Memaparkan catatan dengan label segmen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label segmen. Papar semua catatan

Selasa, 31 Mei 2011

AKU KATA TAKNAK, TAK NAK LAA!

Assalamualaikum..

Hacummmm!!!..perghh banyaknyer habuk kat blog aku.. spiderwebs dah macam langsir ni haa.. Hehehe..baru 2 minggu x masuk blog..hari ni baru tergerak nak masuk pasal nak join segmen abang Ben.. hihihi..

Title segmen Ben Ashaari untuk kesekian kalinya ini bertajuk..

rokok

Tu diaaa!! puntung rokok dan ashtray punya image tu..bersempena hari TANPA TEMBAKAU SEDUNIA pada setiap 31 Mei setiap tahun. Marilah bersama2 menyahut seruan kerajaan, demi kesihatan, alam dan manusia sejagat kita nyahkan tembakau dan rokok2 ni. Tak baik untuk kesihatan tahu??.. bukan kesihatan yang tukang hembus asap rokok tu je, malah membahayakan penghidu2 tak rela disekelilingnya. 

Cara nak join segmen Ben Ashaari ni, silalah klik sini... atau klik imej tu oke.

footnote: aku mmg benci dan rasa nak sepak laju2 250km/j kat orang yang merokok kat depan,belakang,tepi aku. Aku x suka bau rokok yang menjengkelkan itu. Nasib baiklah adik2 beradik aku, Encek Hubby tak smoking. Alhamdullilah.. Aku pun kekadang heran amaran merokok dah tertera kat kotak rokok tu pun x boleh nak pikir kesan maut akibat merokok tu, siap tampal gambo macam2 penyakit lagi kt kotak tu. Buat tak tau je. Nak kata buta, celik. Nak kata tak reti baca, boleh pulak baca. Entahlah..mmg dah perokok tegar macam tu kot. Nanti bila dah sakit baru nak sedar gaknyer. Sekarang dah pelbagai kempen kerajaan dah buat untuk bagi kesedaran kepada perokok-perokok tegar ni, tapi nampaknya makin dibagi kesedaran makin ramai yang jadi tukang hembus asap busuk ni. Tak tahulah bila nak sedar golongan2 ini.

Jumaat, 6 Mei 2011

BEN ASHAARI GEGAR 1000 BLOG: MAY 2011

image

Entah ni kali ke berapa aku menjoinkan diri untuk segmen2 Ben Ashaari. Tapi memang suka la sbb dapat ramai kawan kat blog ni bila masuk segmen2 dia.

Oke, macam biasa kalau nak join sila letak banner Ben tu dan buat entry pasal segmen ni dah letak url blog korang kat ruangan blog komen Ben. Tapi tolong masukkan url sekali je, jgn letak 2-3 kali. Tu je tak susah punya... Nak lebih details klik ajelah banner atas tu..

Tarikh tutup segmen pada...10a.m  9hb may 2011..

Rabu, 4 Mei 2011

Program Duit Poket Blogger



Assalamualaikum..

Thanks to Ewan yang sudi singgah blog tadi.. pastu jalan2 pulak kat blog dia jumpa ni.. Macam menarik je untuk disertai ni.. Selama  aku berblog  tak pernah pulak terjumpa segmen ke, contest atau giveaway seumpama ni. Program ni ala-ala main kutu duit, tapi tak guna duit cuma klik iklan berbayar je. Bab2 duit ni memang aku suka sebab aku kan mata duitan..Mueheheheehe...Poyo kau!

Cara nak join senang je cuma klik iklan je,..tapi aku nak cerita lebih2 kat sini tak reti la, kan nanti jadik cerita lain pulak. Nak senang korang klik jelah kat banner tu.. ada syarat2 tu nanti korang ikut je yer..kalo nak join la..

Tarikh expired pendaftaran pada 15 May 2011







Jumaat, 22 April 2011

Jom Join Bloglist Blog Hackers.

1 Blog 1 Informasi

Tah cemana tadi aku pegi blogwalking terjumpa satu blog ni haa.. nk namakan ni segmen ke hape tah yer.. tapi lebih kureng gitulah..tajuk entry beliau jom join masuk bloglist. Wahhh..menarik gak tu.. Nama brader blogger ni Hackers.. perghh...nickname x boleh blah.. gerun jugak aku dengar nama Hackers nih.mesti terer menggodam nih.. Jangan takutla.. dia baik orangnya..ececehh..macam kenal je aku ni dgn brader ni..

Beliau buat 2 kategori bloglist, iaitu bloglist...
  • Bloglist Gadis Pilihan Hackers
  • Bloglist Lelaki Pilihan Hackers
Wehhh..mana aci ni..aku ni dah jadik mak orang a.k.a isteri orang..mana kategori aku ni.. yang pastinya aku bukan gadis lagi tu dah pasti... tapi aku try mencuba nasib la.. jadi dengan muka pipi kemerah2an menanggung azab muka tak malu, aku pilih Bloglist Gadis Pilihan Hackers.. (len kali buatlah bloglist umum ye bro..., x segan kite nak join bloglist ni haa..ekekeke..) tapi kalau aku tak tersenarai pun, aku akurlah dengan keputusan tuan punye belog ni. Yelah, belog aku bukan femes pun, tak best lak tu..hehehe..reason yang paling utama nape aku tak tersenarai..aku xde termasuk dalam kategori yang dikehendaki..muehehehe..arhh..bedal je la..buat muka seposen udah ler..

Oke..done..aku nak hantar borang penyertaan nih... kepada yang nak join sila KLIK SINI.. kat banner tu pun boleh gak..nanti terus ke blog budah Hackers tu..

dada!

Ahad, 17 April 2011

AKU BENCI BLOG NIE!!!

Assalamualaikum..

Pepagi ni mood berblogwalking la pulak. Tetiba tengah jalan2 tu adalah nampak satu blog tu buat aku BENCI sesangat!  Korang nak tau blog sape??? Blog ni haa...

>
>
>
>
>

! ❀✿ MISS LIBRARIAN ✿❀ !

Blog ni lah yang buat aku benci tu...

Hehehe...bukan benci apa.. BenCINTAAAAAA...

Aku pun teringin gak nak masuk bloglist  Maera ni.. sesapa nak join klik la aje kat banner tu..

Kalau nak join cepat2 sikit! Tarikh expired 20hb April 2011..sharp on 12 tghari!..

Moral of the story... tak baek benci2 orang.. lagi2 dia tak cari pasal dengan kita.. hehehe...

Khamis, 14 April 2011

Segmen: BEN ASHAARI GEGAR LAGI..

Assalamualaikum..

image

Tu dia.. Ben Ashaari sekali lagi menggegarkan dunia perblogan. Segmen kali ni nak bagi gegar kat blog2 yang suka join segmen beliau bermula dari hari ini ( Rabu- 14/4/2011 - Ahad- 17/4/2011). Macam lama sikit kot, tempoh penyertaan segmen beliau ni dari yang biasa2 tu. Siapa2 yang berminat sila lah klik banner atas tu. Semua syarat ada kat blog beliau. Aku pun nak lekas2 join ni. Kang lambat lak..

Dada!

Selasa, 15 Mac 2011

Jom Join Segmen : Ramah Mesra Ben Ashaari dengan Beautifulnara



Assalamualaikum..

Tadi jalan-jalan blog Encek Ben Ashaari dan pastu nampak kat side bar blog beliau  tu ada pulak segmen ni kat blog YuYu Zulaikha. Macam teruja je nak join..Yuyu kata, suruh sediakan soalan-soalan untuk ditanyakan pada Beautifulnara tu nanti.. tapi aku nak suruh Encek Ben tanya apa ekk..aku rajinlah jugak bukak blog beautifulnara tu, saja nak baca dan tengok gambar gelagat artis-artis Malaysia  dan gosip-gosip panas menggelegak kat blog beliau. Bab gossip2 artis ni, biasa kat internet lagi cepat keluar berbanding kat paper.. Tak sabar gak nak tengok Encek Ben interview bang Nara tu.. Sapa nak join sila klik kat banner YUYU ZULAIKHA tu yer..segala terma dan syarat ada diblog beliau..

Soalan Cepumas..


  • Dari mana dapat idea nak buat blog hiburan? Beautifulnara ni bekas wartawan hiburan kah?
  • Artis-artis Malaysia memang suka saman-saman orang, Beautifulnara tak takut disamankah?
  • Biasanya dapat info daripada mana? Interview sendiri atau dapat dari media-media hiburan lain?
  • Pernah tak Beautifulnara dapat ugutan atau amaran daripada pihak tertentu supaya membuang cerita atau gossip2 yang tersiar kat blog Beautifulnara?
  • Diantara Amazingnara dan Beautifulnara, blog yang mana satu paling banyak sambutan?


Okeh..aku rasa tu jelah soalan yang aku mampu bagi setakat ni.. tu pun garu-garu kepala nak cari idea.. alaa..ni soalan clichè jer nih...tapi antara salah satu tu, harap2 ada yang terpilih la yer.. hehehee..

Segmen terbaru... BEN ASHAARI: BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN

BANNER BEN ASHAARI

Assalamualaikum..

Hari-hari Encek Ben Ashaari asyik buat segmen jer kan.. beliau ni banyak betul idea la..heran aku.. Aku pun ada idea gak..tapi masalahnya bila aku mula jer sentuh kibod nih..tah mana terabur idea2 tu... Pelik..
Sesiapa nak join silalah klik banner tu..

Sila ceritakan latar belakang anda ..


~ aku berasal daripada Batu Pahat, Johor. Masih lagi mempunyai ayah dan ibu, aku anak sulung daripada 6 beradik. Dahulunya aku seorang yang bekerjaya, tapi selepas setahun berkahwin dan kemudian disahkan mengandung aku meletakkan jawatan dan mengikut Encek Hubby ku berpindah ke Kulaijaya. Sekarang aku menetap di Kulaifornia dan tinggal bersama-sama ibu mertuaku. 


Profesion anda sekarang ?


~ profesion aku sekarang ialah surirumah sepenuh masa. 


Blog favourite anda..kenapa


Sebenarnya banyak blog yang aku suka.. tapi kalau blog ni memang hari-hari aku tunggu entry terkini beliau.. 


~ blog Ben Ashaari
~ blog model 80an (mak hanis zalikha)
~ hanis zalikha
~ obiefiend (FOA)
~ blog nadia byu
~ fatin liyana
~ melur jelita
~ cik mat gebu
~ mummy red
  
sekadar menyebut beberapa buah blog tu..tapiiii..ada banyak lagi.. 


kenapa?  


~ suka baca blog orang famous..boleh buat inspirasi kpd saya blogger newbie nie..




Blog yang anda tak suka nak masuk.. kenapa?


~ aku tak suka blog yang cerita pasal politik. Tak layanlah... 


Impian anda terhadap blog anda..


~ Impian tu memanglah nak famous..ye tak...ekekeke..tapi aku boleh berangan jer lah. Nak update pun malas camana nak maju, nak famous, nak dapat trafik tinggi. Ni nasib Encek Ben rajin buat segmen... Pastu best2 pulak baru rasa semangat nak majukan blog ni. 


Dah siap.. legaaaa...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...