Rabu, 14 Julai 2010

Kerabu Betik (som tam) dan Kerabu Mangga

Kerabu Mangga
RESEPI KERABU MANGGA
BAHAN2:
2-3 BIJI BUAH MANGGA/PELAM MUDA
UDANG KERING } ditumbuk halus
CILI PADI}
BAWANG MERAH} ketiga-tiga bahan ni dihiris halus.
SERAI}
BUNGA KANTAN } dihiris
TOMATO } dihiris
KACANG TUMBUK
AIR PERAHAN LIMAU NIPIS
GULA DAN GARAM (sebagai penambah perisa)
**nak letak sos ikan pun boleh lagi sedap
**boleh juga letak ayam atau sotong pada kerabu jika suka.
***Maaf ye aku memang kebiasaannya bila memasak tak letak sukatan, sebab aku masak memang cincai jer..*wink*
Cara membuatnya:
Pelam dihiris memanjang dan dimayang halus(sederhana pun boleh) hiris bawang merah,cili padi,serai,bunga kantan dan tomato(potong kiub) masukkan bahan kedalam mangkuk dan gaulkan bersama. Masukkan udang kering dan kacang tanah yang telah ditumbuk tadi gaulkan bersama perahan air limau td. Perasakan dengan garam dan gula dan gaulkan sehingga sebati.


Kerabu Betik (som tam)

RESEPI KERABU BETIK (SOM TAM)

Bahan2:

1/2 biji betik (kalau besar)
Udang Kering} ditumbuk halus
Cili Padi } dihiris
Bawang Merah } dihiris
Serai} dihiris
Bunga Kantan } dihiris
Tomato } dihiris
Sos Ikan (kalau takde pun boleh ganti sedikit belacan bakar)
Air perahan limau nipis
Gula dan garam

Cara membuatnya:
Betik dihiris memanjang dan dimayang halus(sederhana pun boleh) hiris bawang merah,cili padi,serai,bunga kantan dan tomato(potong kiub) masukkan bahan kedalam mangkuk dan gaulkan bersama. Masukkan udang kering,sos ikan dan kacang tanah yang telah ditumbuk tadi gaulkan bersama perahan air limau . Perasakan dengan garam dan gula dan gaulkan sehingga sebati.

** maafla ye kawan2 bloggers saya memang tak reti nak mem
buat ayat untuk resipi,sebab memang masak biasa saya main campak-campak aje. Tapi saya ikhlas tau berkongsi resepi.. no copy and paste punya..hehehe

Salam..

Alamak aihh..lama betul resipi kerabu aku tu terperap dalam memory kad kamera. Tujuan asal memang nak bawa masuk dalam blog ni haa..disebabkan alasan sibuk sendiri, tu yang terperap saja dalam kamera. Aku buat kerabu-kerabu tersebut pada hari yang lain tapi pada minggu yang sama kerana menuruti kehendak my sweet darling..hubby i la sapa lagi.. sebab masa pegi outstation haritu dia ada makan kat sebuah foodstall tu my hubby makan Kerabu Betik, tu yang bila balik requested macam-macam. Nasib baik ada sebatang pokok betik sebelah rumah ni, dan yang kebetulan pulak dah nak ditebang, jadi mana-mana buah yang masak atau mentah tu mak mertua aku dah bagi2 kat jiran. Tinggal sebiji yang agak-agak separuh masak tulah yang sesuai dibuat kerabu.
Aku tak kisah janji cukup bahan nak masak ..jalan terusss.. Kerabu mangga tu pulak kebetulan masa balik Parit Raja haritu mama ada bekalkan banyak buah pelam so, aku buat kerabu je..nak makan macam tu aje masam sangat, daripada membusuk begitu saje, better buat kerabu lagi sodapp..

So, mengenangkan ada kesempatan ni, aku nak menjamu mata-mata bloggers yang kebetulan singgah kat blog den ni haa untuk tatapan kalian.. (macam la aku ada pembaca ye..kalau ada terima kasih daun keladi..singgahla lagi..)

mode ptg yang ceria tapi sederhana:

~finie~


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...