Sabtu, 20 November 2010

Shepherd Pie

Salam
Rugi betul sebab dah 2 hari aku tak update blog ni. Streamyx punya pasallah ni kejap oke,kejap tak oke..dah buat aduan pun kat pihak yang berkenaan tapi tetap sama aje.
Tengah tension2 ni baik aku update pasal resepi yang aku dah buat beberapa bulan yang lepas. Kat Facebook aku dah letak resepi ni, tapi kat blog aku belum letak lagi..So, sekarang aku ni letak oke..
Dah banyak kali juga aku buat Shepherd Pie ni, rupa-rupanya senang je nak buat..bukan susah sangat pun..makanan western ni kan mudah, ringkas dan berkhasiat. Resepi ni aku dapat dari seorang kawan, dia rajin buat  Shepherd Pie ni. Tak silap Jamie Oliver pun penah buat ni juga, tapi masa tu dia guna daging kambing.





Shepherd Pie (before baked)



Shepherd Pie (after baked)



Shepherd Pie (after ngapp..:) )

Resepi Shepherd Pie ( mengikut cara saya :) )

1 1/2 kilo kentang (rebus & lenyek)
500gm daging kisar
2 biji bawang besar (potong dadu)
5 ulas bawang putih (dimayang)
1 inci halia
4 sudu besar serbuk kari
1 cawan susu segar
2 sudu mentega
1 sudu kecil serbuk lada putih
2 keping keju chesdale/mozzarella (untuk topping) OPTIONAL

Cara membuatnya:
  1. Kentang direbus apabila empuk dilenyek
  2. Tumis bawang besar,bawang putih dan halia kemudian masukkan daging kisar dan diikuti serbuk kari
  3. Panaskan mentega kemudian masukkan susu segar,sedikit garam dan serbuk lada putih kemudian apabila sebati bahan tadi tuangkan pada kentang lenyek dan gaulkan sehingga sebati.
  4. Kentang lenyek dibubuh ke dalam loyang kemudian lapiskan dengan daging kisar tadi dan lapiskan lagi dengan  baki kentang lenyek , ratakan dan cucuh-cucuhkan bahagian topping dengan garfu kemudian boleh ditaburkan dengan keju tadi. Akhir sekali bakar didalam ketuhar selama 30 minit pada suhu 200 darjah celcius.

~ Jika suka anda boleh letakkan juga sayur-sayuran campur pada intinya~


~ untuk inti Shepherd Pie anda boleh tukarkannya ikut citarasa sendiri, kalau ikut omputeh diorg mana makan kari2 nie..~

4 ulasan:

Lady of Leisure berkata...

huwaaa sedapnya... buat sendiri puas hati kan.. nanti nak try la slalu kalau nak makan gi kedai je lepas ni boleh la buat sendiri

{ finieViolet} berkata...

lady..u should try this oke.. serious sedap. intinya Lady boleh tukar ikut citarasa sendiri.. sy pkai kari sebab ikut tekak org melayu.. kalau ikut style Jamie Oliver dia x letak kari...:)

Melati berkata...

waaahh sedapnya! dah ler tengah lapa skang ni.. huhu =)))
u mesti pandai masakkan!

atulhani berkata...

wwooowww.. simply delicious! boleh cuba pasni... teringat kakak kita dulu ada buat, dalam dia inti dory fish tapi takde kari2 laa... camni pun mcm menarik, selera melayu kannnn hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...