Ahad, 8 Mei 2011

Lagu Mama Yang Bikin Aku Nangis...

 Assalamualaikum..


Kau sinaran bulan
Menyerikan bitang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi

Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku

Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu

Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku

..sedih dan syahdu betul lagu ni. Antara lagu dodoian  mama yang masih aku ingat lagi waktu dia nak tidurkan aku masa kecik-kecik dulu. Mama memang suka nyanyi pasal suara dia sedap sangat.  Kan aku membesar tahun 80's jadi lagu ni kata mama memang femes la main kat radio.  Tapikan memang touching la lirik lagu dan melodi lagu ni. Memang meruntun jiwa, lagi-lagi bila dengar lagu ni time aku buat salah dengan mama. Macam nak meraung.. Ya! Allah banyak betul dosa aku kat mama.

 Aku ni kan,.. pe'el aku kan umpama ada batu besar juga ada duduk dalam itu kapla..ermm senang citer kepala batu!..keras betul kepala aku ni.. Selalu membantah je cakap mama..mama memang dah masak betul dengan pe'el dan kerenah aku ni. Bila dah besar ni mama malas nak layan sangat, tapi aku masih ingat kalau time kecik2 dulu kalau je aku buat kerenah, mama babap  sikit kat punggung aku ni, kata mama bila dah babap pastu nangis nanti aku baiklah semula. Dah besar-besar ni mama malas nak layankan, hehehehe..padan muka aku!.  Tapikan aku tak boleh la tak kawan mama aku lama2 nanti aku terasa macam segunung dosa aku kat mama. Jangankan segunung dosa kau, kau cakap ahhh!! je dosa kau lebih dari kau tanggung gunung-ganang dalam dunia ni tahu??. Maap..aku sekadar bermonolog dengan diri sendiri..Tiada mengaitkan mana-mana individu...

Kalau mama ada problem atau aku ada problema..kami akan share sama-sama. Mama tu dah macam BFF jugaklah. Mama ok je nak citer apa2, mama i sporting abis. Nak gossip2 pun mama layan je. Yang paling suka dengar nasihatnya. Tapi tula kekadang bila dah berjauhan tinggalkan mama, aku lupa nak call mama kekadang, ntah apa yang dibusykan pun x tau, tapi mama rajin call aku. Terasa malu bila mama i yang call dulu, tapi mama tak kisah kekadang dia boring kat rumah sorang2 tak ada kawan ajak bergossip katanya. Takpelah ma, nanti akak balik kita bual2 ea ma.. Kata mama bila time sorang2 kat rumah dia teringat masa anak-anak masih kecik, meriah je..tapi bila dah besar semua tak ada tinggal adik aku yang masih sekolah tu yang ada temankan mama kat rumah. Bila diorang dah pegi sekolah, senyaplah balik rumah tu. Kesian mama..dahlah abah balik rumah seminggu sekali. Takpelah ma, nanti abah dah keje dekat sikit, mama ada kawanlah..

Pastukan bila aku sendiri dah merasakan pengalaman menjadi seorang ibu, barulah aku tahu apakah rasa yang mama rasa time melahirkan dan besarkan aku dan adik-adik. Lagi2 time anak sakit, tak tentu hala fikiran. Cabaran aku baru bermula ni..rasa nervous kekadang, mampukah aku jadi ibu yang sesabar mama??? InsyaAllah..i will try! I love u mama!! Selamat Hari Mama!! 




3 ulasan:

nur easy berkata...

sayu.. selamat hr ibu ;)

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ berkata...

cik bunga dtg singgah...

gegar menggegar!!! :)

jom singgah :)
Gempa sedang melanda, jom pakai sit belt.. heheh :P

Hadiah buat Mak, bukan mendera okeh. hehehe

{ finieViolet} berkata...

eize: terima kasih..slmt hr ibu buat ko juga ye..

cik bunga: thanks singgah sini! jom kita pakat gegar sesama!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...