Ahad, 2 Januari 2011

Grooming with Najla...

Salam

The best part dalam hidup berumahtangga selain daripada hidup bahagia aman dan sejahtera bersama suami tercinta, anak-anak merupakan salah satu sebab yang menjadikan kehidupan berumahtangga lagi terasa lengkap dan sempurna. Terutama bagi mereka yang bertuah bergelar ibu dan bapa. Tanpa anak-anak sudah tentu rumahtangga terasa hambar. Sebab itulah ramai pasangan yang belum dikurniakan cahayamata berusaha sedaya upaya mencari alternatif terutama dalam bidang perubatan mencari ubat kesuburan yang membolehkan pasangan mereka hamil. Kerana kehadiran anak-anak itu adalah sebagai penghubung kasih sayang suami dan isteri. Gelak, tawa, tangis,jerit,pekik anak-anak penghibur suasana dan terasa ceria bila melayan kerenah mereka walaupun terkadang mencabar kesabaran diri tapi itulah hakikat dan  asam garam bila bergelar ibu dan bapa.
>
>
>
>

Oke..oke  aku bukan nak bermotivasi  di sini...tapi, nak tunjuk aksi Najla yang selepas baik dari sakitnya ni haa.. Bila dah baik sikit mulalah dia buat kerja... meh tengok dia grooming.

Mula-mula sapukan foundation di kawasan mata..
Letak macam ini ye, puan2...
Oh! iye..jangan lupa sapukan juga di seluruh kaki puan2 ye..

Sapukan dikedua-dua belah kaki puan2 oke.. supaya kulit kaki menjadi halus, mulus, tulus ye puan2..

Lihat..foundation hendaklah dihabiskan untuk disapukan ke seluruh badan..

Haa.. itulah kerja anak dara aku sorang tu kalau aku leka dari memerhatikan dia. Macam-macam dia buat. Hari tu habis lipstick aku dikerjakannya, hari ni foundation aku pulak. Nasiblah aku dah tukar foundation lain. Kira tu dah tak pakai pun. Kalau tak kerja nak beli jelah. Bising my hubby tu sebab tiap-tiap bulan asyik nak beli mekap je. Dia tak tau, anak dara kesayangannya punya angkara...

4 ulasan:

Lady of Leisure berkata...

hihi.. kekecik dah terer make up ye, ikut siapa lah ni.. hehe comel..

{ finieViolet} berkata...

lady..tah la yer..ikut pe'el sapalah nie..hehehe.

Wina Momma S and S berkata...

wah² murah hati betul finie bg najla main foundation tue huhuhuuu

Kira pun suke sgt main mekap wina tp sebelum dia sempat bukak beg mekap dh kena terjah ngan mama dia heheheee

{ finieViolet} berkata...

wina; sbb tak guna lagi dah... haa..bagi jelah dia main..yg tak leceh nk bersihkan tu je.. kena kat baju susah nk hilang..

kira pun sama juga ye..anak dara macam tulah..keje nak melawa je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...