- Kerana tidak tentu lagi si dia yang lebih cantik/kacak daripada kita, mampu menyayangi kita dengan jujur dan ikhlas,tanpa prasangka "Saya sebenarnya boleh dapat orang lebih baik daripada awak"
- Kerana kita tidak mahu perkongsian hidup sehingga tua dengan si dia yang tidak berhati budi,membuat kita sakit hati dan makan hati.
- Kerana kita mahu mencari pasangan hidup beragama,elok kelakuannya,jelas keturunannya,dan memahami diri kita.
- Apabila seseorang itu memiliki hati budi yang tinggi lagi mulia, dia bukan sahaja menyayangi dan menghargai kita,malah dia juga menghormati segalanya tentang diri kita- Tentang minat,kecenderungan,bakat,famili,kerjaya,kehidupan sosial,malah apa saja
- Supaya dia yang berbudi pekerti tinggi ini boleh dibawa ke tengah dan ke tepi. Dia pandai membawa diri, dan pandai mengambil hati orang tua kita
- Kerana apabila hati budi yang baik menjadi tunggak dalam sesebuah perhubungan, kita, dengan izin Allah,bahagia selamanya. Dia tidak akan meninggalkan kita kerana perempuan lain, tidak kerana kita tak berharta, dan juga tidak meninggalkan kita kerana paras rupa yang serba sederhana.
** sources majalaheh 2003
2 ulasan:
salam ziarah finie jelita,
satu post yang menarik,suka baca...
salam puan finie.. setuju sangat dengan entry mu ini..:)
Catat Ulasan