Isnin, 18 April 2011

Aku Lemah Bila Dia Datang....

Assalamualaikum..

Seharian ni aku terasa lesu sejak bangun pagi tadi. Mungkin sebab bangun secara mengejut kot. Set jam nak bangun cepatlah konon sebab nak siapkan breakfast untuk Encek Hubby. Breakfast omputeh la kononnye..Kentang Bakar. Nasib malam semalam aku dah prepared bahan2nya, jadi tinggal masuk oven jer. Tapi tulah, ingatkan dapatlah bangun cepat sikit, tapi tak sedar bunyik alarm pulak. Tapi sempat gaklah Encek Hubby jamah kentang bakar tu.

Lepas je Encek Hubby pegi keje terus buat bihun goreng untuk breakfast aku & mak mentua pulak, ingatkan cadang2nye pas buat breakfast tu nak sambung tido baliklah, tapi tengok rumah belum sapu, teruslah menyapu, dan terus menerus masak untuk lunch. Masa tengah masak lunch tu tetiba jer kepala aku weng..mata berdenyut2, dahi ni macam nak pecah..Ni mesti migrain aku nak datanglah ni. Hadoii..lemah betullah. Bila migrain datang memang rasa nak baring ajelah. Aku terus cepat2 masak pastu mandikan si Najla, then aku telan panadol terus tido kejap. Nak tido si Najla ni pulak panjat2 badan aku. Ajak layan dia pulak..kepala dah rasa macam nak pecah pulak tu. Last2 aku biarkan dia main sorang2 je. Lantaklah dia nak kerjakan barang2 kat bilik ni. Pc aku dah off dulu, Najla pantang nampak pc ni on, ada je dia nak tekan2.  Nak tiru akulah tu..hehehe..



Dulu aku jarang kena migrain, tapi sejak2 bersalinkan Najla ni, kerap sangatlah. Sakit sangat pulak tu, nak bawak tido pun tak boleh. Aku penah check kat klinik, doktor kata tekanan darah aku rendah, pastu dia kata aku tak cukup rehat. Hurmm..entahlah, tapi sakit ni akan lega sikit bila aku mintak tolong Encek Hubby tarik rambut sampai bunyi meletup2 tu. Haa..bila dah tarik2 rambut tu baru lega sikit dan boleh tido. Kata Encek Hubby bunyi meletup2 tu bunyi angin yang duduk dalam kulit kepala tu. Tapi seriuslah memang lega kalau buat macam tu. Angin dalam kulit kepala tu yang buat kepala jadi berat pastu sakit.  Haii..nak tunggu Encek Hubby balik jenuh pulak, malam karang baru balik.
Masa tengah menaip ni pun mata aku berpinar2 dah..sebelum aku pengsan, better aku stop dulu.. tak larat lah  nak ngadap pc lama2 ingatkan nak blogwalking nak balas komen kawan2 ni..tak jadilah gamaknyer hari ni. Sok lusa kalau dah ok aku reply n blogwalking blog korang yer... Aku memang lemah kalau dia(migrain) ni datang.....:(

dada!!

nak ipad2? nak macbook air? Iphone  4.. jom..celebrated birthday party kat  -->Click For More Info

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...