Jumaat, 25 Februari 2011

Surprised dari Encek Hubby...Ohh!! aku terharu...

Assalamualaikum..

Tiada kata-kata yang boleh aku translate kan dengan apa yang dah Encek Hubby telah mensurprised kan aku..
Aku hanya mampu tersenyum..ternangis comel saja.. Ohh..sayang, terima kasih atas ingatanmu sempena hari lahir ku yang lepas... Pandai ye abg buat surprised... i like!

Surprised!!!!...


Macam biasalah, Encek Hubby mesti akan buat muka selamba badak dia kalau nak buat surprised. Biasanya kalau dia nak bagi present berbentuk barang, dia mesti sorok bawah bantal. Nanti time aku ngemas tilam barulah jumpa hadiah tu semua. Disebabkan ni kek, macamana dia nak sorok kat bawah bantal pulak kan..
Masa hari dia nak 'pekena'kan aku ni, dia call cakap balik lewat sikit sebab nak main badminton dengan pegi gym. So, aku pesan kat dia balik keje karang belikan telur satu papan dengan serbuk ibu roti mauripan sekali, sebab aku nak buat pau goreng. Dia kata oke jer.
Malam tu tengah aku membalas komen-komen kat FB dia pun sergah aku dari belakang.. Terperanjat gaban jugak la pasal dia kata balik lambat, pehal tetiba alih2 muncul pulak. Aku pun terus tanya,

aku: "yang belikan tak telur dengan mauripan yang ibu pesan tu tadi?"

Encek Hubby: " ada..beli.. hmm telur 5 biji jer dapat dengan roti sebuku kan?.."

aku: laaa..ibu kan suruh beli telur 1 papan tadi..dengan ibu roti mauripan,..bukan roti satu buku.."

Encek Hubby: " laaa.. ye ke?.." (muka dia tak bersalah langsung masa tu..)

Aku pun terus ke dapur tengok la apa kebenda yang dibeli dia tu. Tetiba kat dapur,...

Jeng..jeng..

aku tengok muka anak sedara aku dengan adik ipar aku si ucu tu tersengih2 sambil buat muka tak tau..

Jeng..jeng..

alangkah terperanjatnya apabila aku lihat kat atas meja makan ada sebiji kek yang sungguh besar dan cantik sudah siap berlilin lagi gitu

 Pastu mak mentua aku pun tanya, "ni hari lahir umur keberapa ni?"

 aku sengih je dan tersipu-sipu segan, sebab aku masih dalam keadaan terperanjat gaban lagi. Hmmmm..patutlah muka Encek Hubby macam muka selamba badak jer bila aku tanya pasal telur dgn mauripan tadi.. Kat atas rak-rak barang tu pun, barang2 yang aku pesan tadi ada, telur cukup satu papan, mauripan pun ada. Hihihi..pandai betul dia buat-buat tipu comel dengan aku yer. Mak mentua, anak sedara dengan adik ipar aku memang diorang bersengkongkol dalam kes ni jugak. Anak sedara aku la yang buat design meja dengan letak lilin atas kek tu. Ooo..time aku memerap kat bilik ngadap pc tadi diorang pun buat keje lah tu.. Huiiih..pandai betul berlakon...ekekekeke...

Apa lagilah, aku pun terus kiss..kiss..pipi Encek Hubby. Teruja..Excited.. dapat pulak makan kek Chocolate Indulgence daripada Secret Recipe, lagilah hati aku bertaman-taman perumahan dibuatnya. Kat Kulaijaya ni Secret Recipe punye outlet baru bukak. Dari aritu ajak Encek Hubby pegi makan kek kat sana, asiklah  dia dengan kebiziannye..Finally, dapatlah gak aku merasa keenakan kek Secret Recipe yang tersangatlah lazat itu.
Malam tu kitorang makan kek dengan McD.. Encek Hubby beli McD jugak, sebab dia kata aku ni kan antu McD.. Haa,, tau pun kegemaran isteri kamu ni kan Encek Ishakkkk..hihihi.. Kalau tak, takkan dulu masa hari nak bersalinkan my baby girl tu, aku sempat lagi mintak McChicken sebelum masuk labour room. Lawak la bile ingat balik. Hihihi..

Yang galak sangat nak meniup lilin kek tu, siapa lagi kalau bukan our little girl la, sibuknya dia nak meniup-niup lilin tu, tapi tak reti tiup pulak. Tak kuar angin pun. Air liur je tersembur-sembur.. Kelakar tengok keletah anak aku tu, macam besday dia pulak excitednye dia..Hihi..takpelah ni besday untuk kita berdua sayangg..

To my dearie Encek Hubby.... i will always love you.. Thanks sayang..i will never forget this moment. I know, u love me too... huhu..speechless dibuatnya.. tiada kata-kata boleh diungkapkan.. I love you forever!


p/s aku masih mengharap kat bawah bantal ada present lagi... mana tau dia bagi henpon lagi macam dulu.. henpon aku dah rosak.. harap2 dia paham keinginanku..  teeheee..♥♥

3 ulasan:

Cik Puan Syeeda berkata...

happy birthday finie!!
semoga panjang umur.. murah rezeki yer..

nur easy berkata...

sweet..;)

{ finieViolet} berkata...

syeeda: thanks!

eize: hehehe..sweet sgt babe... luv it!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...