Isnin, 12 Julai 2010

Akhirnya Sepanyol Juara Piala Dunia 2010..(happynya aku!!)

JUARA PIALA DUNIA 2010 - SEPANYOL-

Hari ni aku bangun dengan penuh semangat..walaupun tak berapa cukup tidur...
Tapi happy sungguh bila team favourite menang Piala Dunia.. (make my day....)
Aku tak pernah segembira macam ni bila menonton Piala Dunia, tapi untuk tahun ni, begitu bersemangat sungguh. Aku pun sebenarnya jarang mengikuti apa-apa jugak jenis football match ni, senang cerita tak pernah ambik tahu pun, lepas tengok team dari Portugal mengalahkan Korea Utara 7-0 haritu, start tulah aku follow World Cup sampailah final match ni. Dan aku pilih team dari Spain. Aku suka dengan corak permainan diorang, bersih dan smooth je. Aku dah agak dah kalau diorang bermain macam tu no wonderlah, WOrldCup diorang boleh menang. And finally they did it!!! congratulations!!
Mungkin ada orang percaya kot kat ramalan sotong kurita yang bernama Paul tu, sebab dia dah 6 kali meramalkan match yang menang sepanjang Piala Dunia. Tapi aku sikit pun tak percaya..khurafat la percaya benda2 macam tu.. apa yang pasti yang aku percaya sangat memang kemampuan Sepanyol terbukti hebat sebab corak permainan diorang sangat konsisten dan semangat berpasukan memang nampak pada pasukan diorang. <----aku punya statement macam penulis berita kat ruangan sukan pulak yer...ehehehe..----->

Apa2hal diucapkan tahniah kepada skuad La Roja Espana.. sebab first time menang World Cup 2010..Kepada skuad Oranje..Holland..also congratulations to your team.. See you in Brazil 2014

GOALLLL...VIVA ESPANA!!!

SKUAD SEPANYOL
>
>
>
>
>
Paul The Octopus
Ada ke orang percayakan haiwan ni???? aku tak percaya langsung.. sebab itu semua tuhan punya kuasa daaa.. Allah S.W.T lebih mengetahui.. Ada Apa Pada Si Paul the Octopus nie??

entahlah..

ini goreng pun sodap,wehh..

Ermm..eeuwwww..sedap ke sotong ni kalau buat masak???





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...