Memaparkan catatan dengan label Idola. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Idola. Papar semua catatan

Jumaat, 18 Februari 2011

Mimpi Jumpa Hana Tajima Tolong Pakaikan Shawl...

Assalamualaikum....

Haii..cukup bertuah aku malam tadi. Aku mimpikan si cantik manis Hana Tajima tolong pakaikan aku shawl.... Gembira banget aku dalam mimpi tu. Ni gara-gara melayan kat Youtube pasal tutorial cara dia pakai shawl tu la semalam. Lawa lah style dia pakai shawl ni. Nampak ringkas je. Sempoi dan tak sarat sangat. I heart style dia ni. Mesti praktik kan ni..hihi.. Malam semalam dah buat sengsorang depan cermin, Enche' Hubby sengih je tengok aku memalam buta terlilit-lilit pakai shawl kunon2nyer nak praktis style Hana Tajima la tu.. Praktis dulu, nanti bila nak keluar memana dah tak payah buang masa bukak pc tengok tutorial. ngee~~~


hehehe...bestnya Hana Tajima tolong pakaikan saya shawl








Lawa sangat dia ni, muka innocent jer, cute pulak tu. Aku ingat dia ni non-muslim masa mula-mula dengar nama dia, rupanya dia ni mualaf. Dah kahwin pun. Alhamdullilah.. nampak gambar dia dengan Yuna ada kat satu majalah tu dulu. Dia ni kacukan anak orang Jepun + British tak silap la..Patutla cantik.

Hana Tajima-Simpson






gambar nilah yang buat aku terjatuh cinta pandang pertama dengan HANA TAJIMA ♥

*picture credit to Maysaa*

Hari tu pegi blogwalking kat blog CIK EPAL.. wahhh..jeles giler aku tengok dia dengan geng-geng cun melecun The Scarflets dijemput beramah mesra,minum teh di waktu petang, bergambar ria dengan Hana Tajima. Aduhaii..semuanya cun-cun, lawa-lawa, comel-comel belaka mereka ni.

 Aku memang pembaca blog setia si comel CIK EPAL tu. ♥ *hehehe..tetibe..*

Masa aku pegi mengoogle pasal Hana Tajima, banyak jugak aku terlihat ramai para bloggers khasnya kaum wanita buat entry kat blog memasing pasal dia. Memang famous amous habis dia ni kan. Idola para gadis-gadis bertudung terutama  peminat shawls macam aii ni lerrr...hihi.. I pun buat entry pasal Hana Tajima jugak ni. ♥

*apa-apa hal...niat bertudung kerana Allah ye....Puan finie violet....♥*



Khamis, 11 November 2010

Cik Mat Gebu datang sini?!!...

Salam


Alkisahnya subuh-subuh buta macam biasa aku akan mula ber'online'. Tiba-tiba  di kala subuh yang hening ni aku terlihat kat bahagian followers tu ada imej yang memang cukup aku kenali iaitu gambar mangkuk tepeng tiffin warna biru. Siapa lagi kalau bukan si empunya blogger masakan Cik Mat Gebu punyalah tu.. Alangkah gumbira rasa hatiku bercampur sedikit kejutan dan terasa segan sendiri memandangkan diriku hanya seorang tukang buat blog yang diibaratkan buah cempedak diluar pagar....(abiskan sendirik pantun ni oke..) tak disangka-sangka ada juga blogger famous-amous sudi follow blog aku ni.


Mungkin malam tadi dia dah baca komen aku kat blog dia agaknya, sebab aku baru dapat tau yang dia tinggal satu daerah dgn aku ni di Sedenak. Aku pun dah 2 tahun tinggal kat Sedenak ni, aku ikut hubby pindah sini dan duduk bersama-sama dengan my mother-in-law.  Aku menetap di kawasan felda, pasal hubby aku orang Felda Bukit Batu, Kulaijaya. Tak sangka se'kampung' dengan Cik Mat Gebu rupanya... 
Haiii..sangatlah teruja diriku ini..


Terima kasih Cik Mat Gebu... 




Khamis, 4 November 2010

Biar Betik Ben Ashaari follow blog aku??!!!..

Salam


Apa punya surprised ni!!..jap aku nak cubit pipi aku yang cute ni jap...Ishh..Awww..Sakit!
Biar betik Ben Ashaari follow belog aku ni.. eh..dia kan femes kan.. Terima kasihla ye Encik Ben sudi jenguk ke teratak hamba ni..(ayat cliche...). Aku ni blogger baru buat ayat pun tunggang langgang.. Jarang update pulak tu..cerita syok sendiri, tapi ada jugak blogger wanted macam Ben Ashaari sudi nak follow.. Aku memang hari-hari dok terjah belog beliau tu..memang dah listed pun antara blog2 pilihan aku.
Kebetulan sekarang ni aku tengah rajin update..makin datang la spirit nk membelog..ni belum Hanis Zalikha, Red Mummy yang follow lagi ni.. kalo tak, kembang lubang hidung ni sokmo...:) 


 Tengkiu En.Ben ea...:)

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...