Isnin, 2 Mei 2011

Pengantin diraja bulan madu di Seychelles

LONDON: Putera William dan isterinya, Puteri Kate akan berbulan madu di sebuah villa mewah di Kepulauan Seychelles, kata akhbar Daily Mail, hari ini.
Pasangan pengantin diraja itu menangguhkan sedikit bulan madu mereka tetapi akan berlepas lewat bulan ini dan menghabiskan 10 hari di villa berharga �4,000 (RM19,825.33) untuk satu malam di kawasan berlatar belakangkan 
Lautan Hindi.



.

Pengawal peribadi putera berusia 28 tahun itu dilaporkan meninjau kawasan rahsia bagi mengkaji kesesuaiannya dan berpuashati bahawa kedudukan pusat peranginan berkenaan menawarkan percutian tanpa gangguan.
Villa kayu mewah lengkap dengan bilik mandi terbuka, taman tertutup dan kolam air segar berbatuan dan butler serta chef peribadi. Sebuah jet peribadi akan membawa Duke and Duchess of Cambridge itu ke pulau utama dan dari situ mereka akan menaiki helikopter ke tempat yang tidak dimaklumkan namanya.

Sumber:myMetro

Footnote: Wow!! bestnye.... 






Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...