Khamis, 13 Jun 2013

Happy Birthday My Little Girl.. (edisi Kek Barbie)

Assalamualaikum..

Pada  minggu lepas 7/6/2013 anak kesayanganku telah menyambut birthday yang ke 4 tahun. Maka tertunailah hasrat dihati nak menempah kek barbie yang comel lagi cantik untuk anak kesayangan.. Anak kesayangan juga merasa teruja dengan kehadiran kek berbentuk patung kegemarannya...ulang alik asik pegi dapur nak tengok kek dia ajelah.  Mak lagi suka...kenapalah zaman maknya kecik2 dulu tak ada kek macam tu.. hehehe.. dan 3 series ni bolehkan maknya nak kek mcm tu jugak?  jawapannya pastilah boleh tak ada orang nak marah pun tapi harap sedar diri lah ye maknya... bhahaha.. ko ingat ko che ta ke dah tua2 nak kek barbie bagai... muehehehehe... ada aku kesah kan ..


kek barbie idaman ibu dan anak


kek barbie

acara memotong kek

wajah anak kesayangan 

mahapla malas nk rotate.. 
popia sayur-sayuran



Birthday anak beranak je, no party cuma buat popia sayur-sayuran dan pulut kuning dengan kari ayam aje.. adalah bagi kat jiran2 sebelah umah MIL je.  Tapi yang penting hari terpenting buat anak kesayangan sudah pun tertunai. Lagipun dengan keadaan diri aku yang tak larat nak buat keje banyak-banyak ni cukuplah buat popia tu je, lagipun memang ngidam nak makan popia pun ha.. Tahun depan Haziqah Najla dan sekolah barulah boleh fikir nak celebrate birthday dia dengan kawan-kawan dia pulak nanti. Buat goodies pack ke, party kat sekolah ke, cepat betullah anak ibu ni besar, kejap je dah 4 tahun, macam baru je lepas bersalinkan dia aritu. Amin..Semoga Haziqah Najla jadilah anak yang solehah, beriman, bertakwa dan jadilah anak yang pintar ye nakkk.. Ibu doakan selalu kejayaan dan kebahagiaanmu anak kesayanganku..


kami!

Footnote: setelah di amat-amati sebenarnya macam tak susah je kot nak buat kek bentuk Barbie ni sendiri.. nanti ada masa nk trylah..hihiikkk.. 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...