Ahad, 29 Ogos 2010

Sardine Rolls





Salam..

Hari ni aku nk letak pulak resepi Sardine Rolls yang aku buat minggu lepas untuk juadah berbuka puasa.. Kali ni paling sempoi dan sangat mudah. Aku kan suka yang simple saje..pasal nak cepat siap, cepat makan..cepatla rehat sambil layan Facebook..:) 


Sardine rolls belum goreng
Sardine Rolls dah goreng



Bahan-bahan:

1 tin sederhana (Ayam Brands)
Roti 
Bawang Putih
Halia
Air
Minyak Masak
Breadcrumbs (kalau suka letak)
Telur untuk bahan celupan

Cara2 membuatnya.:-

Kesemua jenisBawang Merah
Bawang Besar
Cili Api @ Cili Besar
bawang, cili,dan halia dihiris/dimayang
sardine ambik isi dan sedikit kuah .
Tumiskan semua bahan, kemudian masukkan sardine,masukkan sedikit air dan garam secukup rasa.
Roti pula hendaklah distimkan seketika di periuk kukus,
apabila roti dah jadi lembap dan lembut, leperkan roti dengan kayu pencanai doh.
Kemudian masukkan inti sardine tadi ke dalam roti dan gulung kemudian lekatkan dengan sapuan telur. 
Celupkan sardine rolls ke dalam telur dan lumurkan dengan breadcrumbs(optional)..
Gorengkan hingga kekuningan. Dan sedia dihidangkan.

2 ulasan:

dayangredzuan berkata...

sedapnye...sesuai untuk sahur ni

haziQah berkata...

ohh my feberet sardine roll..sdp nyee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...