Rabu, 28 Julai 2010

Deko Bersama Eric...Part 1



Salam..


Sebenarnya aku nak taip aksara-aksara di Keyboard ni pun tak larat.. tapi aku gagahkan juga jari-jari ni menaip.. Pasni aku nak pegi gorengkan cempedak untuk my hubby yang kejap lagi balik dari kerja..






Petang tadi aku mengecat ceiling bilik sebenarnya.. Hadoii!!!..ni lah penyebab aku nak menaip pun tak larat ..memang la letih tahap gaban bila mengecat ceiling, terpaksa mendongak. Bagai nak patah tulang tengkuk dengan urat bahu. Nak buat macamana kan.. masa dah tak ada..hari Jumaat perabut bilik tidur dah nak sampai. Ini sebenarnya kerja my hubby..tapi disebabkan minggu ni dia balik malam saja..so aku lah yang akan mengambil alih tugas dia. Tu belum si Najla mengacau nak pegang tong cat lagi..dah terjerit-jerit aku. Habis baju, tangan dan kaki pun kena cat. Last-last malas nak menjerit macam tarzan aku biar je dia kacau aku buat kerja.
Yang aku paling ngeri nak panjat tangga bila nak alter cat ceiling yang tak rata dan tak kena cat tu.. Huh!!
gayat semacam je, ceiling pulak jenis yang bercornice, part yang ada corak dengan lekuk tu yang leceh..
Esok tinggal cat dinding pulak, kalau dinding ok sikit kot, sebab dia rata je..pakai roller lagilah senang...


SENANG??


..senangnya taip..huhu..sekarang ni pun leher aku sengal yang sangat2...adehhh...
Tadi petang aku ada sms hubby ngadu aku sakit-sakit badan, tapi dia balas mesej tu balik katanya,.... baru sikit je 
tu..
Haah...sikit pun tapi azab tau.. Tak kira dia balik kerja nanti mintak tolong massage kat bahu ni..


Hadoii!!!..


Lepas ni nak belah cempedak nak goreng...laratkah aku??...


Laratkah aku mencuci tangan, jari jemari bekas terkena getah buah cempedak? sedangkan baru saje lepas buang bekas cat kat tangan tadi...


huk..huk..huk...


Penatttt....


dan ketika catatan ni ditaip...Si Najla pulak bangun...


huwaaa.....i need a rest dear...


.....................................................................................................................................................................


**sigh**


Tips of the day:


~aku sarankan kepada sesiapa yang hendak mengecat rumah..gunakanlah cat dari jenama Colourland.
Ianya terbukti bagus dan kurang bau cat. Juga senang nak dibersihkan. 


Colourland juga mempunyai skim program -Colour Your HOme- yang mana anda boleh memilih warna  dan berimaginasi dengan kreativiti anda sendiri bagaimana anda ingin mengecat kediaman dan tempat kerja anda dengan pelbagai pilihan warna cat-cat dari Colourland.




Klik to Colourland  for more info.

1 ulasan:

Drama Mama berkata...

wahhh i can imagine camna penatnya! my hubby kalau i nak cat dinding pun dia tak kasik...tak percaya takut i buat tak cantik. tsk tsk tsk

http://twinkywinkystars.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...