Selasa, 16 November 2010

Ayam Masak Kunyit

Salam

Malam ni aku agak hangin sikit dengan broadband Streamyx aku ni. Ya! Ampunnnn...punyalah lembap nak loading.. masalah ni dah lama dah..cuma malam ni paling teruk sangat. Tapi dalam lembap2 tu dapatlah jugak aku buka blog aku ni..tapi tahap kesabaran kena tinggilah. Istighfar bebanyak..
Kegiatan mengupdate blog mesti diteruskan sementara stok idea masih ada.. Nanti kalau dah kering idea, berkarat lagilah blog ni. Alhamdullilah mudah2an Allah sentiasa bagi aku idea yang baik2 dan bernas untuk terus berblog, walaupun kekadang aku merapu.. hehehe..
Ini lauk lunch kemarin..baru sempat nak masukkan sini.. dapat la upload sekeping dalam menahan amarah dgn berokben nih..grrrrrr...

Ayam Masak Kunyit

Bahan-bahan:

2 keping dada ayam dan potong kecil2 (bahagian bertulang juga boleh)
4 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
7 tangkai cili api   (optional)
1 biji bawang besar
serbuk kunyit
brokoli
kacang panjang
lobak
bunga kobis
lada benggala@capsicum
garam
1 1/2 sudu sos tiram

Cara membuatnya:
Dada ayam hendaklah dipotong kecil-kecil. Kemudian gaul dengan serbuk kunyit dan garam. Biarkan seketika selama 10 minit dan kemudian goreng. Tumbukkan bawang merah dan bawang putih, kemudian tumbuk cili api tapi jgn sampai lumat cuma pecah2 saja(cili api ni tak letak pun takpe, ikut selera masing2). Tumis bahan tumbuk hingga wangi bubuhkan sos tiram dan garam secukup rasa, seterusnya masukkan brokoli,kacang panjang,lobak, bunga kobis dan lada benggala. Dan akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Apabila sudah sayur sudah agak masak (sayur jgn sampai layu) boleh diangkat dan dihidangkan.

Tips Of The Day:
Untuk mengekalkan kesegaran dan kerangupan brokoli,  didihkan air, bubuh secubit serbuk bicarbonat dan rebuskan brokoli selama 1/2 minit. Kemudian angkat dan siramkan brokoli dengan air sejuk. Kalau nak letak brokoli dalam hidangan berkuah pula, pastikan brokoli antara bahan yang paling akhir sekali dimasukkan.

4 ulasan:

Amni berkata...

ayam masak kunyit tu fav saya.. serius kalau g man2 ada ayam masak kunit, saya mesti order dengan nasik putih.. sedap... hehe... jumpa resepi ni, nak copy eh... terima kasih...=)

cikmawar berkata...

sedapnye ayam masak kunyit..
:)

Bazilah berkata...

wah, sedapnya! thanks for the resepi saye copy paste tau :D

{ finie } berkata...

amni: copy jer sy tak kisah..makan nasi ayam kunyit sedap kalo makan dengan sambal belacan..hihi

cik mawar: mmg sedap tau..tapi bukan sy punya, tapi kedai makan punya..hihihi..

bazilah: copypaste jer la apa2 resepi awak nak dari blog ni..sy x kisah..sharing is caring rite...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...