Today's entry is pasal masak-masak, makan-makan lagi..Kekadang kan aku rasa blog aku ni dah macam blog masakan pulak. Asal buat entry je pasal masak-makan. Yang tak boleh belah dah ramai yang tegur my body shapes sudah demok (pinjam sat perkataan Hanis Zalikha blogger yang cun giler dan ramai followers itu).
Aku pun tak paham kenapa fenomena ini berlaku..rasanya aku makan ikut panduan pyramid makanan...adalah kekadang tu sesekali ter'skip' salah masuk pyramid tu.. My weight since after delivered dah tak mau turun kat angka 50 dah.. OMG!! what should i do? Harap-harap my dearest hubby dapatlah melaksanakan niatnya untuk membeli treadmill TAKASIMA itu untuk isterinya yang semakin hari, semakin demok ini...*sigh*
Sebab tu sekarang aku rajin ngadap tv tgk The Biggest Loser tu..tengok rancangan macam tu kan boleh buat inspiration buat mereka yang nak slim sikit macam aku ni haa.. Bila tengok diorang tu kekadang aku jadi kesian sangat, sebenarnya mereka pun taknak lah dikurniakan badan sebesar itu. Yang aku paling tak sampai hati tengok bila tiba hari penyingkiran, kesian giler aku tengok diorang, yelah baru nak ikut program itu ini tak lama lepas tu dah kena singkirkan..kesian laa.. Sekarang apa yang penting kalau nak sihat dan cantik kena berusaha gigih. Walaupun begitu aku masih bersyukur jugakla dengan badan aku sekarang ni tak besar,tak kurus sangat.. Yang aku titik beratkan sekarang adalah kecantikan dan kesihatan minda dan fizikal sahaja.
Okeh..sudah melalut banyak, sekarang aku nak tunjuk kepak ayam yang aku dan hubbyku buat hari tu..kitorg main cincai je buat ni sebab sayang nak buang lebih bara api buat salai ikan keli tu, tgk kat fridge ada kepak ayam hubby suruh panggang sikit. Tak banyak buat 4 ketul je. Cukupla untuk kitorg makan.
SPICY ROASTED CHICKEN WINGS
Bahan2:
Kepak Ayam ( part lain pun boleh, mana yang u ollss suka )
Bawang Putih
Halia
Ketumbar
Jintan Manis/ Kasar
Bawang Merah
Serbuk Cili/Lada Kisar
Serai
Kunyit
**semua bahan diatas di blender kecuali kepak Ayam tu oke..**
Sos Tiram/ sos Lea N Perrins/ sos BBQ (pilih la yang mana u olls suka dan available dalam fridge u olls)
Garam
Sedikit Madu/Gula Merah (kalo takde gula pasir juga boleh ye)
How to make?..
Gaulkan kepak ayam bersama2 bahan blender tu, bubuh dan lumurkan sos tiram,garam dan madu. Perap lebih kurang 1 jam dalam fridge. Kalau nak instant 15 minit pun oke..kalau nak lagi terasa lazatnya, boleh la diperap satu malam. Sebab dia punya bahan perapan itu akan meresap ke celah-celah daging ayam tersebut jika diperap lagi lama.
Then bolehla panggang atau nak mudah dan tak mau kena asap,masukkan je dalam oven/microwave.
Tips Of The Day:
Penggunaan gula merah adalah lebih bagus dan sesuai untuk membuat sebarang jenis makanan berpanggang seperti sate, ayam/ daging panggang dan sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan