Khamis, 30 Disember 2010

Ikan Siakap Masak 3 Rasa

Salam

Alhamdullilah..mood kembali ceria setelah berduka lara lewat minggu-minggu lalu. Kesihatan anakku semakin memberangsangkan dan dia semakin bijak dan petah bercakap sejak baik demam ni. Syukur ke hadrat ilahi doa-doaku telah dimakbulkan olehNya. Amin.

Dah lama aku tak buat entry pasal masak-masak kan?.. Hari ni aku nak tunjuklah aku dah berjaya masak Ikan Siakap 3 rasa dengan suksesnya. Puji diri sendiri dulu. Hubby pun dah puji hari tu..sampai tinggal tulang dia santap lauk ni. Heaven jer rasa tengok dia makan sampai macam tu. Aku dapat makan sikit pun takpelah demi suami tercinta aku terus rasa kenyang tengok dia makan. Maklumlah, hubby aku tu jarang dapat makan kat rumah. Busy keje jer. Takpelah semua tu demi anak isteri jugak. Walaupun kekadang dalam hati ni merungut, tapi redha jer. Janji dia kerja betul sudah. Dan tak mau curang-curang. hehehe...

Korang nak tau tak? Aku ingatkan ikan siakap ni mahal gila..rupa-rupanya murah jer.. Aku beli kat Tesco 2 ekor baru rm 9.90... Aku bayangkan seekor ikan siakap ni berbelas-belas ringit harganya. Rupa-rupanya murah aje..tengok saiz dengan kilo la kot. Makin besar makin mahal lah.  Ada seekor lagi ikan tu nak buat masak stim pulak nanti. Serius! aku tak tau harga ikan,ayam,daging lembu,kambing semua tu. Kalau kena tipu pun aku tak tau.  Sebab tu kalau ke pasar, aku tak berani ambik banyak-banyak barang, kang haru pulak nak membayarnya. Sebab tu selalunya aku suruh hubby je yang pegi belanja barang-barang dapur basah tu. Dia terer bab-bab pilih ikan,ayam kekadang dia mintak tawar lagi. Kalau aku suka pegi belanja bahan dapur kering sebab aku suka merayau-rayau kat rak-rak supermarket tu. Lagipun nanti tangan aku tak busuk bau ikan...hehehehehe...ceh! berlagak  siot!



Ikan Siakap 3 Rasa

Bahan A
1 ekor ikan siakap dibersihkan dan di kelar.
2 camca kecil kunyit
Garam
Tepung Jagung untuk dilumur pada badan ikan.

Bahan B
1 inci halia  
2 biji tomato 
6 biji cili merah 
10 biji cili padi 
2 sudu sos tiram  }  bahan untuk tumis
2 sudu sos cili 
1 sudu sos tomato 
1 sudu sos ikan
1 sudu jus limau nipis
1/2 biji nenas
Sedikit lobak yang dipotong dadu


Bahan C (hiasan) **kalau suka**
Daun Salad
Taburan Bawang Goreng
Taburan Daun Sup/ Daun Ketumbar


Cara memasak:



  1. Lumurkan dengan kunyit,garam dan tepung jagung keatas ikan. Goreng ikan (spt biasa) . Toskan minyak.Ketepikan. 
  2. Tumis bawang putih (naik bau) dan kesemua bhn kisar 
  3. Masukkan semua sos tadi, gula, garam dan sedikit air dan masukkan nenas dan lobak yg dipotong dadu tadi.
  4. Bila siap, tuang atas ikan dan hiaskannya.



Tips of the day

Untuk membuat bawang goreng yang rangup dan enak serta tahan lama, bawang tak perlu dicuci dan terus dihiris-hiris nipis. Kemudian bubuhkan garam secukup rasa dan segenggam tepung gandum dan gaulkan kemudian digoreng sehingga garing.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...