Sabtu, 28 Ogos 2010

Mee Hong Kong

Salam
Hmm..kalau ikutkan rasa kemalasan yang sedang melanda diriku ni, rasa malas pulak nak mengetik huruf-huruf kat keyboard ni. Tapi sementara ada bahan yang nak di publish kan..so take a chance la kejap.. Menu berbuka minggu lepas banyak yang aku nak share kat sini. Kalau ikutkan memang banyak beli secara tunjuk2 nak itu ini kat bazar ramadhan saje.. Tapi sebab mengambil kesempatan minggu lepas bendera merah telah berkibar dengan megahnya, so...aku apa lagi gunakan deria rasa yang ada untuk mencuba resepi-resepi ringkas untuk juadah berbuka puasa..hubby aku pun dah berbunyi jugak, katanya asik beli jer, cuba kembangkan bakat yang ada tu masak sikit2.. Alamak!! segan la pulak, hubby dah tegur, padahal masa awal puasa haritu dia jugak yang cadangkan tak payah buat apa2 untuk berbuka, beli aje, tak membazir..sekarang dah cakap lain pulak..hehehe..mungkin dia nak jugak kot rasa masakan homemade kot. Sejak kak ipar aku dah buat rumah kat belakang, tinggallah aku hubby, Najla dan mak mertua aku berempat kat rumah ni. Lagipun sejak mula puasa haritu mak mertua aku tak berapa nak makan sangat  sebab tu kebanyakan lauk berbuka kami beli saje. Kalau masak nanti pun tak habis, last sekali buang macam tu aje. Masak banyak dah tentulah tak habis, masak sikit pun still berbaki lagi. Maklumla yang makan bertiga, lainlah kalau ipar-ipar duai aku datang berbuka sini, barulah makanan tu licin.
 Jadi hari Rabu lepas aku dengan rajinnya cuba memasak Mee Hong Kong, ingatkan susahlah sangat, rupa-rupanya simple aje..alahaiiii...campak-campak aje.. dulu masa time rajin makan kat kedai, nilah yang aku order tiap2 kali makan kat warung Seafood kat Simpang Rengam tu..:)

Mee Hong Kong 
Bahan-bahan:




  • Mee kuning / mee hoon/yee mee
  • Telur 5 biji ( mee tersebut hendaklah digaulkan dengan telur tersebut dan digoreng sebentar.)
  • Isi ayam (dipotong dadu kecil)
  • Udang
  • Sotong (dipotong kecil)
  • Fishcake (dihiris nipis)
  • Sawi (dipotong kecil)
  • Baby Corn
  • Lobak
  • Cendawan Tiram
  • Batang Celery
  • Brokoli (jika suka)
  • Bawang putih (biar lebih sikit - ditumbuk kasar)
  • Lada sulah (biar lebih sikit)
  • Beberapa tangkai cili api untuk mereka yang suka pedas. ( cuma ketuk-ketukkan aje.)
  • Tepung jagung (untuk memekatkan kuah)
  • Sos Tiram
  • Air Stok Ayam (kalau takde boleh guna kiub ayam)
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:


  • Panaskan kuali, tumiskan bawang putih  dan cili api hingga garing 
  • Masukkan isi ayam, udang, sotong dan hirisan fishcake, sos tiram dan gaul rata.
  • Masukkan air tunggu hingga mendidih, masukkan lada sulah, sedikit garam dan pekatkan kuah sedikit dgn tepung jagung.
  • Masukkan sayur . Biarkan sebentar agar sayur-sayuran masak.
  • Tuang kuah keatas mee yang telah digoreng dengan telur tadi. Lagi enak jika gunakan yee mee..:)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...