Jumaat, 29 Oktober 2010

Meehoon Soto Ayam

Salam..


Kali ni aku nak entry pasal masakan yang aku buat haritu... adalah satu petang tu tetiba nak makan soto, so tgk fridge ada ayam dan bahan2 yang sesuai aku korbankan untuk membuat soto, aku pun terus la masuk ke dapur dan start memasak. Kalau nak tau..aku ni hantu soto...hehehe.. pergi je makan kat mana-mana kalau kat  kedai makan especially, aku mesti order soto. Walaupun pada awalnya aku taknak makan, tapi bila tgk kat menu ada jual soto, on the spot aku terus order naik selera aku jam tu jugak. Aku rasa mungkin ini ada kaitan dengan sejarah sebelum aku dilahirkan kot, sebab menurut cerita mak aku, masa dia tengah mengandungkan aku satu ketika dahulu kan, mak aku ni sangat-sangatla mengidam makan soto Jali...( Jali tu nama tokeh kedai makan yang jual soto tu..) Sampai sekarang Jali tu masih menjual soto dia tu...adalah beberapa kali aku makan soto kat kedai dia. Pehh..giler sedap..sebab tu mak aku dulu sampai terngidam-ngidam. Boleh tahan jugek pakcik Jali tu meniaga soto kan, bayangkan sebelum aku lahir dah start berniaga soto tu, sekarang umur aku pun dah 31st. Tapi ramai jugak la otai-otai kedai makan kat sini dah memang established lama dah sebelum aku dilahirkan lagi, yang sejak sebelum merdeka pun ada tau...kedai-kedai makan yang baru bukak memang takde chance la dgn otai2 nih. Tak kurang juga yang sudah kembali ke rahmatullah dan tinggalkan warisannya, cuma air tangan tentu dah lain kan..
 Kalau kat area pekan Parit Raja kampung ku terchenta ni,soto yang paling marvellous ada 2 kedai je. Tapi yang paling mabelesssssss soto my mom laa... My mom tu kalau masak main campak-campak je dah sodap..( ceh!! macham mak ko sorang pandai masak ea...) hihi...!!


Hokeh.. ni la rupa soto aiii....hehehe..



Bahan-bahan..


Ayam 
Bawang kecil 
Bawang putih
Halia
Ketumbar
Jintan manis
Jintan kasar
Bahan yang diatas tu ditumbuk bersama ye..ini bahan tumis.
 Rempah 4 sekawan yang kamceng tu jgn lupa ye..
Perencah soto/sup
kalo nak senang pakai aje perencah soto yang banyak available kat kedai tu.
Kentang (kentang ni optional la.ikut taste anda.. ada juga orang yang bubuh lobak dalam kuah)


Bahan hiasan:
Bawang goreng
Daun sup
Daum bawang
Daging ayam siat
Taugeh (better pakai taugeh kampung yang ekor pendek2 tu lagi sedap dan lemak)


Cara nak buat..


Rebus whole ayam tu dalam periuk.. bila dah mendidih keluarkan part ayam yang banyak daging tu untuk di siat2. Tinggalkan sedikit part ayam untuk kuah soto. 
Di kuali lain tumiskan bahan yang ditumbuk dan rempah 4 geng bas sekolah sekawan tu sehingga wangi. Setelah masak angkat dan tuang ke dalam periuk rebusan ayam tadi, masukkan juga sekali perencah soto. Kemudian kacau sehingga sebati dan masukkan juga bahan perasa juga garam secukup rasa. masukkan kentang (jika mahu) biarkan kuah soto mendidih seketika, kemudian tutup api. 


Hidangkan dengan mihun atau rice cube dan taburkan bahan-bahan hiasan tadi


 Tips of the day:


kalau nak rasa kuah soto yang sedap gunakan ayam tua atau ayam kampung lagi enak. Untuk bahan siat tu boleh guna ayam biasa sebab daging ayam tua dan ayam kampung agak liat.

2 ulasan:

Lady of Leisure berkata...

sedapnya meehoon sotooo

{ finieViolet} berkata...

lady...hehehe thanx u.. ptg ni kalo x de aral i nak cuba puding marble mcm u buat tu...hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...