Khamis, 22 Julai 2010

Ketam Goreng Mentega



Salam

Disebabkan kekeringan idea nak taip apa untuk entry pada hari ni, aku nak tepekkan masakan yang aku buat untuk lunch semalam. Aku masak Ketam Goreng Mentega, selalunya aku guna udang, ni saja2 aku nak try guna ketam pulak. Trial & Error la katakan, kalau ok, lainkali boleh try lagi. Methodnya sama saja dengan udang goreng mentega jugak ye..cuma udang tu ganti ketam.


KETAM GORENG MENTEGA

Bahan2nya:

5 ekor ketam
50gm mentega
150gm nestum
1/2 cawan susu sejat
3 btg serai } dihiris
7 tangkai cili padi( aku suka pedas) } dihiris
5 biji bawang putih( aku kalau masak memang lebihkan bwg putih) }diketuk dan dihiris
daun kari
sedikit lada sulah
1 sudu gula
garam secukup rasa

Cara memasaknya:

Gorengkan ketam sehingga garing, kemudian angkat ketam yang sudah digoreng tadi.
Panaskan mentega didalam kuali, kemudian tumiskan bahan-bahan seperti bawang putih,serai,cili padi dan daun serai sehingga naik bau. Kemudian masukkan ketam tadi dan gaulkan sehingga rata. Tuangkan susu sejat dan perasakan dengan garam,gula dan lada sulah. Akhir sekali masukkan nestum dan gaul rata.


** errr..tapi,...aku rasa cukupla sekali ni aku cuba goreng mentega dengan ketam, sebab my hubby kata udang juga yang sesuai di goreng mentega... Tapi kalau ada sesiapa nak cuba go on..rasanya tetap sama dengan udang goreng butter..cuma ketam agak rumit nak makan sebab dia banyak sepit..hilang nikmat makan pada akulah..(sebab tak pandai makan ketam sampai gigit-gigit sepit) Hehehe..

2 ulasan:

norlailisalleh berkata...

salam ziarah finie jelita...nanti tepek byk2 lagi resepi ya...

~Nur Finie Afnie~ berkata...

oke.kak laili..nti bagi tepek banyak2 masakan saya tu nti k..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...