Salam
Sejuknya petang ni, hujan turun mencurah-curah kalau suasana macam ni aktiviti yang seronok adalah men'tidur'kan diri kan... tapi mataku tak boleh tido la pulak.. *sigh*
Hari sabtu lepas aku buat Oreo Truffles yang dah lama betul aku bercadang-cadang nak buat dan akhirnya terlaksana juga. Dekat sebulan biskut Oreo dan Cream Cheese tu tak terusik then, masa aku balik Batu Pahat hari tu, aku buatlah jugak Oreo Truffles ni atas permintaan adik perempuanku satu-satunya tu memandangkan birthday dia pun dah dekat dan bulan depan pulak dia nak balik ke kampusnya kat UiTM Shah Alam, aku buatkanlah juga. Dia pun peminat coklat no.1 macam aku.
Oreo Truffles
Bahan-bahan:
2 Bungkus Oreo dan 1 buku Cream Cheese Philadelphia
Kisar biskut Oreo sehingga menjadi serbuk/hancur
Sepatutnya gunakan food processor, tapi aku guna blender kering..belasah jelah
Masukkan cream cheese pada serbuk biskut Oreo.
Gaulkan dengan cream cheese sehingga menjadi seperti adunan ini dan simpan didalam fridge selama 1 jam
Buat adunan menjadi bentuk bebola
Celupkan bebola oreo truffles ke coklat masakan yang dicairkan dan hiaskan dengan coklat rice atau sebarang hiasan kegemaran korang. Selepas itu sejukkan semula ke dalam fridge sebelum dinikmati.
8 ulasan:
wah, cam simple je. leh try nih ;)
eize: sangat simple present tense sangat kalo nak buat... :) try tau!
ha'ahlah.. simple jer.. x pyh bakau2, kukus2 bagai.. masuk dlm fridge jer..
sangat nampak sedapppppp... huwaaa... ni yang tak senang duduk ni.. nak try... hehe
mcm sedap jer.. ada rasa masam2 cos guna cheese tu tak?
jom join GA
http://krafaina.blogspot.com/2010/12/krafaina-1st-giveaway.html
senang je rupanya.. benda simple tp sedap :)
blogwalking + follow...
mehla jenguk blog comey nor..
exchange link..
(^_^)
Catat Ulasan