Selasa, 2 November 2010

Contest Bayi Menangis

Hati ni cukup teruja nak join contest yang blog Fiza Fidi adakan ni.. tertarik sebab ia berkaitan dengan kanak-kanak. Aku pun ada anak perempuan yang sangatlah cengeng..orang jawa kata gembeng...orang melayu kata kuat nangis... Masa dalam hari dulu nak dengar dia nangis punyalah susah, sampai jiran2 sedara mara semua tegur diorang kata anak aku baik tak banyak ragam tangis sampai aku siap tanya doktor lagi pasal baby aku tak banyak nangis.. Yelah..risau jugaklah kan sebab tu tanya misi, tanya doktor segala.. Tapi sekali dah besar..ya ampun sikit-sikit nak melalak..tulah sapa suruh korang tegur? hehehe.. Sejak dah besar sikit ni, pantang aku bergerak, asyiklah nak nangis, pantang silap sikit pun nak nangis apatah lagi barang-barang dia orang ambik, lagilah nangis..mandi air tak berapa suam pun kekadang nangis, pasal dia takut air sejuk...hehehe.....kalau jatuh dah sure la nangis.  Walaupun kekadang hilang sabar dengar tangisan dia tu, tapi sabar jelah. Nak marah pun  semakin kuat dia melalak nanti, lagipun nak marah2 pun anak sendiri jugak..Sebab tu aku nak masukkan gambar dia tengah menangis kat contest ni.. Sekadar mencuba nasib..hopefully ada rezeki untuk Najla nanti..  Mudah-mudahan..


Contest Bayi Menangis


Antara syarat-syarat pertandingan sudah aku laksanakan...done. Kalau nak info lebih lanjut pasal contest ni sila klik kat sini--->Contest Bayi Menangis

Aku letak 2 keping gambar..(harap2 boleh la ye pihak penganjur)
>
>
>
>


Nama Bayi: Nur Haziqah Najla Binti Ishak
Nama Ibu: Nur'Afni Hidayah Binti Ja'afar
Tarikh Lahir: 7 Jun 2009

Okeh..selesai sudah harap2 pihak penganjur contest tertarik dengan gambar si budak gembeng ni..


** gambar bapak budak tu tidak tersenarai masuk dalam contest ye..hihi**


4 ulasan:

Arizakiah berkata...

Waaaaa...memang betul kuat menangis... ada peluang menang.
orang tua2 kata,budak kuat menangis ni bijak....

Lady of Leisure berkata...

all the best hehe

{ finieViolet} berkata...

terima kasih atas sokongan kalian berdua..Ramai contestant tak taulah ada peluang atau tak.. Mudah2an dia jadi anak yang bijak..:)

Azuan berkata...

semoga menang...lawa nama anak tu...hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...