Rabu, 15 Disember 2010

akhirnya!!! :)

Salam

Setelah sekian lama aku tak beronline..dan akhirnya pagi yang damai ni aku dapat lagi menjenguk blogku yang sudah berspider web.. Bukan aku menjauhkan diri atau kekeringan idea untuk berblog, tapi laptop kesayanganku sudah tiba ajalnya untuk meninggalkan diriku buat selama-lamanya...Uhukk...sedih.. dirinya kini bersemadi dengan aman didalam store room...sob..sob..

Dan selama ketiadaannya juga aku dilanda kesepian..keboringan..kemalasan tahap gaban kerana laptop dan internet adalah nadiku..Saban hari aku jugalah aku memujuk suami kecintaan supaya dapatlah membelikan aku sebuah laptop atau desktop baru buatku.. Suamiku hanya mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa...dan aku hampa... Yelah.. manakan dapat sebiji komputer berharga rm 2.00....aduhhaii.. sabar ajelah.. Dan aku terus lalui hari-hari bosanku tanpa komputer dan berlintas langsung melalui handphone saja. Memang tidak memuaskan melayari internet dengan skrin comel:kecil...bosaaannn..

Dan pada malam Sabtu yang lepas dia menyuruh aku masuk bilik tidur awal dari yang biasa.. jadi aku pun akur dengan suruhannya..tapi lepas tu dia keluar bilik dengan membawa kunci kereta, gayanya macam nak pergi berjalan. Aku pun bertanya adakah dia nak keluar, dia tak jawab pun pertanyaanku itu..aku pun pelik jugak, rasa macam nak marah pun ada juga sebab orang tanya dia buat bodoh je kan..tak pernah pun selama ni dia nak keluar kemana-mana tak bagitau aku. Kali ni tidak, pakai lawa2 tapi bila ditanya nak kemana tak berjawapan keluar malam pulak tu. Terus diriku berhangin..huh! Tapi sabar jelah...

Tak lama kemudian dia masuk lagi dan membawa sebuah kotak besar, dan aku amat mengenali kotak dan tulisan pada kotak tersebut. Aku tersenyum kegirangan dan rasa marah tadi mula mengendur..
Ye..dia buat lagi surprise untukku.. dia akhirnya membelikan aku sebuah komputer!..Kali ini desktop pula..ahh..tak kisahlah janji ku dapat beronline semula dan terus berblog sakan.. Aku terus mengucup pipinya dan mengucapkan terima kasih tak terhingga kerana selalu memahami kehendak dan keinginan isterinya ini.. Ku sangkakan dia pakai smart nak pergi keluar, rupanya saja nak buat surprised buat diriku..CeH!!! bikin saspen jerla u..tak pasal2 tadi hati panas.  but sekarang dah oke sesangat..

Kepada suamiku tersayang, AKU CINTA PADAMU!!!! bukan kerana komputer ini tapi kerana kasih sayangmu yang tak terhingga padaku...

3 ulasan:

nur easy berkata...

wah seronoknya..patah tumbuh hilang berganti..pas ni lg rajin la online..;)

atulhani berkata...

untungnya badan....!

Miss AZ berkata...

wahh bestnya.. dapat on9 semula da :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...