Berita yang keluar kat Buletin Utama malam semalam, betul2 buat hati aku terperanjat dan sedih.
Berita pasal kejadian rumah terbakar dan mengakibatkan 2 beranak mati rentung akibat kebakaran dirumah mereka. Aku terperanjat sebab tempat kejadian tu berlaku, masih dalam area kampung aku..nak kata dekat tak jugaklah, tapi dalam satu daerah dan pekanla kiranya. Semalam pun masa aku balik kampung kejap, mak aku ada cerita jugak pasal kejadian ni, tapi aku tak berapa ambik pot sangat pasal masa tu aku sibuk kejar anak aku nak bagi dia makan, lepas tu adik-adik aku main PS2 bingit sangat, langsung aku tak dengar mak aku cakap apa. Tapi bila malam semalam tengok berita baru aku tau ni lah dia cerita yang mak aku dok cerita aku tu kot..pastu baru call mak aku mintak dia cerita balik, pasal kat Buletin Utama cerita sikit sangat (hehehe..pekak badak dan lambat pickup punyer anak..hehehehe) Lepas tu subuh-subuh lagi aku dah buka laptop nak baca berita online. Hari ni semua surat khabar ada siarkan kisah menyayat hati ni..
Sedihkan.. arwah dan anaknya meninggal dunia dalam keadaan bersujud di mana kedudukan anaknya dalam pelukan dia. Mungkin masa tu arwah dah tak ada jalan lain nak menyelamatkan diri lalu berserah je kepada Allah. Berita yang aku baca kat paper tu kata arwah cuba meminta tolong tapi asap yang tebal dan api pula sedang marak ketika tu membuatkan arwah sukar meminta pertolongan. Abang arwah ada juga cuba menyuruh arwah keluar ikut tingkap tapi masa tu dah tak boleh buat apa-apa kerana api semakin marak. Haisshh...tak dapatlah aku nak membayangkan..macamana keadaan arwah ketika tu. Semoga roh arwah dan anaknya dicucuri rahmat Allah, ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Mudah-mudahan..Amin.
Al-Fatihah..
(boleh baca lebih lanjut kat sini..)
Masa aku baca pun air mata berjurai-jurai turun..sebab aku bayangkan keadaan dia masa mintak tolong tu... Bayangkan lah kalau aku ditempat keadaan arwah dan anaknya ketika tu, isssshhh.. nauzubillah...mintak dijauhkanlah.
Lagi satu kisah yang touching jugak pasal kasih ibu ni, teringat pulak komik kartun yang dilukis masa kejadian gempa bumi kat China dulu...sedih jugak ni..
Sedihkan...
Begitulah kasih seorang ibu kepada anaknya..rela berkorban nyawa...walaupun diri sendiri terkorban..
Tapi..
Bagaimana pula kasih sayang kita pada ibu kita pula ye?? ..Mudah2an kita semua tergolong menjadi anak-anak soleh dan solehah..
Namun begitu.
Masih ada si ibu berhati iblis yang sanggup membuang zuriat yang dikandungkan merata-rata.. Manusia jenis ini memang tidak ada klasifikasi kecuali sama taraf dengan syaitan,iblis saja yang mempunyai berhati iblis sebegini.. Haiwan juga sayangkan anak....
Semoga kisah-kisah ini menjadi iktibar buat diriku..
I love u Mama!!..
Ibu sayang Najla....
5 ulasan:
sedih baca komik tue...huhu
huwaaaa.. sayangilah ibu kita sementara dorang masih ada kan..
azuan..mmg sedih..tapi lagi sedih yang anak beranak rentung dlm kebakaran tu..
lady... betul2..ibu segala2nya..
uwaaaaaaa bergenang air mata tapi ditahan-tahan jgn bagi menitis
semoaga allah menempatkan dua beranak yg rentung tu di kalangan hambanya yg soleh aminnnn
Catat Ulasan