Pesakit mental meningkat 15.6% tahun lalu – Tiong Lai
18/01/2011 4:49pm
PUTRAJAYA 18 Jan. – Kementerian Kesihatan amat peka dan bimbang tentang peningkatan masalah kesihatan mental di mana sepanjang tahun lalu sebanyak 400,227 pesakit mental menjalani rawatan di hospital kerajaan.
“Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 15.6 peratus daripada tahun 2009,” kata Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental di sini hari ini.
Beliau berkata, peningkatan angka itu dilihat selari dengan ramalan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa beban masalah kesihatan mental dijangka akan terus meningkat pada kadar 15 peratus menjelang 2020.
“Menjelang 2020 juga, salah satu dari gangguan mental iaitu kemurungan dijangka akan menduduki tempat kedua dari segi beban penyakit selepas penyakit jantung iskemia,” katanya.
Melihat pada perkembangan itu, Tiong Lai berkata, kementerian berkenaan akan memfokuskan kepada aktiviti mempromosi minda sihat dan pencegahan penyakit mental termasuk pelaksanaan Program Menangani Stres di Sekolah sepanjang tahun ini. – Bernama
sumber berita: Utusan Malaysia Online
**Pada pendapat aku, tekanan hidup yang kian meruncing mungkin penyebab masalah mental semakin meningkat.. banyak faktor sekarang ni boleh jadi penyebab masalah penyakit mental. Terutama masalah peribadi, kewangan, pekerjaan dan tekanan emosi yang melampau. Marilah amalkan gaya hidup sihat, kurangkan stress dengan menyertai aktiviti yang sihat. Bagi mereka yang beragama Islam banyakkan solat sunat dan berzikir bermohon diberi ketenangan dalam menjalani hidup sehari-hari.
2 ulasan:
jgn stress3...huhuu..
azuan: kekadang tu stress gak.. tapi alhamdullilah masih dlm kawalan.. anyway thanks sudi singgah ye..
Catat Ulasan