Sabtu, 24 Julai 2010

Ayam Masak Ungkep

Salam..

Rasanya dekat 2-3 hari aku tak buat entry dalam blog..sebab sekarang ni aku busy tukar-tukar template untuk blog ni lah.. Rambang mata la tengok template cantik2 tu.. Lepas tu baru belajar  letak2 gadget yang menarik kat blog. Aku nak blog ni biar nampak simple but nice . Sedap mata sesiapa yang lalu lalang kat belog aku. Dulu macam sarat jugak la blog ni dengan tah hape2 widget tah. Tapi dah buang sebab macam sepah  semak samun. Terima Kasih la kepada kawan-kawan di forum Ratuhati.com sebab banyak memberi info untuk mereka2 yang baru belajar buat belog  macam aku. (hehehe..rasa excited ni..sebab dah jumpa mcmana nak buat simbol garisan correction ni.. :-) thnks to fiza@umisofie sebab bagi guide masa tanya kat forum hari tu..

Okeh..setelah aku banyak membebel..aku nak bagitau..hari ni aku masak lunch simple aje.. Tapi kalau nak tau inilah faveret aku tau.. Resepi Mak-Dalam-Undang2 ku... Ini masakan asli orang jawa.. Perkataan 'ungkep' tu pun dah menggambarkan bahawa masakan ni berasal dari orang Jawa. Ungkep tu bermaksud 'masak sesuatu yang ditutup'  tu dalam kamus masakan orang Jawa.. dalam kamus dewan belum cari..oppss..maaf ya kalau aku salah translated maksud ungkep tu..tapi ni baru tanya my hubby dia kata betullah meaning aku ni..hehehe

Sedang dalam proses mengungkep ayam.

Camnilah rupa ayam masak ungkep yang dah di angkat tudung periuk tu.
Sedia untuk dihidang dan di bedal....

Resepi Ayam Masak Ungkep

5 ulas bawang merah }
3 ulas bawang putih }
3/4 halia}             bahan ini ditumbuk/dikisar..
5g ketumbar}
sedikit jintan manis}
2 sudu besar serbuk kari
kentang (letak ikut citarasa oke..)
secawan air
2 camca minyak masak
garam dan perasa secukup rasa

Cara-cara membuatnya ye puan2..

Ayam yang telah dipotong sederhana dibersihkan, kemudian campurkan bahan yang dikisar tadi kedalam bekas yang berisi ayam lalu mesrakan dan di perap selama 10minit. 
Kemudian panaskan sedikit minyak dalam kuali,lalu masukkan ayam dan masukkan secawan air kemudian tutupkan ia. Apabila sudah agak mendidih, barulah perasakan dengan garam, kentang dan perasa secukup rasa. Tutupkan kembali sehingga air kering.
Apabila masak barulah dihidangkan.. Sesuai dimakan dengan nasi masih panas-panas.. Chaiyok2..

 Selamat Mencuba..

7 ulasan:

Lady of Leisure berkata...

ada dengar ayam masak ungkep ni few times tapi belum pernah cuba masak lagi... nak kene try ni sedap nampak..
:)

ashra berkata...

sedap ni..ingat nak masak resepi ni ptg ni,sblm hubby balik keje,tp,kat umah kehabesan halia n jintan manis la plak..hehe

{ finieViolet} berkata...

lady : u should try this oke..mmg sedap..tapi my MIL buat lagi sedap..

{ finieViolet} berkata...

ashra: nanti dah beli halia dan jintan buat tau..hehehe..tapi kalau taknak letak jintan atau ketumbar pun takpe.. tapi lagi sedap letak la.. try tau..:)

Maizatulakmar berkata...

nak try la wat juadah berbuka sok...ungkep...jgn xungkep...hehe..

misza berkata...

salam. saya share ke bolg resepi ni. biasa makan tapi belum pernah masak sendiri.

{ finieViolet} berkata...

misza..sure..u should try this ...share jer... nti dah masak tunjuk kat blog ea...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...