Suami bawa lari anak baru lahir
Oleh Mohamad Danial Mohamad Saad
bhnews@bharian.com.my
2011/03/10
ANIS tidak dapat menahan kesedihan sambil memegang baju anak sulungnya itu di Kepala Batas, kelmarin.
KEPALA BATAS: Malang bertimpa buat seorang ibu muda apabila dia bukan hanya kempunan untuk mencurahkan kasih sayang terhadap anak sulungnya yang dilahirkannya pada 25 Februari lalu, malah diceraikan suaminya dipercayai melarikan bayinya itu.
Anis Iyazirah Yaakub, 21, mendakwa anaknya, Nurin Syifa Irdina yang dilahirkan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dilarikan suaminya dari rumah ibunya di Kampung Permatang Tinggi B, di sini, 2 Mac lalu, kira-kira jam 9.30 pagi.
Beliau mendakwa suaminya berusia 26 tahun itu memberi alasan mahu membawa Nurin untuk berubat penyakit kuning bersama ibunya yang tinggal di Sik, Kedah, tetapi membawanya pulang semula ke rumahnya.
“Saya kemudian menghubungi keluarga mentua di Sik untuk bertanyakan sama ada Nurin berada di sana, saya terkejut apabila diberitahu bahawa anak saya berada di sana. Saya pun membuat laporan di Balai Polis Kepala Batas kerana mengesyaki Nurin dilarikan.
“Hati saya tidak tenteram memikirkan nasib Nurin sepanjang masa itu dan saya nekad memandu kereta seorang diri ke Sik dalam tempoh masih berpantang pada malam itu juga semata-mata mahu melihat keadaannya.
“Di rumah mentua, saya ditegur ketika cuba memegang Nurin dengan alasan tidak mahu mengganggunya tidur. Saya hanya dapat mencium pipi dan dahi bayi saya sebelum pulang semula ke rumah ibu saya sendirian walaupun ketika itu suami saya berada di rumah ibunya,” katanya ketika ditemui Berita Harian di sini, kelmarin.
Anis Iyazirah berkata, dia amat tertekan kerana bimbangkan keadaan Nurin yang masih menyusu badan serta menghidap penyakit kuning dan menganggap tindakan memisahkan mereka seperti mahu menganiayai anak kecil itu.
Nasibnya bertambah malang apabila pada 6 Mac lalu, dia menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada suaminya yang menceraikannya dan tidak mahu ibu muda itu mengganggunya lagi serta memintanya menunggu keputusan mahkamah.
“Saya yang berniaga makanan dengannya sebelum ini merasa buntu dengan tindakannya yang berubah sikapnya secara tiba-tiba, saya menghubunginya selepas itu dan dia beritahu bahawa dia kini dalam perjalanan ke Selangor untuk memulakan hidup baru.
“Saya tertekan dengan tindakannya itu, tambahan pula saya diberitahu bahawa dia sebenarnya sudah mempunyai isteri lain,” katanya yang berkahwin dengan suaminya pada Julai tahun lalu.

sumber berita: Berita Harian Online
footnote: Haishh!!..apa punya laki macam ni?? orang tu punya la seksa mengandungkan dan melahirkan anak tu, dia boleh buat sesuka hati dia je bawak lari baby tu... pastu siap nak ceraikan lagi..dahlah orang tu dalam pantang.. Memang tak de hati perut..hati kering!
6 ulasan:
manusia akhir zaman..
hishh kalau saye yang kene, tak tahu lah mcm ne nak hadapi..nauzubillah!
meh ke rumah..
~kekasih hati chinta jiwa~
keep in touch ye..♥♥♥
e eh..kesiannya ibu muda tu.
harap dia tabah & berusaha dapatkan baby dia semula.
siannyer...mcm nie punyer suami pun ader..ingat isteri tue kilang buat anak ker??..dah dapat anak terus kena cerai...hiisssshhh teremo sudah
al hakim: manusia akhir zamn zalim2..sbb tu Allah byk bg peringatan..contohnya Tsunami...tu baru amaran kecil tu..
Dda Ly: kalo sy pun meraung2..sy mesti nak dapatkan anak tu balik walau dgn apa cara skalipun.. ingat senang ke mengandung dan melahirkan anak tu..
leyzajamil: memang kesian kan..dahla dlm pantang.. mudah2an dia dapat keadilan yang mutlak utk dirinya.. apalah punya laki camtu..
shah khayrul: betullah..ingat kilang buat anak ke apa.. mintak dijauhkanlah dpd kejadian sebegini..x sanggup..
kepada pengomen2 blog sy nie..terima kasih sudi dtg blog...:)
hi finie..aku tertinggal keretapi... baru terbaca story nier... ada gak org yg mcm tu. smpi hati bt bini dier sebegitu ruper .. ader cerita terkini ker pasal ibu muda nie..
Catat Ulasan