Khamis, 27 Januari 2011

Mahu Langsing Dan Sihat Dengan Cara Tak Sengaja???

Salam..

Alhamdullilah, pagi ini dapat lagi kita semua menghirup udara segar pagi yang menyegarkan, walaupun sejuk banget pagi ni. Atas kurniaan ini pepagi lagi aku dah beronline. Patutnya time macam ni buat cekodok bilis ke, goreng-goreng pisang ke buat sarapan. Tapi aku pegi buat cekodok dalam belog. Alaa..takpelah jap lagi abis membelog aku pegilah dapur. Memang rutin harian aku pun kan...aku suka bab ke dapur ni. Jalan-jalan tawaf dapur, memasak itu sudah pastilah. Ulang alik bukak tutup peti ais, gobok semua tu. Ditambah pulak sambil memesin, menyidai kain, menyapu dari depan sampai belakang rumah, melipat kain, iron baju lagi... haa.. cuba kira berapa kalori dah terbakar hangus ?? Tu belum total kan dengan melayan kerenah anak dara kecik aku yang boleh tahan ligatnya tu.

Ok... menyentuh bab kalori tu , kalau kita nak bakar kalori dan lemak-lemak berkrim yang dok berselaput dalam badan ni kan, bukan hanya kita pegi jogging, pegi gym, aerobik ataupun goyang poco-poco aje. Yes..memang aktiviti di atas tu diakui oleh pakar kecergasan sedunia antara senaman untuk mendapatkan tubuh langsing dan sihat. Tapi kalau korang nak tau, buat kerja-kerja rumah pun korang boleh langsing tau.. Meh..aku bagitau berapa kalori korang dah terbakar bila buat aktiviti rumah ini ye..


MEMASAK ~ 23 kalori per 10 minit.
Memasak dalam proses berdiri akan melatih otot lengan dan kaki. Jumlah kalori yang dibakar di hitung dari proses menyiapkan bahan makanan seperti mencuci, menghiris, menyediakan bahan masakan, sehinggalah memasak. Jangan lupa bersihkan tungku memasak setelah selesai memasak.

MENCUCI PINGGAN MANGKUK ~ 15 kalori per 10 minit
Lepas makan tu, jangan pulak biarkan pinggan mangkuk tu terbiar dalam sinki je. Apa kata cuci pinggan mangkuk tu setiap kali selesai makan. Mencuci sambil berdiri akan melatih otot lengan atas dan bahu dan juga  kaki. Buat pergerakan yang cukup bertenaga, contohnya menhilangkan kerak-kerak hitam yang biasanya tertinggal di belakang kuali, periuk tu.

MENYAPU ~ 23 kalori per 10 minit
Menyapu lebih banyak melatih otot, terutama lengan dan bahagian atas. Sesekali membongkok. otot bahagian pinggang juga akan dilatih. Gerakan sebaiknya dilakukan dengan menggunakan kedua tangan secara bergantian, iaitu lima sapuan menggunakan tangan kanan dan lima sapuan menggunakan tangan kiri pula. Kalau boleh berdiri secara tegak sepanjang menyapu.

MENYETERIKA PAKAIAN ~ 25 kalori per 10 minit
Ini aktiviti yang aku sangat suka. Part menyeterika ni banyak sangat peluh mencurah-curah keluar. Sebabnya, menyeterika pakaian secara intensif dapat membantu menguatkan lengan serta melatih keseimbangan tangan kiri dan kanan. Alat seterika dapat menjadi beban latihan ketika menyeterika dalam posisi  berdiri. Menyeterika juga dapat melatih otot lengan dan punggung, gunakanlah salah satu kaki sebagai tumpuan secara bergantian. Amacam?? tak yah dah susah-susah pegi gym tu...

BERKEBUN ~ 63 kalori per 10 minit
Daripada mengupah tukang kebun untuk menata rias tanaman anda, lebih baik kita lakukannya sendiri. Aktiviti berkebun adalah yang paling efektif  untuk membakar kalori. Kegiatan berkebun seperti memangkas tanaman, merapikan pasu bunga, menanam bunga menyiram tanaman, dan memberi baja juga boleh menjadi kegiatan yang relaks dan menenangkan minda. Berkebun dengan posisi duduk ketika memangkas tanaman dan memberi baja atau sebagainya dapat melatih otot pinggang dan punggung. Manakala posisi membongkok berulang-ulang juga dapat melatih otot bahagian peha.

MENCUCI KERETA ~64 kalori per 10 minit
Mencuci kereta dengan menggunakan air sama seperti melakukan pemanasan di awal latihan bersenam. Menggosok kereta dengan sabun juga dapat melatih otot punggung dan lengan. Selain itu, ia juga dpat membantu melatih otot paha dan betis. Mengelap kereta dengan posisi berdiri sambil sedikit membongkok juga dapat melatih otot poinggang dan juga menguatkan otot lengan. So, tak payah la pegi carwash tu..basuh je kereta sendiri.


google images

2 ulasan:

Melur Jelita berkata...

Menarik..Terimakasih Finie Jelita...basuh pinggan tu yang malas sikit..he he he

teratai berkata...

salam finie,

betul tu, tp bila anak2 dah besar, tugas2 tu mereka yg buat...tu yg makin 'berisi' leni!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...