Sabtu, 13 November 2010

Ikan Keli Berlada

Salam


Actually, lauk ikan keli yang aku publish kat entry kali ni ialah lauk yang aku dah masak 2 minggu lepas. Cuma hari ni baru aku nak upload kat blog. Dah basi pun. Tulang ikan pun dah tumbuh jadi pokok beringin yang siap ada buai lagi..
Hahahaha..
Masa nak masak ni pun aku very the confused apa kebenda bumbunya ni..macam biasalah, Pakcik Gugel sedia membantu kannn...Pakcik Gugel bab mencari-cari ni dia memang pakar...thehehehe...
Nah!!!.. letak aje keywords IKAN KELI BERLADA berderet-deret resepi sekali keluar kau!.. Ada cadangan gak nak mintak bantuan kat mama, tapi sebab kredit tinggal sen jer tak jadilah nak call mama. Pakcik Gugel dah tolong..





Ikan Keli Berlada. Very the very hot n spicy..i was added the cili api dekat segenggam...hambik la!! kepedasan peluh berapi..huhuhu


Bahan-bahan:


Ikan Keli - 3 ekor
4 Ulas bawang merah
3 ulas bawang putih       }ditumbuk/kisar
15 tangkai cili api
1 inci halia
Gula,garam dan perasa secukup rasa
2 sudu serbuk kunyit
2 biji limau kasturi( buat basuh ikan)


Cara2 membuat:
Ikan dibersihkan dan di lumur dengan limau kasturi untuk menghilangkan lendir dan  bau hanyir dan rendamkan seketika. Kemudian lumurkan ikan dengan garam dan juga serbuk kunyit dan digorengkan sehingga garing. Selesai mengoreng ikan, tumiskan bahan tumbuk tadi sehingga naik baunya dan letakkan sedikit air dan bubuh garam, gula dan perasa secukup rasa. Akhir sekali masukkan ikan keli tadi dan gaul sehingga rata dan perlahan-lahan . Tutupkan api supaya ikan tidak jadi lembik. 


Tips Of The DAy:
Untuk menghilangkan bau hanyir dan lendir ikan keli ada hanya perlu lumurkan limau nipis atau limau kasturi pada ikan keli dan direndam bersama-sama seketika.

2 ulasan:

Lady of Leisure berkata...

sedapnya... lelebih lagi kalau pedas, berpeluh2 makan kan hehe

{ finie } berkata...

lady: yg sy buat ni mmg super duper very hot..hihihi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...