Jumaat, 11 Mac 2011

Kacang Tanah, Tempe, Ikan Bilis bersira sambal @ Sambal Goreng Kering ala Jawa

Assalamualaikum..

Lama sudah aku tak tepek resepi kat blog. Rindu pulak nak berkongsi resepi di sini. Teeheee..
Lately ni mood memasak pun berkuranganlah..berikutan ketiadaan selera nak makan. Perut ni rasa kenyang jer. Nape tah. Bila mood makan dah takde, makanya mood memasak pun merudum la jawabnyer.

Aku tak tau nak namakan resepi ni apa.. tapi ada orang panggil kacang bersira sambal.  Sila tengok tajuk resepi i nih.. sikit punye panjang..tang jawa takmo tinggal..puas tanya mak mentua aku nk bg nama yang pendek sikit bg cemil-cemilan ini.. Kepada yang tak gemarkan tempe, u olls boleh letak kacang dan ikan bilis aje okeh. Tapi yang aku buat ni lak semua ada. Kaya dengan kandungan tempe, ikan bilisnyer..maklumlah i kan mix jowo sikit kann.. Mestilah i makan tempe yang kaya dengan protien tu.. Teeheee...

Kacang Tanah.Tempe.Ikan Bilis bersira sambal @ Sambal Goreng Kering ala Jawa

Sikit punye panjang nama makanan.. pandai2 la u olls nak nyebut hokeh..

Resepi:
(bahan tumis)
20 Tangkai Lada Kering (better guna serbuk lada)
2-3 Ulas Bawang Putih
4   sudu makan minyak masak
3   sudu gula pasir (dibancuh dgn sedikit air panas)
segengam ikan bilis (ditumbuk bersama bawang putih)
garam dan perasa secukup rasa

(bahan goreng)
4 Keping tempe hiris 4 segi kecil dan potong tipis(digoreng sehingga garing)
300 gm kacang tanah (digoreng)
200 gm ikan bilis sederhana kecil (digoreng)

Cara membuatnya:

  1. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga sedikit garing (kalau boleh jgn terlalu basah)
  2. Masukkan perisa dan garam juga air gula kemudian gaul sambal sampai menjadi likat. 
  3. Masukkan bahan-bahan goreng dan gaul rata sehingga kesemua bahan bersalut sambal. 
  4. Jika didapati kelihatan minyak berlinang tapiskan seketika. Ini untuk mengelakkan tempe dan kacang menjadi lembab tidak rangup. Lebihkan gula jika suka manis.







6 ulasan:

Fatihah berkata...

Sedap ni.. Fatihah pun suka masak sambal tu.. huh terliur.. pasni nak buat juak lah.

belogkiter berkata...

memang sedap.. makan nasi putuh je dengan sambal ni pon best

misza berkata...

sambal ni tahan lama kan. buat banyak² simpan dalam balang...

aku yang tak femes berkata...

slurppp! my feveret nih!

{ finieViolet} berkata...

fatihah: sy rajin buat ni.. adik ipar siap berbisnes lagi..hehehe

belogkiter: masa duduk jepun dulu nilah yg mak sy sllu bekalkan..

kak misza: haah kak, tahan lama..sedap lak tu..mkn mcm tu pun oke..

nurrul ain @ aku tak femes: buat yer..fevret i juga..:)

Unknown berkata...

Kami memproses dan membekal tempe dengan harga borong jauh lebih rendah dari pasaran.Hubungi 0139487664, blog kami aboutsoya.blogspot.com fb kami Tempe Lobai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...