Alhamdullilah akhirnya si Haziqah Najla dah pun berjaya di 'potty training' kan. Gembira sungguh diriku dapat melatih dia untuk buang air tanpa memakai diapers lagi. Cuma pakai time malam je itu pun bila nak tido. Mulanya aku pun tak yakin jugak, tapi memandangkan dia pun dah umur 3 tahun, aku nekad je nak melatih dia utk tak pakai diapers 24jam . Encik Hubby support abis plan aku, dia siap janji kat Haziqah nak bagi present bila dia berjaya tak pakai diapers. Tiap 2 kali buang air je dia mesti cakap pasal present yg ayah dia janji2kan tu.:-) ..hihihi..nasiblah ayah, janji kena ditepati ... :-)
Setiap kali dia pegi buang air aku mesti follow nak tengok sama ada betul2 kencing ke poo-poo tak, kekadang dia cakap nk cing-cing (kencing) tapi tak keluar pun..excited lebih dan tiap kali berjaya buang air mesti dia cakap yeay! Berjaya! Jhika pandai,..yeay... huhu suka sangat dia dapat cing-cing tu...
Tapi buat masa nie kena jugak pantau, setiap 1/2 jam sekali nak kena tanya, kalau dia leka main pc atau pun ipad, nanti kat mana2 jelah dia terkencing. Jadi bila dia nak main pc kena waktu lepas maghrib la sebab dah ajar dia buat masa ni time malam je boleh on pc nak tengok kartun kat youtube, sebab pakai diapers kalo tak, no!no!no!..hihihi....
Sabtu, 22 Disember 2012
Potty Training untuk Haziqah Najla
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan