Ahad, 13 Februari 2011

Selamat Ulang Tahun Puan Finie Violet...

Assalamualaikum..

Alhamdullilah, dengan kurniaan Allah SWT, aku dapat lagi menghirup udara nyaman dan segar di pagi ini lagi. Umur pun semakin menginjak dewasa, meninggalkan satu lagi angka dan menambah lagi 1 digit angka. Semoga aku diberikan Allah SWT kesihatan, kecergasan dan kesempurnaan anggota tubuh badan,minda dan rohani.
Orang yang pertama wished bday kat aku lain dan tak bukan Encek Hubby la.. memang dari semalam-semalam, aku harap dialah orang yang pertama wished bday kat aku. Dan selalunya dari sejak mula couple,dialah yang wished dulu. Seronok la bila orang yang kita sayang ingat hari bersejarah kita. Rasa dihargai, rasa disayangi.. Sayang abg!..ummahhhh..ummuahhh!
Subuh2 tadi bukak FB, pun banyak betul birthday wishes kat aku. Terharu. Rupa-rupanya kawan-kawan alam maya ni tak sombong..ingat jugak kat aku. Terima Kasih u ollss. Kalian doakan aku, aku pun doakan kalian jugak ye..
Macam biasalah, aku pun bukan jenis orang yang suka sangat celebrate birthday party pun. Tak pernah sekalipun aku nyambut besday party ni. Kalau orang nak belanja, nak bagi present aku terima dengan berbesar hati. Sekadar ingatan dan ucapan pun cukup dah memadai bagi aku.
Tapi yang tak bestnya dalam awal bulan February bulan kelahiran aku ni,..aku tak sengaja telah merosakkan henpon yang Encek Hubby kasi masa besday tahun lepas. Betul-betul genap setahun. Sedih betul aku. Tak lama lepas tu kamera yang Encek Hubby belikan  masa raya tahun lepas pun bengong..kat lcd tu kuar white blank screen.. Hadoii..sedih maa.. aku nangis teresak-esak, mana aku tak nangis, aku rasa bersalah sangat sebab semua tu pemberian dari dia. Dua-dua tu ada sentimental value. Tapi Encek Hubby pujuk gak, dia kata nanti kalau tak boleh repair, beli lagi.. Senang je dia cakap macam tu, pada aku kamera dan henpon tu ada nilai tersendiri. Sampai sekarang pun aku takde bersuara cakap-cakap pasal nk beli henpon ke, suruh repair kamera ke, aku segan kat Encek Hubby. Memanglah rasa tak lengkap hidup aku tanpa dua-dua barang tu, tapi takpelah aku hukum diri sendiri yang cuai ni...:(



Happy Birthday To Me!!♫♫♪♫


Semua ciri-ciri yang disenaraikan memang tepat kat diri aku..KECUALI yang kecenderungan pada benda tahyul tu sorry, i x percaya bomoh Comprak pelawok, pelawok tu yer..hehehe☺..pengaruh kuat antu kak limah nih..hehehe..

1 ulasan:

Syeeda Sobbihi berkata...

happy birthday!! semoga panjang umur & murah rezeki selalu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...