Khamis, 20 Januari 2011

10 Perkara Jangan Lakukan Di Facebook

Salam

Aku tertarik dengan issued dalam majalah Cosmopolitan bulan ini. Iaitu segmen "Cosmorules" tajuk bulan ini ialah 10 Perkara Jangan Lakukan Di Facebook. Menarik bunyinya..sesuailah dengan aku yang hari-hari dok ngadap facebook ni. Bila baca aku tersengih, terbahak, dan geleng kepala sendiri sebab apa yang penulis tersebut senaraikan memang betul-betul terkena setepek  kat dahi aku.

 Wakakaka!!!..

Yep!! aku memang selalu post status menggedik dengan hubby aku, siap tag lagi, cakap i lebiu la, i miss u la, padahal belum pun ada 5 saat dia start kereta nak pegi kerja.  Pastu marahkan kucing yang masuk rumah lalu tingkap pun nak letak kat status facebook. Saje je nak bagitau kat orang-orang yang aku sedang emo,  padahal sebenarnya sedang  marah kat orang, tapi salahkan kucing,..kesian kucing tu kan kena maki kat fb...pastu lagi satu bagitau kat status aku sedang buat apa sekarang, nak mandi, nak masak, nak berak pun kalo boleh nk bagitau tu. Kekadang bukan apa, saja nak bagi helah kat kawan-kawan yang ajak chatting, sebab ni kes tak sampai hati nak abiskan perbualan. Maap la ye.. Kan kalo terus offline kecik ati pulak..
Yang paling aku suka upload gambar style awek friendster. Memang kegemaran *wink*. Tapi kebanyakan album dalam facebook, aku sudah kasi private. Hanya aku sorang je boleh tengok, hatta hubby aku pun tak boleh menengoknya, apatah lagi orang lain. Bukan apa, takut memasing muntah darah nanti. Simpan dalam pc kang overload pulak. Simpan kat facebook je sonang! *please jangan upload gambar lucah berbikini oke! kekadang facebook pun tak boleh pakai jugak,* NO KOMEN..

Lagi satu pasal ke kena tag. Aku tak kisah pun kalau orang nak tag aku. Biarlah dia nak tag. Maknanya diorang ingat jugak kat aku yang cumel ni. Tak payah nak maki2 orang yang tag tu, alaa..kalau korang semak remove jelah bukan susah, daripada dapat dosa maki-maki hamun orang. Kalau kenal takpe, ni tak kenal, kang nak mintak maap dah susah nanti. Biasanya yang rajin menge'tag' ni orang yang buat bisnes online. Kekadang aku sendiri yang tag diri aku kat facebook diorang. Aku kan kaki soping..

Pedulik la apa orang nak kata apa, wall aku kan. Kalau rasa kau nak komen, komen lah. Tak nak komen sila maki sorang2 diri depan pc. Aku pun tengok bukan aku sorang je buat, malahan ramai lagi post status bukan-bukan kat facebook memasing. Pukul rata semua pelayar2 facebook sama je. Kalau rasa semak sila remove aku dari jadi friend oke. **Tetiba emo, nape ek?**  Bukan salah aku ye, sila salahkan Mark Zuckerberg,  kenapa dia buat kotak status tu  "what's on your mind?". Apa maksudnya tu? Maksudnya dia suruh kita tulis apa-apa je perkara yang tengah ada kat fikiran kita. Ha! pe lagi sila taip apa dalam fikiran anda....tapi biar bertapis oke sebelum emo..sila gunakan objek disekeliling anda (kecuali orang) untuk menyatakan rasa marah,geram,suka,sedih anda sebelum mengepos ke dinding facebook. Kesian kucing..*sigh*





Meh, kita share apa yang aku baca kat Cosmopolitan ni..

10 Perkara Jangan Lakukan Di Facebook

  1. Status mengatakan kamu seorang diri dirumah atau kerja lebih masa dipejabat. Bukan itu saja. malah kamu siap beritahu berapa lama kamu berseorangan. Bahaya betul!
  2. Gambar helaian dokumen sulit seperti penyata akaun. Bukan saja kamu bakal dituduh "suka menunjuk". tanpa sedar kamu juga sebenarnya mendedahkan butiran peribadi yang tak sepatutnya diketahui orang lain.
  3. Upload gambar "terlampau", walaupun hanya orang tertentu saja yang boleh melihatnya. Bayangkan jika mereka sebarkan foto tersebut!
  4. Merungut perihal kerja walhal majikanmu juga ada dalam senarai temanmu di facebook. Ia pasti akan menjejaskan reputasi kerjayamu.
  5. Syok sendiri. Kamu suka "like" dan komen pada gambar dan status kamu sendiri.
  6. Beri pandangan peribadi mengenai perkara yang menyentuh sensitiviti teman Facebook kamu yang berlainan bangsa dan agama.
  7. Katakan sesuatu yang belum pasti seperti."Saya dapat kereta mewah bulan depan!", malangnya bank tak luluskan pinjamanmu.
  8. Status marahmu. Walau sedang "panas" elak luahkannya di Facebook. Ada potensi untuk orang yang tak berkenaan pula yang terasa. Kamu juga akan dilihat sebagai "minah baran".
  9. Butiran lengkap seperti nombor telefon dan alamat rumah. Kamu memudahkan penjahat merancang sesuatu yang tak baik.
  10. Jawapan telus. Apa saja yang ditanya, kamu pasti akan jawab, termasuklah angka gaji. Kamu mesti bijak rahsiakan sesetengah perkara di laman web sosial ya!

Credit to COSMOPOLITAN MALAYSIA for the great article.

Cosmopolitan January 2011
**lawa betul la Lisa Surihani ni...cumel**

10 ulasan:

Princess Nur berkata...

huhuhu..byk jugak terkena..nk kena overview balik ni..huk~

nur easy berkata...

kena berpada2 la dgn information sharing ni kn..;)

{ finieViolet} berkata...

princes nur: sy pon byk gak terkena..alamak aihh..

meen.. berkata...

hahha...mcm best entry ni.....mcm peringatan pada smoa org ni..huhu

{ finieViolet} berkata...

meen; hati2 tau..alaa..terpulang la nak kata apa, wall fb tu kita yg punya..kalo nk luahkan apa, luahkan..kalo ada nak komen +ve ke -ve ke, terpulanglah.. kalo tak suka sila remove..hehehe!!

{ finieViolet} berkata...

eize; sebelum buat apa2 mesti kena fikir dulu..prepare awal2 apa yg kita nk sharing dgn org lain..

ayulunera berkata...

alamak....betol2 tertempek la....

hasrul hassan berkata...

Salam ... kalau kita ikut FB betul2 .. tak salah semua status tu .. sbb tujuab FB adalah untuk personal use sesama sedara, kenalan terdekat. Maybe kalau orang yan tak kenal akan nyampah ...

http://hasrulhassan.blogspot.com

Melur Jelita berkata...

Best2 suka baca..Thanks Finie jelita

She's retarded berkata...

betul2! setuju dangat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...