Khamis, 15 Julai 2010

Darahnya naik lagi..

Salam..

Pagi tadi my hubby ada cakap dan merayu mintak tolong sangat2lah kat aku selesaikan problem dia, bila aku dengar bunyi mintak tolong dia tu , aku jadi suspenlah pulak..aku pun tak sabar2 nak dengar.. katanya dia mintak tolong aku control cara pemakanan dia sekarang dan suruh tolong hadkan apa yang dia boleh makan, ataupun tak boleh makan. Aku pun tanyalah kenapa pulak dia cakap macam tu kan, sebab selalu dia makan apa aje.. lepas tu dia kata semalam dia buat monthly medical checkup kat klinik private yang selalu dia pegi tu, doktor cakap tekanan darah dia tinggi dan angka tekanan darah statik sejak 4 bulan berturut-turut dan tak turun langsung. AKu pun dah dapat agak dah pun cara dia cakap tu, mesti berkenaan dengan hi-blood pressure dia tu..pastu mesti doktor tu suruh dia kawal pemakanan dan buat exercise. Sejak bahu dia terseliuh lepas main badminton dulu, dah dekat 2 bulan dia tak pegi main badminton.
Maybe sejak akhir2 ni dia busy sangat dengan kerja dia agaknya pun, balik rumah pun dah jauh malam baru sampai rumah..
Hubby aku dah lama jugakla ada penyakit ni, sejak umur dia awal 20an lagi sebab memang penyakit keturunan katanya, kiranya kakak2/adik ipar dan mak mentua mereka semua dah memang ada penyakit darah tinggi ni. Muda2 lagi dah dapat penyakit ni. Kalau ipar2 aku yang perempuan of course la kena setiap kali time mengandung.
Yang aku pelik kat rumah dia jarang makan nasi, balik keje pun kekadang langsung tak makan. Sampai tiap-tiap hari aku buang macam tu aje lauk-lauk tu. Nak kata tak jaga makan, tiap-tiap malam aku sediakan minuman oats untuk dia. Tu yang confused tu.. memang senang cerita bila dia kat rumah takdelah dia makan yang bukan-bukan..kecuali aku lah..(memang hantu makan..)
Aku pun cakap kat dia maybe kat tempat keje dia makan yang bukan-bukan kot... then dia kata mungkin la kot..sebab bila dah kuar breakfast dan lunch dengan kawan-kawan, semua dia makan.
Aku cakap kat dia lagi, memang la patut darah tak turun-turun, kalau makan kat luar tu macam-macam ada..breakfast takdelah lempeng aje..mesti pekena roti canai, mee goreng, nasi lemak..dan segala yang lazat-lazatlah di luar sana tu.. Patut balik rumah dah tak nak makan langsung...
Bila aku cakap macam tu, dia sengih aje.. aku cakap kat dia kalau makan kat luar, aku tak nampak.
So, macamane aku nak tolong control. Dia pun mengeluh lagi and he said, kalau dah makan dengan kawan-kawan, dia macam tak boleh nak elak daripada makan, kekadang kawan2 belanja kalau tak jamah macam tak sedap hati pulak katanya, nanti dikata tolak rezeki,sombong..yelah orang nak belanja takkan nak cakap tak mau pulak..pastu makan tempat2 best, sapa yang nak tolak kan..
Pastu dia kata he must doing something after this dia nak ajak aku temankan dia jogging time cuti ujung minggu nanti, katanya nak ubah gaya hidup lepas ni.
Haa..yelah tu...aku cakap jgn hangat-hangat tahi ayam sudah.. Hubby aku sengih je aku cakap gitu.
Oh..ye dia mintak aku tiap-tiap pagi sediakan breakfast cereal cornflakes pulak, atas nasihat doktor katanya lagi..
Tengokkan ajelah sampai bila dia tahan breakfast macam tu..
**yang aku suka dia ajak jogging tu je..nampaknya makin slim-melim la iii...kih3..

Info Pemakanan Pesakit Darah Tinggi
Penyakit darah tinggi yang tidak dikawal boleh menyebabkan meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit jantung, strok dan penyakit buah pinggang
Penyakit darah tinggi boleh dikawal melalui :
· Pengambilan ubat-ubatan mengikut arahan doktor
· Pemilihan dan pengambilan makanan yang bersesuaian
PENJAGAAN MAKANAN
1. Kurangkan pengambilan garam
Pengambilan garam ( sodium klorida) dan sodium perlu dihadkan untuk mengawal penyakit darah tinggi.
· Pengambilan sodium dihadkan kepada 2400mg sodium sehari bersamaan 1 sudu teh garam sehari.Penggunaan garam dan makanan yang tinggi garam dalam masakan dan semasa makan perlu dikurangkan
· Gunakan perencah asli dalam masakan seperti rempah-ratus,herba,serai,jus limau,cili dan lain-lain untuk menggantikan perasa makanan seperti MSG
· Makan makanan segar. Elakkan makanan yang telah diproses , diawet atau ditinkan
· Pastikan label makanan dibaca bagi mengetahui kandungan garam dalam makanan tersebut dan pilih makanan mengandungi rendah garam( low sodium)atau tanpa garam ( unsalted)
· Makanan yang tinggi kandungan sodium juga perlu dihadkan. Contoh makanan tinggi sodium.
MAKANAN TINGGI SODIUM
Perisa Makanan
Makanan dikeringkan
Makanan proses dan makanan tin
Lain-lain
Garam
Kicap
Sambal belacan, cencaluk, tempoyak
Semua jeni sos ( sos tiram,cili, tomato,ikan,BBQ)
MSG
Kiub/Stok masakan
Tauchu
Perencah segera
Krim salad
mayonis
Ikan kering/ udang kering/sotong kering
Ikan bilis
Jeruk masin
Telur Masin
Sayuran jeruk/masin
Daging salai
Sayuran dalam tin- kacang panggang, peas,jagung
Daging/sotong/ayam dalam tin
Sardin,tuna dalam tin
Sup dalam tin/sup segera
Sausage,nugget,burger
Bebola ikan,kek ikan
Keropok ikan/udang
Pelbagai makanan kudapan/ringan
Mee egera/mee suah
Papadum
Maruku
Keju
Makanan segera
Pati daging
Kacang bergaram
2. Kurangkan Makanan yang mengandungi lemak tepu dan kolesterol tinggi
· Elakkan makanan yang tinggi koleterol, contoh organ dalaman,(otak,hati,hempedal,usus,buah pinggang,jantung),kuning telur( 1-2minggu), telur ikan
· Hadkan pengambilan makanan laut( uang, ketam,sotong, kerang dan siput)
· Pilihlah susu dan hasil tenusu yang rendah lemak atau tanpa lemak ( 2-3 hidangan sehari)
· Elakkan makanan tinggi lemak tepu, contoh minyak kelapa, santan, mentega, minyak sapi, lemak daging dan kulit ayam
· Lebihkan cara masakan rendah lemak seperti kukus,bakar, panggang,rebus,sup dan lain-lain serta kurangkan penggunaan minyak semasa memasak
3. Tingkatkan pengambilan makanan tinggi serat
· Seperti bijirin penuh ( roti berserat), oat, buah-buahan , sayur-sayuran dan kekacang. Sumber kaliuman magnesium yang boleh mengawal tekanan darah
4.Penurunan Berat Badan
· Turunkan berat badan anda ke tahap berat badan yang ideal.
· Penuruna berat Abadan yang sihat adalah diantara 0.5-1.0kg setiap hari
· Elakkan pengambilan makanan yang tinggi lemak seperti makanan bergoreng , makanan bersantan dan makanan segera
· Kurangkan mengambil gula ringkas seperti gula putih, susu pekat manis,kuih-muih dan biskut manis, sirap dan minuman ringan yang lain
· Kawal pengambilan karbohidrat kompleks seperti nasi,roti,mee,bihun,capati,tosei,makanan berasaskan tepung
· Lakukan senaman tetap minimum 3-5v kali seminggu iaitu 30-45 minit setiap sesi.

Sumber: Flyers, Kementerian Kesihatan

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...