Khamis, 5 Mei 2011

Anakku anak Indon!

Assalamualaikum..

Hari demi hari anak kesayangan ku satu-satunya semakin petah berkata-kata walaupun dengan nada pelat. Alhamdullilah..syukur tak terhingga aku kepada Allah S.W.T kerana diberi zuriat yang cukup sempurna kepadaku. Kini, Najla dah pandai mengajuk-ajuk percakapan orang dewasa. Cubalah tanya dia apa saja, pasti ada jawapannya, walaupun sepatah haram tak faham maksud kata-kata dia tu, tapi layankan  ajelah.

Malam tadi, Encek Hubby melayan kerenahnya, maklumlah anak kesayangan ayah. Bila dah ada ayah, ibunya ni dia lupalah kejap. Tapi bila nak 'tek' carilah ibunya ni...

Encek Hubby pun tanya dia macam ni..

Encek Hubby: Awak anak sape?

Najla: (..takde jawapan sebab tengah ketawa-ketawa dalam pangkuan ayahnya..)

Encek Hubby: Haziqah..ayah tanya ni,..awak anak sape?...

Tiba-tiba terkeluar dari mulut dia cakap macam ni dengan lancarnya..

Najla: Aaanak ndon!!

Encek Hubby: Apa?! (encek hubby tanya sambil ketawa terbahak-bahak) Anak sape?...

Najla: Aaanakk ndon! (dia pun ketawa jugak bila tengok Encek Hubby dan aku terketawa sampai pecah perut masa dia ulang cakap macam tu)

Aku sampai sakit perut ketawa tak berenti2. Tak tahan tengok muka dia yang selamba je cakap dia anak Indon.  Pastu orang ketawa, dia ketawa jugak, padahal dia pun tak paham dia cakap apa. Kah..kah..kah..

Sampailah pagi tadi bila aku tanya 'anak sapa' dia  tetap jawab 'anak ndon'. Siapalah pulak yang mengajar.. Hadoiyaiii..anak..anak..

Betullah apa yang aku pernah baca dalam sebuah majalah , umur kanak-kanak yang berusia 1-5 tahun minda mereka sangat peka dengan alam sekelilingnya. Kalau ikut segi sains pada waktu inilah saraf-saraf neuron mereka sangat pesat membangun. Disebabkan itu mereka sangat suka mencontohi apa saja perbuatan orang yang ada disekeliling mereka. Senang citer kanak-kanak ni cepat pickup la. Jadi bila depan anak-anak jagalah setiap perkataan, kalau boleh jangan tunjuk depan mereka perbuatan yang kurang elok.









6 ulasan:

nur easy berkata...

haha sapa plak y mengajar nya ya.. comel najla. besar dah

fisa othman berkata...

anak-anak ni cepat mengikut..hehehe sure ada yg cakap macam tu...comel pulak rasa nya..:D

Tanpa Nama berkata...

Mesti kiut suara dia.. hehehe...

{ finieViolet} berkata...

eize: tahla zie, sape tah ajar dia.. anak aku mudah ikut gelagat org la.. hihi..

{ finieViolet} berkata...

fisa othman: betul tu, sbb tu takutla kalo kekdg tertunjuk pe'el yg kurang elok depan dia.. kekadang kita tak ajar, tp dia terikut pe'el orang lain..cabaran mendidik anak nie..

{ finieViolet} berkata...

khuzrin kamaruddin: sebab dengar suaranya tulah saya ketawa tak agak2 aritu masa 1st time dengar dia ckp mcm tu..hehehe..

thanks dtg blog..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...