Salam..
Hye..uolls,
Nampaknye sekarang aku dah rajin update blog aku nie.. Aku sudah lupa daratan sama itu Facebook...Farmville lagilah dah lupa sangat2 macamane nak main.. Sejak balik dari BP aku tak penah bukak langsung.. Mati keringla tanaman aku..ayam,lembu, kambing mesti dah kurus2 sebab aku tak bagi makan, tak ambik hasil.. Hari-hari sudah ketagih sama ini belog..hua..hua..
Semalam aku tersangatlah rajin nak buat cemil2an lagi.. also my feveret ... iaitu....
Begedil Daging atau nama omputehnya..Potato n Meat fritter.(<---taknak kalah u..nak speaking jugek..) buatnya sangatlah senang sangat. Sementara my Najla tido, aku pun lekas2 buat begedil ni. Tak lama 1 jam saja sudah siap.. Dan sudah boleh di 'ngap'.
BEGEDIL DAGING
Bahan2:-
1 kilo kentang
400g Daging Cincang
Sedikit Udang Kering
3 Ulas Bawang Merah ]
3 Ulas Bawang Putih ] Bahan-bahan ini hendaklah digiling bersama.
3/4 halia]
Serbuk Lada Putih ]
Daun Sup
2 Biji telur Ayam
Bawang Goreng
Cara Membuatnya:
Kupas kentang dan potong dan goreng.
Bila kentang sudah siap digoreng, lenyek kesemua kentang tersebut.
Campurkan kentang dengan bahan-bahan giling lalu masukkan bawang goreng,sedikit udang kering,serbuk lada putih ,daun sup dan pecahkan sebiji telur. Kemudian mesrakan dan uli adunan begedil menjadi bentuk leper,penyek,sehingga habis.
Celupkan begedil kentang ke dalam telur dan goreng sehingga kuning keemasan.
Sesuai dimakan begitu sahaja atau dengan sup/soto.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan