Memaparkan catatan dengan label contest. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label contest. Papar semua catatan

Rabu, 11 Mei 2011

Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular

Assalamualaikum..

Alkisahnya baru  dapat jemputan  dari seorang blogger ni bernama Encik Anuar via shoutmix tadi.  Beliau jemput aku menyertai Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular. Bunyi contest ni macam hebat je kan. Layak ke blog picisan aku masuk contest ni???.. Layak tak layak, tu belakang citer.. Apa yang penting mencuba nasib. Kalau ada sesiapa interested nak join boleh klik banner bawah ni. Aku tak reti pulak nak citer panjang2, biarlah tuan punya penganjur bagi keterangan.
 
PERTANDINGAN ANUGERAH BLOG PALING POPULAR
Banner 452X90

Isnin, 18 April 2011

Contest Mata Paling Kebabom!!!

Assalamualaikum..

Hehehe..cam biasalah kegemaran aku adalah join contest kan, segmen kan, giveaway kan...teeheee.. Kali ni aku nak join lagi.. aku tak kisah lah menang ke tak, janji aku suka.. Hahaha.. (ketawa bertanduk) hahahaha!!

Kali ni aku nak mempertaruhkan mata aku.. ngee~~ buleh gitu??



Contest ini dianjurkan oleh Farzana Farzanto.. amat menarik contest ini, sebab pemenang akan dipilih berdasarkan berapa banyak LIKE korang dapat kat Facebook.. Penganjur akan upload gambar ini ke Facebook Lens Mania. Tapi kena LIKE page tu dulu yer..Click Sini.. Sesapa yang berminat dengan kerlingan mata korang (termasuk mata aku) dan dapat LIKE paling banyak dikira pemenang. Ni aku taip sikit je penerangan contest ni nak tau lebih details sila lah klik BANNER  awek omputeh tu .. segala terma dan syarat ada diblog beliau.

Inilah mata yang akan aku pertandingkan..aku letak 2 keping..(untuk pengetahuan pihak penganjur nak 1 keping saje yer..ni aku memandai2 letak 2.. aku nak enterframe Najla sekali...)





okeh.. done! pihak penganjur..pilihlah yang mana satu...n LIKE2 lah mata aii nih..hehehe..

aku nak tag....

AnisMelon

AtieSerina

Fienaz

Okeh segala syarat2 sudah siap.. tarikh tutup contest till 17 MAY 2011..

Jumaat, 4 Mac 2011

Melur Jelita Datang... Jeng..Jeng..Jeng!

Assalamualaikum..

Tadi kat fb kak Laili a.k.a Melur Jelita mengetag aku. Dia jemput join segmen kat blog kelolaan dia lewat tghari td. Mestilah aku nak join kan. Aku senang sangat dengan kak Laili a.k.a Melur Jelita ni. Walaupun kami tak pernah bersua muka, tapi macam dah kenal lama je kalo dok komen2 kat fb tu. Dia ni sangat mesra alam. Hehehe...
Kemarin dia ada promote blog aku. Aisehh!! segan sangat. Ada juga insan yang sangat baik hati dok promote blog aku yang tah hape2 nih. Terima Kasih kak Laili a.k.a Melur Jelita!

Meh! jom join segmen review blog dari kak Melur Jelita..
 dibawah ni adalah terma dan syarat menyertainya..aku kopipes jer..hehehe


1. Letak header Melurjelita.com atau banner Melurjelita.com.
Lagi bagus kalau letak di side bar blog anda.
2. Tajuknya MELUR JELITA DATANG…JENG JENG JENG!
3. Kalau dah buat atau nak sertai segmen ini…tinggalkan komen dan link anda di entry ini ya.
Tinggalkan di sini ya. jangan di entry lain atau di shoutbox…saya geget nanti..hehehe
4. terbuka kepada semua bloggers, Jelitawans atau Mr Jelitawans
5. Tarikh tutup 15 mac 2011




Harum sungguh si Melur Jelita ni... hehehe..ayat bodek please...:)

Rabu, 2 Mac 2011

5 Tabiat Saya

Assalamualaikum..

Semalam petang aku dapat wall post kat fb daripada Nurrul Ain.. dia suruh aku cepat-cepat jawab tag dia ni. Aku kalau bab dapat tag2 ni, cepat je nak menjawabnyer.. Sebab kalau orang tag kita, maknanye dia ingat kat kita kann...Tenkius Nurrul Ain..

Tag ni katanya berhadiah..so, sapa2 yang aku akan tag tu kalau sudi jawabla ye..


Peraturan Tagging '5 TABIAT SAYA'


1. Link kan entry ini ke blog anda


2. Senaraikan TABIAT anda


3. Tag 5 orang untuk senaraikan TABIAT mereka pulak


4. Dah selesai, link kan entry anda tu kat ruangan COMMENT entry ini (di blog k.wawa)


Nota
1. Game ini berlangsung sehingga 4 Mac 2011
2. Entry anda akan diundi secara rawak untuk menerima GIFT daripada saya


5 Tabiat Saya 
  1. Tabiat aku ni banyak, tapi dia nak 5 je..oklah..tabiat aku no.1 ni, aku suka bukak tutup peti ais tanpa tujuan. Nape tah, kat mana2 je.. lagi2 kalo pegi soping. Kekadang aku bukak peti ais tu konon2 nak beli air ke, beli ais krim ke, tapi tup2 tak jadi aku letak balik. Aku merayau-rayau tempat lain pulak. Tapi lepas tu aku pegi kat peti ais tu semula then, bukak lagi buat hal yang sama. Tapi tengok kedai la jugak, kalo kedai kecik nanti tokehnya, pekerja kedai tu tegur..teehee...
  2. Tabiat ni aku dah buang dah lama, tapi dulu suka.... suka sangat belek2 rambut depan tv. Cari2 rambut gatal. Dah kawin ni tetiba dah ilang pulak. Lagipun memandangkan rambut aku yang kerap gugur ni, kang kalo dicabut jer, botak pulak.
  3. Termenung. Agak2 tu tabiat tak?
  4. Tabiat aku sejak 2menjak ni, asal bangun pagi je terus nak on kan pc. Check blog, facebook...pastu suka betul edit2 gambar, download lagu.. Patutnya buatlah sarapan ke hape..ngemas rumah dulu ke...hihi
  5. Suka ambik gambar muka sendiri. Ni aku tak tau nak kategorikan apa ni..tabiat ke buang tabiat. Sampai rosak2 kamera pemberian Encek Hubby..alaaa..sedih.
Aiyookk..bab mengetag ni ada lomah sikit den...Nak tag sape ek??





5.Ditujukan khas buat kepada sesiapa juga yang sudi singgah ke blog aku ni.. Jawabla ye kalo sudi.. (guna size font paling besar ni tahu..apa maknanya tu?? ahahaha.. maknanyer...sesapa saja boleh jawab tag yang berhadiah ni...)

tabiat no 1.. aku suka bukak peti ais..
tabiat no2.. aku.suka..cabut rambut..

tabiat no.3 termenungg..meowww...
tabiat no.4 bangun tido terus on kan pc..

tabiat no.5 ambik gambar muka sendirik..sampai jahanam kamera..teeheee..

Khamis, 24 Februari 2011

Contest!... Cool Wif Sunglass


Assalamualaikum..

Terima kasih kepada kak MISZA sebab sudi tag saya untuk join contest ini...
Menarik jugak ni.. tapi aku rasa aku takde pulak pikcas yang melaram dengan spek. Macamane ekk..masalah gak tu. Kamera dah la ting tong.
Tapi tadi aku pegi kat blog tuan punya penganjur contest tersebut, dia kata gambo edit pun tak kesah.. Soooo..boleh la aku edit gambo2 aku tu, pastu tempelkan gambo spek.. teheeee..  Tapi kalo terbatal kechiwa jugak nih..

Inilah dia tuan punya contest "Cool Wif Sunglass" tersebut.. Sesiapa nk menjoinkan diri...sila KLIK dan patuhi terma dan syarat yang ditetapkan.


Ini gambar i pulaks yer... teehee... aku edited jer..sebab aku jarang bergambar makai spek.. 

 mmmmm... boleh la kot. Macam nmpk real berkacamata pulak yer.... Cool jer kan muka aku bersunglass ni kan..:)

Pihak puan penganjur suruh tag orang...sapa ek agaknya aku nak mengetag... hurmm....



dan aku tag kat semua followers dan pengunjung blog tak semenggah aku ni.. Sudi2kanlah join yer...

Isnin, 17 Januari 2011

Kontest Blog Paling Comel

Salam..

Dah lama aku tak join contest..pagi-pagi jumpa lak contest yang memikat hatiku yang comel ini..ecece..bajet comel mak orang nih!

Anda mahu join? Jomlaa..

Sila klik jika mahu join

dibawah ni terms n condition dari pihak penganjur..
Syarat-syarat penyertaan:-

syarat-syaratnya

 warga negara MALAYSIA .

 semua jantina diterima

 ada blog! takder blog .. ditolak !

 kena follow blog aku.. tak nak follow takper.. tak der paksaan :)

tag 4 orang rakan anda , yang anda yakin ley join


tarikh tutup

5.2.2011 ... itupun melebihi 100 orang penyertaan .


hadiah

DUIT menanti anda !

Aku nak tag bloggers ini:-

Shameen

Sharifah Nurul Syahirah (a retarded kitty)
Simply Syeeda
Ayu Luna Lunera


Sesiapa yang aku tak tag tu pun boleh jer kalau nak join.. meriahkan lagi penyertaan tuan punya belog..

Ahad, 26 Disember 2010

Pencarian 500 Blog

Salam..

BEN ASHAARI

Semangat betul nak join ni walaupun badan aku masih penat lepas bermalam kat hospital 5 hari. Sebab jaga anak aku sakit, selama tulah aku tak bukak internet. Bukak blog je terus nampak ni, kat blog encik Ben Ashaari ada ni.. apelagi teruslah men'join'kan diri..
Aku seorang surirumah sepenuh masa 24/7 yang memang duduk rumah secara ikhlas dan sukarela, sukahati  lisa surihani kepada suami dan anak comel kesayangan aku. Minat sangat dengan alam siber dan komputer sebab teringin nak jadi I.T programmer tapi terkandas akibat krisis-krisis dalaman. Minat sangat berblog sebab dengan berblog buat aku gembira kerana dapat tunjukkan skill memasak yang tak seberapa, dapat cari resepi best untuk dihidangkan buat suami dan anak tercinta. Dapat juga menulis aktiviti aku kat rumah dengan suami dan anak.  Baru aku tau berblog dapat duit...sebab encik Ben Ashaari yang bagitau...huhu.. tapi berblog ni aku ikhlas nawaitu kerana Allah. Kini dengan berblog, aku dapat ramai kawan seperblogan. Cuma sekarang aku nak cuba perbetulkan skill susun ayat sebab ayat aku terabur.. Mari belajar buat ayat yang betul dengan encik Ben.

**kalo nak join, klik aje kat pic smart dan macho encik Ben Ashaari tu je.. kat sini pun boleh..-->click here

Rabu, 17 November 2010

Chocolate Giveaway

Salam..


Siapa suka makan coklat? Semua orang tentu suka kan, aku pun memang penggemar coklat tegar. Mesti nak ada stok coklat dalam fridge atau kat dalam handbag.


.

Korang nak tau tak kenapa aku suka makan coklat? sebab apabila aku makan coklat, aku jadi happy..tak percaya cuba korang baca sini-->I Lurve Chocolate


Dan kalau korang pergi kat sini lagi korang happy, sebab jika korang join contest ni hadiahnya sungguh lumayan dan yummylicious tau!...belum rasa lagi dah terkecur air liur tengok coklat-coklat kat bawah ni...BIG gulp!




dan ini ganjaran yang korang akan dapat.---->

       1st prize
CHOCOLATE in box of 24pcs(Worth RM30+postage RM10 = RM40)!!

2nd prize
CHOCOLATE in box of 12pcs(Worth RM15+postage RM 10 = RM 25)!!

3rd prize
CHOCOLATE in box of 9pcs(Worth RM10+postage RM 10 = RM 20)!! 

Yg paling best, korang boleh tulis ape yg korang nak atas tu. mana tau boleh bg kat somebody special.

Yang lagi menarik!!
Every contestant akan dpt 10% discount untuk 1 kali pembelian mana2 choc dari dnialicious (kecuali yg sudah ada discount atau dalam promotion)..
So everybody is the winner! ^_^

amacam menarik tak prizes dia?? 
kalau berminat nak join sila klik gambar ini...segala terma dan syarat lengkap ada pada tuan empunya blog..:)

Good Luck!

Khamis, 4 November 2010

Show Your Teeth Baby Contest

Salam


Selamat Pagi.. Pagi ni aku agak tak sihat sebab migrain menyerang kembali.. Tapi terus reda sikit sebab nampak ada contest kanak-kanak lagi.. Excited sehh... Mesti join ni, kalah menang tu lain cerita la..sekarang hobi aku adalah join contest.. selain boleh jalan-jalan tengok blog orang, boleh tambah kenalan kan...


Syarat-syaratnya mudah je.. sesiapa juga yang nak join boleh, janji syarat2 yang pihak penganjur hendak mesti bersesuaian dengan tajuk contest oke.


Show Your Teeth Baby Contest

Anda yang ingin menyertai pertandingan bolehlah klik ke blog pihak penganjur contest ok..-->Show Your teeth Baby Contest sila baca dan fahamkan terma dan syaratnya..♥
Tarikh tutup penyertaan masih ada lagi iaitu sehingga tarikh tamat pada 3 Disember 2010, Jumaat,12.00 tengah malam.



Ini ialah gambar Najla yang buat masuk contest tu...haha...nampak gigi dia yang 6 batang tu..





Nama Bayi: Nur Haziqah Najla Binti Ishak
Tarikh Lahir/Umur: 7 June 2009 / 1 tahun 5 bulan
Hobi: Tengok iklan tv, duduk depan pc (kacau ibunyer tgh berblogging dan ber'facebook'ing :)
Bilangan Gigi yang tumbuh:  6 batang... yg lagi  2 batang gigi bawah dah ada bayang2 nak tumbuh lagi..


Syarat-syaratnya sudah ku penuhi..tinggal lagi keputusan dari pihak penganjur dan para juri-juri profesionalnya untuk mengadili saje.. Harap-harap sukses la.. Amin...

Selasa, 2 November 2010

Contest Bayi Menangis

Hati ni cukup teruja nak join contest yang blog Fiza Fidi adakan ni.. tertarik sebab ia berkaitan dengan kanak-kanak. Aku pun ada anak perempuan yang sangatlah cengeng..orang jawa kata gembeng...orang melayu kata kuat nangis... Masa dalam hari dulu nak dengar dia nangis punyalah susah, sampai jiran2 sedara mara semua tegur diorang kata anak aku baik tak banyak ragam tangis sampai aku siap tanya doktor lagi pasal baby aku tak banyak nangis.. Yelah..risau jugaklah kan sebab tu tanya misi, tanya doktor segala.. Tapi sekali dah besar..ya ampun sikit-sikit nak melalak..tulah sapa suruh korang tegur? hehehe.. Sejak dah besar sikit ni, pantang aku bergerak, asyiklah nak nangis, pantang silap sikit pun nak nangis apatah lagi barang-barang dia orang ambik, lagilah nangis..mandi air tak berapa suam pun kekadang nangis, pasal dia takut air sejuk...hehehe.....kalau jatuh dah sure la nangis.  Walaupun kekadang hilang sabar dengar tangisan dia tu, tapi sabar jelah. Nak marah pun  semakin kuat dia melalak nanti, lagipun nak marah2 pun anak sendiri jugak..Sebab tu aku nak masukkan gambar dia tengah menangis kat contest ni.. Sekadar mencuba nasib..hopefully ada rezeki untuk Najla nanti..  Mudah-mudahan..


Contest Bayi Menangis


Antara syarat-syarat pertandingan sudah aku laksanakan...done. Kalau nak info lebih lanjut pasal contest ni sila klik kat sini--->Contest Bayi Menangis

Aku letak 2 keping gambar..(harap2 boleh la ye pihak penganjur)
>
>
>
>


Nama Bayi: Nur Haziqah Najla Binti Ishak
Nama Ibu: Nur'Afni Hidayah Binti Ja'afar
Tarikh Lahir: 7 Jun 2009

Okeh..selesai sudah harap2 pihak penganjur contest tertarik dengan gambar si budak gembeng ni..


** gambar bapak budak tu tidak tersenarai masuk dalam contest ye..hihi**


Isnin, 19 Julai 2010

Mata Menawan Idaman Kalbu ..diriku join contest lagi..



Salam..



Wah..wah...sejak jadi bloggerz siang dan malam, bukan main lagi diriku ni.. dari satu blog ke satu blog orang aku terjah..macam2 kisah,tips, cerita,keluhan hati aku dapat baca. Seronok!.
Tetiba aku ternampak contest yang buat aku perasan macham chantek..

Contest apakah itu?

Yupp!!

Contest Mata Menawan Idaman Kalbu anjuran CPM honey nurhaliza
ini ialah gambar Cpm Honey Nurhaliza penganjur contest mata menawan idaman kalbu tu..

amacam?? dia sangat cantik kan.. (bukan ayat bodek sebab nak join contest tau!!.. aku follow belog beliau sejak dia buat contest lagi..)

On your mark, get set gooo!!


Inilah dia antara photo2 jelingan mata yang inginku pertandingkan...(alaa..perasannye aku..segan nie) Cpm Honey Nurhaliza mintak 2 keping jer..aku bagi 5 keping included photo masa jadi pengantin dulu..(sebab rasa mata macham galak skett..waduh cik kak perasan lagikk..wohoho) tapi kalau kire tak aci takpelah Honey, abaikan saje saya mengaku itu bukan hasil kerja tangan ku..

Okay..sesiapa yang nak join contest ni sangat dialu2kan ye..
Ini ialah link contest" Mata Menawan Idaman Kalbu "















  • Tips diriku menjaga keserian dan kecomelan mata...
  • Diriku akan pastikan minum air 1.5 liter sehari
  • Diriku akan tidur secukupnya untuk menjaga kesihatan mata dan minda
  • Bila bersolek diriku akan pastikan bermekap cara yang betul, terutama bahagian mata, kerana mata adalah kawasan paling sensitif..(diriku ikut cara Honey Nurhaliza berdandan...:)
  • Diriku akan memakai krim anti wrinkles atau krim untuk dark circles setiap malam sebelum tidur. Kerana diriku mudah mendapat dark circles jika kurang tidur atau rehat.
  • Diriku akan melekapkan kepingan timun di atas mata ketika sedang memakai masker..
  • Diriku akan membuat teknik urutan mata ketika mata sedang penat
  • Diriku akan makan vitamin setiap hari, paling penting vitamin c..
  • Diriku akan seboleh2nya makan sayur setiap hari..kalau tidak makan sayur diriku akan makan multivitamin sebagai pengganti.
  • Diriku akan buat jus Carrot Susu setiap minggu dan diminum setiap pagi
  • Diriku akan makan Sunsweet.. Sunsweet sangat berbaloi untuk wang anda yer..kerana ia murah.
  • Petua untuk mata kelihatan bersinar dan tidak kabur penglihatan, ambil beberapa keping daun sireh, ramas-ramaskan bersama air bersih yang diletakkan kedalam pinggan,dengan membaca selawat 3x, lalu celupkan mata anda pada air sireh tersebut selama 1 minit. Hasilnya penglihatan anda akan jelas dan terang. Kerana mata mengandungi selaput, juga boleh mengeluarkan bendasing yang masuk kedalam mata.
  • Jangan membaca dalam keadaan malap dan gelap ye..
  • Hadkan penglihatan semasa menonton TV dan semasa mengadap komputer
  • Pakailah cermin mata hitam ketika cuaca sangat silau dek kerana sinaran matahari,ingat matahari mempunyai sinaran UV yang boleh merosakkan mata. Juga pilih yang boleh menentang sinaran UV.
  • Sebelum memakai contact lense diriku akan selalu mintak tokeh kedai cermin mata bagi khidmat nasihat dan test power mata sekali, alhamdullilah mata ku masih baik dan tak rabun.
  • Diriku akan memastikan TIDAK melihat benda-benda berunsur lucah atau jenayah didalam internet di media2 cetak atau elektronik.. Kerana dengan melihat perkara sebegitu, Allah akan tarik nikmat ketajaman mata dan minda kita..Wallahualam

Okeh itulah antara tips2 saya menjaga kecantikan mata..

Cpm Honey Nurhaliza nak juga para peserta melengkapkan slogannya untuk contest ni..

"CPM Honey Nurhaliza yang saya kenali adalah seorang yang sukakan kecantikan dan dia tidak lokek berkongsi ilmu dia juga sempurna!"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...