Tetiba je kan entry macam ni.. mmg pon saje nak bagitau aku dah start suka Aaron Aziz dan Siti Saleha tu (sebab dulu tak berapa nak minat).. gara2 Tv3 siarkan balik ulangan Nora Elena bermula minggu lepas setiap hari Rabu dan Khamis pukul 10.30am. Aku sanggup tau bangun subuh2 mengemas dan memasak dan wajib siap ngam2 pukul 10.30am.. Very the laju aku buat keje semata2 nak kejarkan citer Nora Elena, sbb tak nak missed out walau satu scene.. hehehehe..Macam tau2 je kan Tv3 ni pebret ai.. Ralat rasanye tak mengikuti episod original masa slot Akasia pukul 7pm tahun lepas ..Drama ni katanya rating tinggi kan dulu.. pasal diorang suka si Aaron jadi laki si Siti Saleha tu kan..yelah, sapa tak suka dapat laki macam Seth Tan a.k.a Aaron Aziz tu, sampaikan mak orang macam aku ni pun dah jatuh chenta tau tak..selalulah very the verangan kalaulah Encek Hubby leh jadik mcm Seth tu. Alahaiii...heaven jer kan. Sampaikan aku rasa kan best kalau Siti Saleha and Aaron Aziz tu jadi laki bini in reality kan best jugak tapi Aaron pun dah ada bini kan.. sama lawa macam Siti Saleha gak.. alollolo... suweetnye. (ahaha..marah bini Aaron kang, sorry ye Diyana..hanya imaginasi saje..hehehe)..
Hari tu aku dah tengok separuh dah kat online siap download lagi..tapi tak puas ar tengok kat pc, alang2 dah ada kat tv jadi nak mengikuti citer nie sampai abis.. InsyaAllah..
Dolu2 kala aku tak minat pun Aaron Aziz ni, tak pandang pun.. tapi sejak tengok dia acting jadi polis kat citer Tangkal Besi kat astro Citra tu, terus ai minat dia, sampailah dia jadi laki Maya Karin kat Ombak Rindu. Alahaiii..sweetnya muka dia,sesuai jadik suami mithali..lelaki budiman. Sampai ada satu malam tu aku penah terbawak dalam mimpi citer Nora Elena tu. Yapadahh!! hehehe.. kemaruk sangat letteww.. Aku tak sabar nak tengok filem Kerat 14 tu diorang berdua acting2 lagi..weehooo!!
alahaiii...so sweet la korang mcm nie...;p
**gambar semua ehsan baik budi pakcik google**
1 ulasan:
nice post :D salam kenal yaaa
Catat Ulasan