Khamis, 15 Julai 2010

Kuih Vadai (my favourite Indian authentic snacks)



Salam..

Entry berikutnya ni aku nak masukkan cemil-cemilan yang aku buat pada hari Sabtu minggu lepas,
Haa..sapa yang penah makan kuih Vadai? Sejenis kuih yang paling digemari oleh masyarakat India.
Kuih yang diperbuat daripada kacang dhall dan di campur bersama cili kering,bawang,jintan dan daun kari. Ianya di kepal2 menjadi bentuk bulat dan leper kemudian digoreng hingga garing.
Masa time sekolah asrama kat Kluang dulu, bila tiba time outing jer aku mesti cari kuih ni kat warung kereta tolak ada sorang aci tu... Lepas tu pekena pulak dengan air cendol..perghh..sungguhla nikmat. Bila ingat balik aci tu buat kuih vadai ni..aku sangatla teruja, laju betul dia kepal pastu terus je masuk kuali..sikit pun tak hangus semua goreng sama rata je kaler dia. Ape2 pun..i like..







KUIH VADAI

BAHAN2:
1/2 kilo kacang dhall } direndam semalaman/6 jam dan diblender atau ditumbuk sederhana kasar.( tak perlu tambah air jika diblender)
1 biji bawang besar } potong dadu
6 tangkai cili kering } dipotong 1/2 inci direndam dalam air panas seketika
2 tangkai daun kari } dihiris sederhana halus
Jintan manis
Garam sebagai penambah perisa.
Cara membuatnya:-

Kacang dhall yang sudah lembut diblender sederhana halus,( kalau ada yg tak hancur sikit2 pun takpe) kemudian masukkan dalam bekas dan masukkan garam secukup rasa. Lalu campurkan cili kering,bawang besar yang sudah dipotong dadu, daun kari juga jintan dan gaulkan bersama2. Apabila adunan vadai dah sebati, bentukkan bulat dan kepalkan menjadi leper. Panaskan minyak dan goreng Vadai sehingga garing.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...