Selasa, 3 Mei 2011

Padah tipu suami lumpuh, Isteri kena Cekup


Ibu enam anak ditangkap khalwat dengan lelaki dalam motel

ALOR SETAR: Seorang isteri yang sepatutnya pulang melawat suami yang lumpuh di kampung sempena cuti Hari Pekerja kelmarin, dicekup berkhalwat dengan suami orang di sebuah motel di bandar raya ini, malam kelmarin.

Wanita berusia 46 tahun itu yang bekerja sebagai pembantu kedai makan di Pulau Pinang dan pasangannya, seorang pengawal keselamatan berusia 52 tahun dicekup di sebuah motel di Jalan Kampung Perak, bersebelahan Masjid Zahir, di sini, jam 2.10 pagi oleh anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK).


Wanita itu tinggal di Pulau Pinang dan meninggalkan suaminya berusia 50-an yang lumpuh di kampung mereka di Guar Chempedak bersama enam anak berusia antara tujuh hingga 24 tahun.
Ketika disoal siasat, wanita itu yang menyewa di Pulau Pinang bersama rakan memberi alasan mahu pulang ke Guar Chempedak menaiki bas untuk menghantar wang kepada anaknya bagi menyara kehidupan mereka.

Ketua Operasi JAIK, Mat Nasir Mat Dali, berkata pasangan berkenaan ditahan selepas pihaknya membuat pemeriksaan di sebuah bilik di motel itu dan mengesyaki sesuatu mencurigakan apabila pintu lambat dibuka.

Apabila pintu dibuka, katanya, seorang lelaki yang hanya berseluar tanpa baju membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan dalam bilik itu.
“Hasil pemeriksaan kita menemui seorang wanita bersembunyi dalam selimut di tepi katil dalam ketakutan,” katanya.
Mat Nasir berkata, selepas disoal siasat, mereka gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri, menyebabkan mereka didapati bersekedudukan sehingga menimbulkan syak melakukan maksiat. 


footnote: padan muka!! haishhh..x baik aku nie pepagi dah padankan muka orang.. hehehehe.. Kes tak tahan la ni... maklumla... sempena merayakan hari pekerja, dia buat 'kerja' dgn orang lain la...







6 ulasan:

Aziah berkata...

kesian kan kat somi dia...

{ finieViolet} berkata...

aziah: tu ler pasal.. haii..apalah nak jadi..masing2 dah tua pun..anak pun dah besar2.. apa2 pun kita buat cerita macam ni jadi iktibar buat diri sendiri...betul x?

Murni Delights berkata...

isy napela smpai jdi cam nie kan..
sdih je suami yang tak shat tue.... paling kesian anak2 la..ji mangsa dgn perbuatan hina seorg ibu..

{ finieViolet} berkata...

murni delights: yela murni, sy pun x faham kenapa wanita tu sanggup buat mcm tu.. mungkin dia kurang kasih sayang dari suaminya kot..maklumla suami dah oku..tp itu bukan alasannya.. isteri yang baik tak akan sanggup buat macam tu.. dah tua pulak tu..anak sulung dah umur 24 tahun da..patut da dpt menantu dan cucu.. mintak2 dijauhkan kita dr prbuatan terkutuk ini..

budak ice berkata...

astaghfirullahalazim...isk..betol tu..mintak jaohh ~~

{ finieViolet} berkata...

budak ice: memalukan betul..tp dah byk kantoi da kes mcm ni..cuma kita je x tau..seb lepas satu kat paper kes camni.. boleh buat iktibar kat seme org.. thanks dtg blog ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...