Ahad, 2 Januari 2011

Mangkuk Punya Manusia!..

Lagi mayat bayi di pusat pelupusan sampah

BACHOK 1 Jan. - Belum pun reda kisah penemuan mayat seorang bayi di kawasan pelupusan sampah Beris Lalang dekat sini minggu lalu, kejadian sama berulang apabila mayat seorang bayi perempuan ditemui di kawasan itu hari ini.
Mayat bayi perempuan tidak berdosa itu ditemui dalam sebuah beg plastik dalam keadaan kotor dan comot bersama longgokan sampah.
Pada awalnya, ia dilihat seakan sampah, tetapi setelah diamati rupa-rupanya ia mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat.
Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, dia mengetahui tentang penemuan mayat bayi itu setelah dimaklumkan salah seorang rakan kira-kira pukul 3 petang.
Menurutnya, ketika bayi itu ditemui, dia berada di kedainya yang terletak berhampiran kawasan pelupusan sampah tersebut.
"Sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kejadian tersebut, saya bergegas ke tempat kejadian untuk mendapatkan maklumat lanjut.
"Apa yang saya lihat, mayat bayi itu masih bertali pusat dan berada dalam keadaan cukup menyayat hati dengan kepalanya berlekuk," katanya di sini, hari ini.
Pada 26 Disember lalu, Utusan Malaysia melaporkan seorang pengutip sampah terkejut apabila menemui mayat seorang bayi lelaki yang dibuang di dalam beg plastik hitam di tapak pelupusan sampah berkenaan.
Kejadian hari ini merupakan yang kedua sejak tapak tersebut beroperasi awal Mac tahun lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Supritendan Yahya Salleh ketika dihubungi di sini hari ini mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan sedang dijalankan.

sumber dari: Utusan Malaysia Online

** korang tengok bulan 9-10 nanti mesti ada kes memalukan, menyedihkan macam ni..gara-gara seronok berpesta sambut tahun baru kononnya....

2 ulasan:

Syeeda Sobbihi berkata...

apa nak jadi manusia zmn sekarang. tak berhati perut!! geramm tul!

{ finieViolet} berkata...

syeeda..mmg betul apa lah nk jadi dgn manusia zaman sekarang. sesuka hati nak buang baby tu kat mana2.. mcm buang sampah sarap je.. zalim betul!
thanks for komen..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...