehehe.. aku pun cari resepi kat Google je.. KLIK SINI ye..

Footnote: Satu balang tu Encek Hubby dok abiskan sorang2. Dia suka makan cookies. Aku lagi suka tengok dia makan. Alhamdullilah...



Jumaat, 6 Mei 2011

Percubaan 1ѕт time mendeco Cupcakes

Assalamualaikum.

Akhirnya dengan semangat yang membara-bara aku berjaya jugak mendeco cupcakes pertamaku. Sebenarnya dah lama buat ni, cuma terlupa nak masukkan dalam blog. Masa time ingat ni lah better aku masukkan disini. Hasilnya taklah lawa mana pun, maklumlah aku beginner dan ini semua 1st trial. Nak bandingkan dengan orang yang dah menuntut ilmu dan yang dah berniaga cupcakes ni dah tentulah berkali-kali ganda jauh bezanya dengan cupcakes aku. Terima kasih bebanyak kepada kawan Encek Hubby yang sudi bagi ikan keli salai aritu, kalau tak kerana nak pulangkan bekas tupperware kawan Encek Hubby tu, maka tak akan jadilah cupcakes sesuka-suki aku ni.


Yang gambar kek sebijik tu, hasil kerja kerastangan aku dan anak sedara Encek Hubby. Anak sedara aku si Melly tu nak hadiahkan kat kawan dia yang nak berenti keje. Jadi dia minta aku mengajar dia buat kek dengan men'deco' sekali. Dia tak tau yang  aku ni pun baru nilah 1st time belajar deco kek. Semua ni hasil mengoogle dan menyoutube hari2 lah ni. Tak pegi kelas mana-mana pun. Tapi kalau ada rezeki dan kelapangan memang aku ada pasang niat nak belajar. Nak tajamkan my skills dalam bidang pembuatan kek ni. InsyaAllah..






Isnin, 25 April 2011

Buttercookie's Dipped With Chocolate

Assalamualaikum..

Nak taip pun tangan dah kemana-mana tah, berat sungguh mata ni, mengantuk bukan main ni.. tapi ku gagahi jua.. Ni lah hasil gatal tangan petang tadi...apa lagi, main masak-masak la. Kata nak masuk Masterchef.. hihi..


Buttercookies Dipped With Chocolate
Nak resepi sila pegi ke...My Resepi.. tapi aku dah derhaka sikit, aku celup dengan chocolate bagi nampak lagi tempting gitu.. Dapatlah 1 balang besar dan 1 tupperware kecik..tapi yang kat tupperware Encek Hubby balik keje sudah kasi ngap sampai abis. Memang faveret dia pun.. Senang hati ni tengok Encik Hubby makan dengan penuh berselera sekali.. :)

Rabu, 6 April 2011

Resepi Tiramisu~Gembirakanlah Hatiku

Assalamualaikum...

Ptg semalam geledah2 gobok kat dapur tu nak bagi kemas sikit,pastu  ternampak pulak biskut Lady Finger's yang utk buat tiramisu tu. Jeng!Jeng! idea pun datang nak buat tiramisu pagi ni. Kebetulan bahan pun ada kat dalam fridge, apa lagi memang sesuailah untuk berperang didapur!.. Harap percubaan kali kedua ni menjadi la. Yang first trial dulu aku buat guna kek span je. Tak berapa moleklah jika  dibandingkan dengan yang guna Lady Fingers ni.


Bahan-bahan:

1 bungkus Savoiardi @ Lady Fingers
250ml Whipped Cream 
250gm Philadelphia Cream Cheese
2 cawan gula (boleh kurangkan jika suka)
3 biji telur (kuning sahaja)
1 sudu mkn vanilla essence
2 sudu besar serbuk kopi nescafe
1 mangkuk sederhana air suam (bancuh nescafe)
serbuk koko untuk tabur atas adunan.

Cara-cara membuatnya:
  1. Pukul whipped cream dgn mixer dalam bekas lain sehingga gebu dan likat.
  2. Pukul kuning telur,gula caster,cream cheese, esen vanilla sehingga gebu. 
  3. Campurkan kedua2 adunan dan kacau.
  4. Bancuhkan nescafe bersama air suam.
  5. Celupkan biskut Lady Finger's ke dalam bancuhan nescafe tadi, toskan dan susun teratur kedalam bekas. 
  6. Tuangkan sedikit  bancuhan cream cheese + whipped cream tadi keatas susunan biskut dan taburkan serbuk koko menggunakan penapis. Taburkan rata, seterusnya ulangi langkah sehingga bancuhan habis.


Amacam? senang tak? pejam mata pun boleh buat apa.. hihihi..tinggal nak tak nak jer kan.. 

footnote:  dalam bahasa itali maksud tiramisu gembirakan hatiku... dapat info dari sini.. resepi masakan I Luv Islam.com

Ahad, 3 April 2011

Kek Lapis Asam Manis

Assalamualaikum..

Alhamdullilah..akhirnya dapat jugak aku buat kek lapis asam manis ni.. dekat berminggu-minggu bahan tu duduk kat rak tu. Telur pun dah nk expired, jadi aku terpaksa laa buat didalam mood yang suam-suam kuku. Rupa-rupanya bukanlah susah sangat nak buat kek lapis ni. Lagi senang daripada buat kek biasa tu. Memanglah agak leceh nak buat lapisan demi lapisan tu. Tapi kek lapis asam manis ni tak perlu kukus/bakar lama sangat pun. Setiap lapisan tu just kukus dalam masa 5-10 minit je.
Kalau nak tau, periuk kukus yang aku guna buat kek ni sampai berlubang tau. Sebabnya masa aku kukus kek yang ke2 tu, aku terlupa nak isi air, pastu punyalah nak siapkan cepat aku bukak api besar sikit daripada yang mula-mula tadi. Bila api dah besooo..air keringlah jawabnyerrrr!!! Aduhhh..ralat aku dibuatnya, macam nak nangis pun ada. Periuk kukus dahlah baru 1st time guna, periuk tu aku kirim dengan adik ipar aku masa dia pegi jalan-jalan kat Padang Besar, Perlis bulan lepas. Time tu aku rasa macam nak ketuk kepala sendiri pakai senduk je, pasal cuai sangat. Haisshhh..nasib baiklah kek lapis aku menjadik, sedaplah pulak tu..perasan nak mampuih..kira terubatlah kekecewaan aku tu. Sekarang periuk dah kira jadi arwahlah.. Tutup periuknya pulak, mama aku buat cover lauk kat kuali sekarang..huwaaaaa!!!!

hehehe..tudung empunya kek lapis pun dah kaler kek lapis daaa... :) sambil buat muka bajet comel..kui..kui..

Resepi kek lapis asam manis ni aku dapat dari blog Dayang Kek Lapis. Beliau memang seorang pengusaha  dan pada masa yang sama juga mengajar membuat kek lapis Sarawak. Aku jumpa resepi dia masa google resepi kek lapis aritu. Banyak-banyak resepi yang ada kat google, resepi beliau yang paling senang nak paham.  Nak resepi klik la sini---> Dayang Kek Lapis Sarawak.. confirm kalau buat ikut resepi beliau  tu pasti kek lapis korang sedap giler! Jangan nak menderhaka..ikut instruction beliau taw.. Selamat Mencuba!

footnote: awasi kadar air kukusan anda setiap masa untuk mengelakan periuk kukus anda berlubang macham periuk kukus saya!!!..Huwaaaaaaaaaa.....!!!!

Selasa, 15 Mac 2011

Strawberry CheeseCake

Assalamualaikum..

Ini adalah antara resepi aku yang sudah ter'pending' lama dah. Ada masa sikit ni aku nak tepek gambar dan  resepi Strawberry Cheese Cake yang aku buat masa cuti raya Cina lepas. Ni kira kali kedua aku buat kek menggunakan cream cheese..yang dulu aku buat oreo cheese cake.. kali ni pulak aku buat memang ikut prosedur. Aku bakar kek dengan cara "water bath". So, hasilnya sangat memuaskan hati. Taklah kek tu nampak macam hangus macam masa aku buat oreo cheese cake dulu tu.

Strawberry Cheese Cake

 RESEPI....

  • BASE:
  • 110g Butter - cairkan
  • 200g Biskut marie

  • FILLING:
  • 500g / 2 buku Cream cheese
  • 30g Butter
  • 120g Gula Kastor
  • 1 lemon -  perah jus
  • 200-300ml whipping cream
  • 2 biji Telur - pukul sedikit
  • 1 cawan yogurt perisa asli

  • TOPPING:
  • 1 tsp Gelatin / Serbuk agar2
  • 30ml Air
  • 150g Strawbery Jam


Cara-cara membuat..
  1. Hancurkan biskut & gaul dgn bhn2 base. Sejukkan
  2. Pukul cream cheese & butter sehingga lembut. Campurkan gula,  jus lemon. Pukul lagi sehingga smooth. Campurkan yogurt & pukul lagi sehingga pekat. Akhir sekali masukkan telur yg telah di pukul sedikit. Pukul sehingga cukup sebati, jgn pukul terlalu lama.
  3. Tuangkan separuh adunan ke atas base. Ratakan strawberry & tuangkan baki adunan.
  4. Bakar dlm "water bath" dgn oven yg telah di panaskan terlebih dahulu 150 celcius selama 1 jam.
  5. Sejukkan kek pada suhu bilik (sebaik2 nya biar sekejap dlm oven baru keluarkan tujuannya supaya cheesecake tak merekah nanti). Sejukkan sekurang2 nya 4- 6 jam ataupun semalaman baru lah di potong. 
  6. Utk buat topping, campurkan gelatin/agar2 dgn air. Panaskan sebentar & campurkan strawberry. Sapukan ke atas cheesecake & sejukkan sebentar.

Selasa, 1 Februari 2011

Kerabu Soh Hoon


Salam

Sejuknya pepagi ni..dah 4 hari kat Kulaifornia ni ujan je..dari pagi membawak ke malam. Sekarang sekitar negeri Johor sudah kebanjiran. Banyak laluan jalan yang putus. Aku dah risau je pasal keadaan rumah mama kat Batu Pahat tu. Kawasan tempat tinggal mama tu rendah. Memang mudah air naik. Aku ni dari kecik sampai besar  dah lali dah tinggal kat banjir. Tapi sejak sungai dan parit dibesarkan sikit, dan rumah mama pun dah tambak, agak susahlah air nak naik macam zaman aku kecik dulu tu.  Alhamdullilah. Semalam pagi bila aku telefon  mama, mama kata keadaan masih stabil cuma air kat longkang tu diam je. Kalau hujan je berterusan tak mustahil rumah mama akan banjir nanti. Mudah-mudahan tak la.

Hari Ahad semalam aku buat kerabu Soh Hoon. Aku ni jakunlah pulak, tak penah makan kerabu Soh Hoon ni. Asalnya ada satu malam tu hubby aku balik kerja singgah foodstall kat Kulai, dia pun tapaukan kerabu soh hoon. Memula aku macam pelik je nak makan, pasal aku tak suka soh hoon. Tapi bila aku try ngap sesudu,...Fuyoo!! mabeles nko! Sedap... apalagi, aku pun melantak dengan lahap dan rakusnya sampai perut aku pedih sebab orang tu banyak letak cili padi. Tapi rasa memang power beb!!
So, keesokan harinya, aku pun suruh encek hubby tapaukan lagi. Siap suruh encek hubby mintakkan resepi kerabu ni. Tapi, aku pun tak puashati  pegi scroll mouse gak kat Pakcik Google cari resepi ni kat Internet.
Finally, dapatlah jugak... alaa..bahan-bahan dia simple je, macam buat kerabu mangga tu jer. Tak susah la sangat. Aku buat dah 3 kali. Encek Hubby memuji, katanya sedap sangat jauh lagi sedap dari yang kat kedai tu. Huhuhu...kembang kempis lobang idung aii..

Kerabu Soh Hoon

Bahan-bahan:

225gm Soh Hoon
25 tangkai cili padi (boleh dikurangkan kalau tak suka pedas)
6 ulas bawang merah
3 batang serai
2 kuntum bunga kantan
2 biji tomato
500gm udang
400gm sotong (dihiris bulat)
36gm udang kering (ditumbuk)
Jus Limau Nipis
Garam, Serbuk Perasa & Gula (secukup rasa)

Cara membuatnya:
  1. Rendamkan soh hoon ke dalam air panas sehingga kembang.
  2. Hiriskan bawang merah, cili padi, serai, bunga kantan.
  3. Celurkan udang dan sotong
  4. Tumbuk udang kering 
  5. Kemudian toskan soh hoon dan gaulkan bahan hiris bersama udang kering yang ditumbuk tadi.
  6. Perasakan dengan jus limau nipis,garam,gula dan serbuk perasa dan masukkan udang kering tadi dan gaulkan sehingga sebati. 
  7. Akhir sekali masukkan udang dan sotong yang sudah dicelur.


Oke..jangan lupa dicoba ya ibuk-ibuk... 

Jumaat, 31 Disember 2010

Garlic Spread Homemade

Salam

Aku suka bawang putih. Aku suka makan garlic bread. Sedap betul kalau dapat makan lepas tu cecah dengan sup cendawan campbell tu. Ala-ala kat pizza hut la pulak. Aku ni kan jakun, aku boleh tak tau kat Tesco berlambak jual Garlic Spread yang dah siap tinggal sapu je kat roti tu. Baru hari tu nampak. Tapi aku tak beli lah, sebab aku dah terer buat sendiri. Berlagak ekk...tak padan dengan jakun tu.. kih3..

Senang je buatnya..nak resepi tak?

Bahan-bahan:

2 Labu Bawang Putih
1 camca kecil serbuk lada putih
sedikit garam
70gm mentega/ marjerin

Cara membuatnya:

  1. Bawang putih digoreng dengan kulitnya sekali. Angkat dan kupas kulitnya.
  2. Kemudian tumbuk bawang putih sehingga lumat
  3. Letak dalam bekas dan gaulkan bersama lada putih,garam dan mentega
Kemudian boleh disapu diatas roti. Dan ditaburkan sedikit daun parsley diatas roti tadi. Kemudian dibakar didalam oven sehingga kekuningan.

Kalau aku tak cakap ni garlic spread mesti orang ingat ni tempoyak kan.. Sebab tu aku letak bawang putih sebiji kat sebelah bekas tu. Tapi kalau nak letak durian pun tak salah..hihi

Tips Of The Day..

Bawang putih hendaklah digorengkan seketika untuk menghilangkan rasa mentah@maung. Tujuannya supaya ia boleh disimpan dengan lebih lama. Simpankannya didalam peti ais.

Khamis, 30 Disember 2010

Ikan Siakap Masak 3 Rasa

Salam

Alhamdullilah..mood kembali ceria setelah berduka lara lewat minggu-minggu lalu. Kesihatan anakku semakin memberangsangkan dan dia semakin bijak dan petah bercakap sejak baik demam ni. Syukur ke hadrat ilahi doa-doaku telah dimakbulkan olehNya. Amin.

Dah lama aku tak buat entry pasal masak-masak kan?.. Hari ni aku nak tunjuklah aku dah berjaya masak Ikan Siakap 3 rasa dengan suksesnya. Puji diri sendiri dulu. Hubby pun dah puji hari tu..sampai tinggal tulang dia santap lauk ni. Heaven jer rasa tengok dia makan sampai macam tu. Aku dapat makan sikit pun takpelah demi suami tercinta aku terus rasa kenyang tengok dia makan. Maklumlah, hubby aku tu jarang dapat makan kat rumah. Busy keje jer. Takpelah semua tu demi anak isteri jugak. Walaupun kekadang dalam hati ni merungut, tapi redha jer. Janji dia kerja betul sudah. Dan tak mau curang-curang. hehehe...

Korang nak tau tak? Aku ingatkan ikan siakap ni mahal gila..rupa-rupanya murah jer.. Aku beli kat Tesco 2 ekor baru rm 9.90... Aku bayangkan seekor ikan siakap ni berbelas-belas ringit harganya. Rupa-rupanya murah aje..tengok saiz dengan kilo la kot. Makin besar makin mahal lah.  Ada seekor lagi ikan tu nak buat masak stim pulak nanti. Serius! aku tak tau harga ikan,ayam,daging lembu,kambing semua tu. Kalau kena tipu pun aku tak tau.  Sebab tu kalau ke pasar, aku tak berani ambik banyak-banyak barang, kang haru pulak nak membayarnya. Sebab tu selalunya aku suruh hubby je yang pegi belanja barang-barang dapur basah tu. Dia terer bab-bab pilih ikan,ayam kekadang dia mintak tawar lagi. Kalau aku suka pegi belanja bahan dapur kering sebab aku suka merayau-rayau kat rak-rak supermarket tu. Lagipun nanti tangan aku tak busuk bau ikan...hehehehehe...ceh! berlagak  siot!



Ikan Siakap 3 Rasa

Bahan A
1 ekor ikan siakap dibersihkan dan di kelar.
2 camca kecil kunyit
Garam
Tepung Jagung untuk dilumur pada badan ikan.

Bahan B
1 inci halia  
2 biji tomato 
6 biji cili merah 
10 biji cili padi 
2 sudu sos tiram  }  bahan untuk tumis
2 sudu sos cili 
1 sudu sos tomato 
1 sudu sos ikan
1 sudu jus limau nipis
1/2 biji nenas
Sedikit lobak yang dipotong dadu


Bahan C (hiasan) **kalau suka**
Daun Salad
Taburan Bawang Goreng
Taburan Daun Sup/ Daun Ketumbar


Cara memasak:



  1. Lumurkan dengan kunyit,garam dan tepung jagung keatas ikan. Goreng ikan (spt biasa) . Toskan minyak.Ketepikan. 
  2. Tumis bawang putih (naik bau) dan kesemua bhn kisar 
  3. Masukkan semua sos tadi, gula, garam dan sedikit air dan masukkan nenas dan lobak yg dipotong dadu tadi.
  4. Bila siap, tuang atas ikan dan hiaskannya.



Tips of the day

Untuk membuat bawang goreng yang rangup dan enak serta tahan lama, bawang tak perlu dicuci dan terus dihiris-hiris nipis. Kemudian bubuhkan garam secukup rasa dan segenggam tepung gandum dan gaulkan kemudian digoreng sehingga garing.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...