Sabtu, 29 Januari 2011

Mayat bayi masih bertali pusat ditemui dalam longkang ~ Mangkuk Ayun Mana Punye Keje Ni?? Memalukan orang BP jer!..


29/01/2011 5:51pm

BATU PAHAT 29 Jan. – Penduduk Taman Mekar, Ayer Hitam dekat sini gempar apabila mayat seorang bayi lelaki yang lengkap dengan tali pusat dan uri ditemui di dalam longkang yang masih dalam pembinaan di kawasan perumahan tersebut, pagi tadi.
Mayat bayi lelaki itu ditemui seorang pekerja kontrak, Hamid Marsuki, 43, pada pukul 8.10 pagi ketika hendak memulakan tugas membina tembok rumah dan longkang di Jalan Mekar 5 di taman tersebut.
Tanpa belas kasihan, mayat tanpa seurat benang itu dibiarkan di dalam longkang yang berair tersebut.
Polis masih menyiasat sama ada bayi itu telah mati sebelum diletakkan di situ atau meninggal dunia akibat kelemasan mahupun kesejukan.
Menurut Hamid, dia terkejut besar melihat sekujur tubuh bayi dengan kesan darah dalam longkang sedalam hampir setengah meter.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris berkata, mayat bayi lelaki yang cukup sifat itu dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk bedah siasat.
Menurut beliau, bayi itu dipercayai dibuang di situ dalam tempoh 24 jam lalu dan tiada kesan kecederaan lain ditemui.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan cuba membuang bayi.
"Jika disabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya. - Utusan


**hari-hari ada si bahalol yang buang bayi.. muak dah dengar... binatang ke apa orang macam ni???**

2 ulasan:

ayulunera berkata...

ya allah...hari2 pon ade cite kes buang baby...kesian baby....babun betol la

{ finieViolet} berkata...

ayu.. dah jelak dgr kisah mcm ni.. babun pon x mcm diorg nie..haishh!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...