Selasa, 9 November 2010

Puding Marble

Salam


Hari sabtu lepas, aku berkesempatan mencuba resepi dari blog Lady Of Leisure iaitu Puding Marble.
Puding Marble yang Lady buat tu betul-betul menarik perhatianku untuk mencubanya. Ianya sangat ringkas dan mudah. Tapi puding yang aku buat tu taklah secantik Lady punya. Maklumlah aku buat hanya trial and error je, kalau jadi alhamdullilah. Dan akhirnya jadilah juga, tapi corak belang pada puding aku tak berapa mengancam sangat berbanding puding Lady tu. Sebab adunan untuk belang coklat tu aku bancuh sikit sangat kot. Tapi rasanya bolehlah tahan sedap juga, kiranya ada rasalah. Tak rugi aku cuba resepi Lady ni. Sebenarnya aku bukanlah penggemar kuih-kuih manis ni, aku lebih suka kuih yang ada rempah ada pedas-pedasnya macam karipap, pulut panggang dan macam-macamlah janji  ada pedas.


 PUDING MARMAR/MARBLE






Inilah hasil puding marble buatan aku...jadi tu jadi, tapi coraknya kurang menarik berbanding dengan hasil tangan Lady Of Leisure tu. Tapi akhirnya,  aku juga yang habiskan sebabnya puding ni bahan utamanya gunakan susu, semua orang dalam rumah ni tak minum susu kecuali aku. Rugi betullah orang yang tak minum susu ni kan...hihihi... Agak-agaknya boleh tak gantikan santan dalam adunan puding ni?..nanti ada masa aku try buat lagi dan  gunakan santan pula biar semua orang yang tak suka susu tu boleh rasa. :)





7 ulasan:

Lady of Leisure berkata...

lady tengok cantik jer corak marblenya hehe.. ok lah tu.. kalau pakai santan lady belum pernah cuba, tapi mesti sedap kan.. cuba lah.. santan tu lemak2 so mesti sedap jadinya kan.. kalau rasa adunan ni banyak may be boleh buat separuh adunan.. hehe.. tq sebab sudi try recipe ni.. :)

:: Mrs.SyahNia :: berkata...

nampk cam sedap
meh bg cik ain cikit ;P

abis sudah kamu mkn suma..hehe

{ finieViolet} berkata...

lady...cantek ker? hihi... tulah len kali sy try gunakan santan..jadi ke tak ek?...thnx ea sharing the recipe..

{ finieViolet} berkata...

cik ain.. meh sy suap ea...

emarieys berkata...

bestnya...

ladymiss berkata...

ni pun mengancam gak, resepi ambik kat lady of leisure ye? thanks tuan belog :D

{ finieViolet} berkata...

ema jue..u should try buat ni tau..

bazilah: haah..pegi belog lady of leisure dan tgk resepi disana yer..slmt mencuba dear..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...