Jumaat, 31 Disember 2010

Garlic Spread Homemade

Salam

Aku suka bawang putih. Aku suka makan garlic bread. Sedap betul kalau dapat makan lepas tu cecah dengan sup cendawan campbell tu. Ala-ala kat pizza hut la pulak. Aku ni kan jakun, aku boleh tak tau kat Tesco berlambak jual Garlic Spread yang dah siap tinggal sapu je kat roti tu. Baru hari tu nampak. Tapi aku tak beli lah, sebab aku dah terer buat sendiri. Berlagak ekk...tak padan dengan jakun tu.. kih3..

Senang je buatnya..nak resepi tak?

Bahan-bahan:

2 Labu Bawang Putih
1 camca kecil serbuk lada putih
sedikit garam
70gm mentega/ marjerin

Cara membuatnya:

  1. Bawang putih digoreng dengan kulitnya sekali. Angkat dan kupas kulitnya.
  2. Kemudian tumbuk bawang putih sehingga lumat
  3. Letak dalam bekas dan gaulkan bersama lada putih,garam dan mentega
Kemudian boleh disapu diatas roti. Dan ditaburkan sedikit daun parsley diatas roti tadi. Kemudian dibakar didalam oven sehingga kekuningan.

Kalau aku tak cakap ni garlic spread mesti orang ingat ni tempoyak kan.. Sebab tu aku letak bawang putih sebiji kat sebelah bekas tu. Tapi kalau nak letak durian pun tak salah..hihi

Tips Of The Day..

Bawang putih hendaklah digorengkan seketika untuk menghilangkan rasa mentah@maung. Tujuannya supaya ia boleh disimpan dengan lebih lama. Simpankannya didalam peti ais.

2 ulasan:

Lady of Leisure berkata...

wah creativenya.. ingatkan susah nak buat garlic spread ni hehe.. lady suka sangat sapu kat roti bakar then cicah mushroom soup sedap kan.. :)
thanks for sharing, boleh try nanti ni.. :)

{ finieViolet} berkata...

lady..mane creativenyer.. sbb jakun x penah jumpa kat market yg ready made..sekali jumpa tepuk dahi.. tp sedap yg sendirik buat..hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...