Rabu, 22 Disember 2010

Patut ke bagi aku servis ini macam???

Salam

Tetiba malam2 macam ni aku nak naik angin satu badan dengan berokben streamyx ni.. Giler ahh! server down giler. Aku dah jenuh calling2 #100 tu, aku sampai dah kenal dengan ejen perkhidmatan TM tu..pehh!! bajet kenal tu...hehehe.

Cubalah korang bayangkan tiap-tiap bulan hubby aku bayar RM110 untuk perkhidmatan streamyx dengan kelajuan 1.0mb  tapi servis yang kami dapat bawah 512kbps..cuba korang cakap dimanakah keadilannya?? Aku siap dah hafal arahan-arahan yg ejen perkhidmatan TM tu suruh aku buat secara manual. Tak sukses dengan tu, siap technician TM datang tengok apa masalah internet aku ni. Pada aku, streamyx broadband yang paling terbaek wokk kat Malaysia ni. Macamanalah servis bagi ini macam?? Pastu dia siap cakap mungkin tempat aku duduk ni pendalaman sikit kot jadi servis internet sangkut2, pastu ckp ada kabel tumbang la, alaahh..alasan macam-macam.  Hubby aku dah bebel je. Kalau ikut hati dia, dia nak je terminate streamyx ni. Cuma dia tak jadi terminate sebab tiap-tiap bulan mak mertua aku bayar bil telefon murah kalau guna streamyx ni. Sebab dia boleh jimat 80% daripada bil masa belum pasang streamyx. Cakap banyak-banyak bil cuma rm 20 sebulan, paling sikit penah dapat rm10 je. Tak ke untung tu? kalau dulu sampai rm80 keatas bil telefon dia. Tulah untung kat bil telefon tapi servis internet pulak hancur, sikit-sikit dia tarik nikmat kan...ni lagi TM baru launching Unifi, lagi laju dan gempak abis dari streamyx, streamyx tenggelam kejap sebab mesti diorang nak promote barang baru, lagi terbaek wokk kan.. Pehh..cara betul strategi pemasaran. 

Aku malas nak mengeluh lagi, tapi ni kira baik jugaklah dapatlah sikit sebanyak aku bertenet-tenet walaupun lempem!  

ada ke patut?? 

4 ulasan:

Ain Atika berkata...

hiahhh/....x patut betul....

jinkamen berkata...

salam..
memang tak patut..

Heidi Shafiq berkata...

bakar! :P

raudhah berkata...

salam ..

geram kan kalu jd camni, kita BW ke hape ke, masyaAllah, lajunya cam siput babi je. Ciput babi pun lg laju rasenya.

erm..BTW, sya dah folo awk yer. TQ folo saya. check it out dear *135

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...