Aku kembali dengan cemil-cemilan terbaru..(taklah baru sangat..bulan lepas punya ni..)
Inilah dia Nugget Ayam Sdn. Bhd.. Aku cuba-cuba buat sendiri lepas tengok resepi di Majalah Pa& Ma iaitu resepi snek untuk kanak-kanak. Aku buat nugget ni, sebab Najla anak daraku tu tak mau makan bubur macam biasa lepas kena demam bulan lepas. Risau aku dibuatnya, bayangkan 4 hari kena demam tapi tak nak makan apa2 selain dari menyusu.. so hubby bagi cadangan buatkan dia makanan yang boleh bagi dia pegang sendiri contohnya macam jemput2, lempeng atau bagi rusks aje. Tulah satu hari selak2 majalah PA&MA, jumpa resepi ni, mudah sangat nak buat , ingatkan susahla sangat. Aku ada juga bagi nugget yang beli kat kedai, tapi memandangkan kandungan garam dan MSGnya yang tak elok untuk kesihatan, aku kurangkan jugakla bagi dia makan benda2 macam tu.
Okeh, ni lah rupa paras nugget tu.. Mintak maapla aku tak tunjuk gambar nugget yang dah digoreng..
BAHAN2NYA:-
2 KEPING DADA AYAM } potong kecil2 @ kisar di food proccesor
3-4 sudu besar tepung gandum
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Hiriskan daun bawang dan daun sup
Breadcrumbs (untuk coating)/ tapi aku guna oats..sebab kehabisan breadcrumbs.
Telur (ambil putihnya saja untuk coating)
CARA2NYA:
Campur daging ayam cincang dan kesemua bahan kecuali breadcrumbs dan telur didalam sebiji mangkuk. Lalu gaulkan kesemua bahan sehingga mesra. Bentukkan mengikut citarasa masing2. Aku buat leper macam gambar diatas tu. Kemudian, celup nugget kedalam putih telur dan salutkan pula dengan breadcrumbs,sebab tak cukup breadcrumbs aku gantikan dengan oats.
Najla suka jugakla makan walaupun dia makan sikit je. Maklumlah tekak orang sakit..
Tapi masa balik Batu Pahat, mama ada ajarkan suruh makan nasi lembik dengan sup, tak kiralah sup apa, sup ayam ke, sup daging ke , sup ikan ke atau sup sayur. Mama ada juga buatkan sup ikan Merah untuk Najla, nampaknya dia laju je makan sup ikan Merah dengan nasi lembik tu, tapi aku taklah bagi kosong je macam tu, aku letak juga sikit sayur macam lobak dan sayur bayam cincang, barulah nampak bernutrisi makanan untuk bayi macam Najla tu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan