Selasa, 8 Mac 2011

Jelajah Blog 2011: Kategori Ibu

BANNER BEN ASHAARI

Assalamualaikum..
Buat kali ke-3 aku join segmen kelolaan Encek Ben Ashaari. Kali ni paling best sebab dikhaskan untuk mereka yang bergelar ibu,mama,emak,mommy,umi, dan sewaktu dengannya.. Kepada yang nak join silalah klik banner beliau diatas tu yer.. Segala terma dan syarat penyertaan ada diblog beliau.

Jom mulakan.....

Siapakah diri saya?

Saya ibu kepada Nur Haziqah Najla Ishak..dan juga isteri kepada Encek Hubby saya. Sejak disahkan mengandung, saya terus berhenti kerja. Lalu bergelarlah saya surirumah sepenuh masa..

Kenangan Manis Bergelar Ibu..

Banyak rasanya pengalaman manis jadi mak orang ni, firstly bila dapat tau pregnant la. Then..selamat melahirkan anak. Syukur alhamdullilah. Dapat menjaga anak tanpa bantuan sesiapa semua urusan penjagaan anak saya lakukan sendiri. Mudah2an Allah panjangkan umur saya untuk menjaga dan mendidik anak-anak sehingga mereka dewasa kelak.

Kenangan Pahit Bergelar Ibu

Kenangan pahit  ni dah 2 kali saya rasakan, dan terbaru hari Jumaat minggu lepas dan baru pagi tadi saya baru boleh keluar dari wad. Anak saya telah disahkan dijangkiti paru-paru berkuman (Pneumonia). Perasaan saya sukar diungkapkan, memang sedih sangat. Tapi menurut doktor penyakit ni masih boleh dirawat lagi. Kali pertama anak saya ditahan wad akhir tahun lepas dengan penyakit yang sama.

Kata-kata khas Buat Suami

" baik-baik sayang ada aku untukmu"  semoga Allah memberkati jodoh kita..

Kata-kata khas buat anak.

kepada, Haziqah anak ibu... jadilah anak yang solehah, sayangi diri sendiri, sayangi Allah dan Rasul dan seterusnya sayangilah ibu,..ibu,..ibu..dan ayah serta kaum keluargamu.. Bila kamu menyayangi diri sendiri terlebih dahulu, kamu takut untuk melakukan apa yang Allah larang, dan sentiasa membuat yang terbaik untuk diri sendiri.

Harapan Kepada Anak

Seperti mana harapan ibu bapa yang lain didunia ini. Mengharapkan anak yang dikandungkan selama 9 bulan 10 hari menjadi anak yang soleh/solehah, menuruti perintah Allah, beriman, menghormati ibu dan bapa, mencapai kecemerlangan didunia dan akhirat, menjaga tingkahlaku dan sentiasa berhati rendah ilmu pula biarlah tinggi.

Nasihat Buat Gadis Diluar Sana...

Wahai gadis,...ingatlah secebis bait-bait lagu ini...

"Ya Ilahi Rabbi.. Sempurnakanlah pekertiku
Sebagaimana Engkau menyempurnakan wajahku
Kurniakanlah rahmat bahagia ibubapaku
Berikan hidayah pada hati yang tertutup

Sebagai rimbunan daun-daun
Seandainya bilangan dosaku
Ya Allah ampunilah daku
Hamba bertaubat

Hai anak yang soleh, beruntunglah ayah dan bonda
Bagai mata air yang mengalir dalam syurga
Hai anak durhaka, pintu taubat masih terbuka
Jangan kau teruskan tingkah laku yang kecewa

Sebagai rimbunan daun-daun
Seandainya bilangan dosamu
Ya Allah ampunilah dia
Yang telah bertaubat..."

**lagu dari Allahyarhamah Datin Rafeah Buang
tajuk: Ya Illahi Rabbi*


Kecintaan Saya

footnote:  maaf kerana terlalu ringkas penerangan untuk segmen ni.. Baru balik dari wad sebab anak kesayangan sakit. Jiwa pun sedikit tak tenteram, tapi semangat nak menjoinkan diri tetap kugagahkan jua.

24 ulasan:

Nurul Nadia berkata...

harap tabah menghadapi ujian.anak macam mana sekarang?kesiannya..saya faham hati ibu mana tak sedih kalau tengok anak kecil sakit kan..tuhan maha berkuasa.

TAYAR PANCIT berkata...

hai awak :) saye da join awak :) follow me back ok :) http://tayarpancit.blogspot.com/2011/03/rasmi-senarai-pasukan-f1-2011.html

{ finieViolet} berkata...

cik dya..terima kasih.. mmg sedih bila tgk anak sakit ni.. anak semakin sihat. tapi masih perlukan rawatan susulan.

tayar pancit: okeh..

yaaaa berkata...

folow sini . meh singgah blog rara

puingcinta.blogspot.com

aldulillah skg anak sis da sihat yup?

{ finieViolet} berkata...

rarapuing: dah singgah dah..

anak sy dah beranasur pulih skrg..

mrs kayrul berkata...

salam kenal..singgah dari blog ben...

harap nur haziqah semakin sihat

Unknown berkata...

semoga anak cepat sihat...

jemput singgah ke kakyong.com

apislerr berkata...

salam,
mengunjungi rakan2 jelajah blog;)
slm perkenalan,
blog apisv2

cHiEydA berkata...

salam kenal..singgah dr blog en. BA

Norma Jean berkata...

:) semoga tabah... InsyaALLAH

{ finieViolet} berkata...

shah-kayrul: thanks singgah..

kak yong: terima kasih..insyaAllah, nti sy ke blog kak yong..

apisv2: terimakasih banyak2 ada masa terluang sy akan ke blog apisv2 yer..salam kenal..

chieydya: slam perkenalan.. terima kasih sudi singgah blog sy..

sue andy's: terima kasih.. sentiasa tabah dgn dugaan.. tq sudi jenguk blog saya..

{ finieViolet} berkata...

blog ni masih ada kekurangan..kpd rakan2 bloggers sila beri tunjuk ajar ye..saya sedia terima segala komentar kalian..mmg sangat diperlukan...

Ulam Kerdas berkata...

salam kenal. singgah dr blog ben :)

mas saari berkata...

singgah dari segmen abg ben..
semoga menjadi ibu yang tabah dan sabar dalam mendidik anak2

Kasih Ibu Arif berkata...

salam..
datang dr blog BA

sudilah jengok blog sy ye

! Diari-Selebriti-Mama ! berkata...

singgah dari segmen BA.
slmt bknalan.nice blog!dah follow^^
semoga cepat sembuh!
jemput ziarah blog http://mamaglamdiva.blogspot.com/2011/03/jelajah-blog-kategori-ibu.html

blackcardomompods berkata...

Moga Allah memberikan ketnangn n kekuatan jiwa.

Rupanya kita sama kapal ye,moga Allah sentiasa berikan kita tubuh bdn yg sihat utk sentiasa bkerja 24jam

Ayu berkata...

Salam...datang dari blog En Ben..^_^
semoga terus tabah...kita adalah Ibu2 terpilih..tidak semua org dipilih untuk melalui dugaan sebegini oleh Allah...semoga kita sentiasa diberikan kekuatan oleh Allah...amin...stay positive ya!

Melur Jelita berkata...

Alahmdulillah..tahniah Finie Jelita...

{ finieViolet} berkata...

terima kasih kpd pengomen2 ku terhormat..

hantu ulam: terima kasih ye..sudi dtg..

mas.saari: terima kasih..kunjungan anda dihargai kesini.. trima kasih atas sokongan, mudah2an sy menjadi ibu yang tabah..

prince: terima kasih.. entry sy pendek saja.. kering idea masa tu..tp nak sangat join korek2 la idea yg x berapa nak ada..nnti sy singgah ke blog prince ye..InsyaAllah..

Ibu Arif Atan: trimakasih..insyaAllah, sy akan mengunjungi blog puan nti..

Diari Selebriti mama: terimakasih sudi drg blog sy..slmt berkenalan juga, terimakasih..blog ni biasa2 je..insyaAllah..nanti sy ke blog DIari Selebriti Mama oke..

blackcardormomps: terima kasih sudi dtg..terimakasih atas doa2 itu..hanya Allah yg memakbulkan, Alhamdullilah, mudah2an tubuh badan ni tetap masih boleh bekerja 24/7..InsyaAllah..

Yayansmum: terimakasih.. kita ibu2 yang diduga Allah..xpelah redha je..tp tetap berdoa agar Allah menyembuhkan segera penyakit anak sy ni. Trimakasih datang ye..

Melur Jelita: akak, terima kasih sudi ke sini.. sayang akak!

Farra Da Smiley berkata...

Salam kenalll..bagusnye jd surirumah jaga anak..sy ni nk juga..tp..hmmm..ntah la..ada je yg menghalang...jom ziarah blog sy juge

ayeesha anna berkata...

salam kenal. Dari segmen BA. Semoga menjadi ibu terbaik di dunia dan akhirat.

http://diarialeesya.blogspot.com

cumilnye kartun boo tu...sukeeee

Lulu Caldina berkata...

Tahniah kerana menjadi seorang ibu...
semoga memiliki anak yang soleh dan berjaya...

Lizan berkata...

siannya kat haziqah, kuatkan semangat yer, moga dia cepat sembuh, saya dah follow awak, yuk tukar link, boleh lah tukar2 cerita pengalaman ibu2. sy pun lepas mengandung berenti kerja gak sbb nak jaga anak.. awak jgn sedey-sedey eh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...