credit to: Dimas Mohd Fittri, Ben Yusof, Mohd. Suffian and Mohd Raihan..also to my little nephew Ben Mikhael...and our greatest Abah..Ja'afar Bin Ibrahim..
Entry ni aku tujukan khas buat adik-adik aku yang khasnya lelaki tu. Aku ni ada 6 adik beradik, 4 lelaki 2 perempuan dan aku yang sulung. Kira aku kakak lah. Adik-adik aku ada macam-macam hobi. Hobi diorang suka kumpul mainan, terutama karektor superheroes. Kekadang kalau di lihat macam tak matang. Diorang kata bukan tak matang, tapi hobi.
Kalau nak tau, macam-macam pe'el adik-adik aku tu, mostly diorang ter'influence' dengan adik aku yang nombor 2 tu, semua gila watak superheroes..lagi-lagi Starwars. Adik aku yang bongsu tu pulak kemaruk PS2. Macam-macam pesenlah diorang ni..cuma jangan terabai pelajaran sudah. Diorang ni memang kalau dah minat dengan sesuatu benda/ perkara tu sanggup berhabis duit gaji semata-mata nak dapatkan apa yang diorang nak.
Sebabnya kecik-kecik tak dapat benda-benda tu semua. Almaklumlah, kami dibesarkan dalam keluarga yang sederhana sahaja. Mama dan Abah kami kurang berkemampuan untuk memenuhi keinginan anak-anaknya semasa kecik dulu. Tapi kami redha dan tak pernah meminta pun. Kami faham kedudukan kewangan Abah yang bekerja sendiri untuk membesarkan kami. Mama pulak, mengambil upah menjahit baju kecil-kecilan. Tapi Abah aku tu very the caring father in the world tau, walaupun susah namun dia tetap juga berusaha mendapatkan main-mainan, makanan, pakaian faveret kami adik beradik, terutama adik-adik lelaki aku tu. Walaupun gaji cukup-cukup sahaja. Sampai kekadang Mama aku bising. Walau apa pun aku suka dengan keprihatinan Abah itu. Terima Kasih Abah!





























Guess Who?..wakakaka.... peace yaww!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan