Ahad, 31 Oktober 2010

Kek Batik

Salam..


Wah..wah..pepagi aku dah online dan terus nak tulis kat blog..nampak tak tajuk tu? Tu maknanya aku nak buat entry pasal makanan lagi la ni.. Kalah blog Cik Mat Gebu dan kak Hanieliza hehehehe..
Kek Batik ni aku buat minggu lepas, aku buat sebab nak bawa pergi ke rumah kak ipar aku kat Kota Tinggi.
Sebab diorang ada buat makan-makan sikit ada bakar sate, panggang daging kambing, bakar lemang macam-macam lagilah. Buat majlis ni pun sebab masa raya hari tu kitorang tak berkesempatan nak pergi beraya ke rumah kakak ipar aku tu. MIL aku yang aturkan semua ni..dia order sate byk giler sampai 400 cucuk. 
Kek Batik ni aku buat tgh2 malam masa orang sedang nyenyak tido. Alaa..kacang je buat ni. hihi..
Aku buat dapat 2 bekas je..okelah tu buat pemanis mulut org kata...hihi.. 





Inilah dia rupa dari pandangan atas Kek Batik tu.. gambar keratan rentas tidak dapat dikepilkan bersama sebab kek ni nak bagi kat orang, ..hehehe..
Kek Batik ni aku buat guna biskut Marie perisa kopi..bukan perisa asli...sebabnya tokeh kedai tu salah hantar. Rasanya boleh tahan jugakla.. Tapi corak batiknya tak berapa kelihatan sangat kot, pasal biskut kaler coklat. Sesekali buat lain dpd yang lain oke jugakkan.


Bahan:


Biskut Marie (3 bungkus) 
Serbuk Koko
Milo
Susu Pekat Manis
Susu Cair
Air
Butter


Bahan topping (kalo nak letak)


Coklat masakan 
Butter
Susu Cair
Air
Coklat Rice
Badam Cincang


Nak buatnyer:


Panaskan butter dalam kuali, (api pelan saje) kemudian masukkan susu pekat manis dan gaul. Lepas tu masukkan susu cair, serbuk koko, milo dan air gaulkan sebati dengan api yang perlahan. Kemudian masukkan biskut Marie yang dah dipatah2kan kecik tu. Gaul dan sampai bahan tadi meliputi seluruh bahagian biskut Marie tadi. Tutup api dan letakkan biskut Marie kedalam bekas kemudian lenyek2kan sehingga rata. Sejukkan seketika kemudian boleh masukkan dalam fridge.


Bahan topping:


Panaskan coklat dgn cara double boiler. Bila coklat cair masukkan butter,susu dan sedikit air kemudian kacau. Lepas tu bolehla tuang atas Kek Batik tu ye. Hiaskan dengan coklat rice dan badam cincang. 


Tips Of The Day:

Gunakan susu cair dan sedikit air untuk membuat adunan Kek Batik daripada penggunaan telur untuk melembutkan biskut Marie. Tips ni pun adalah sumbangan idea dari kawan aku yang pakar memasak.:)

5 ulasan:

Arizakiah berkata...

Salam ziarah...

tak ada sukatan...kalau pakai agak2 takut tak jadi....

{ finie } berkata...

Arizakiah...

Maafla..saya tulis resepi mmg jarang guna sukatan sangat.
Sukatan untuk adunan kek batik sy biasa guna mcm ni

Kalo buat 3 bgks biskut marie
susu pekat guna 1/2 tin..boleh adjust kalo xmo manis. Milo paket kecik tu pun 1/2, serbuk koko dlm 4 sudu besar, butter guna 70gm, susu cair 1/2 tin dan air 1 cawan.

Arizakiah berkata...

Time kasih finnie.....
Anak gadis akak memang suka kek batik. Dia nak balik di cuti Aidil Adha nanti..
Akak nak cubalah.....

Jangan lupa singgah lagi di belog akak......

Lady of Leisure berkata...

salah satu fav lady jugak.. suka sangat ngan kek batik hehe

misza berkata...

TQ Finie share resipi. dulu penah try buat tp x jd.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...